Contoh Makanan Karbohidrat

0
198
Contoh Makanan Karbohidrat

Makanan karbohidrat merupakan diantara makanan yang paling tinggi jumlah pengambilannya oleh tubuh badan kita pada setiap hari. Ia sangat penting kerana ia menjadi sumber nutrisi dan sumber tenaga utama untuk tubuh. Ia turut menjadi penyeimbang kepada proses oksidasi lemak tidak lengkap (incomplete oxidation) dan juga turut membantu protein agar dapat berfungsi dengan lebih baik didalam tubuh.

Contoh makanan karbohidrat sangat banyak. Dibawah ini, kami kongsikan dengan anda beberapa jenis contoh makanan karbohidrat utama manusia.

Contoh Makanan Karbohidrat Utama Manusia

1. Nasi / Beras

Contoh Makanan Karbohidrat

Terdapat bermacam-macam jenis beras. Namun, beras utama yang menjadi pilihan sebagai sumber karbohidrat adalah beras putih yang apabila dimasak akan menjadi nasi putih. Nasi memang sangat tinggi kandungan karbohidratnya dan sering dikaitkan dengan pengawalan berat badan. Nak tambah berat, lebihkan ia. Nak turunkan berat, kurangkan ia.

2. Gula

Contoh Makanan Karbohidrat

Gula merupakan salah satu daripada sumber karbohidrat yang paling tinggi. Jadi, hampir kesemua makanan yang mengandungi gula dikatakan mempunyai karbohidrat. Begitu juga didalam nasi putih dimana ia turut dikatakan tidak sesuai untuk diambil pada kadar yang tinggi oleh mereka yang menderita kencing manis. Alternatif lain nasi yang boleh diambil oleh mereka yang menderita penyakit tersebut adalah beras perang.

3. Beras Perang

Contoh Makanan Karbohidrat

Alternatif nasi putih bagi penderita penyakit diabetes. Walaupun begitu, kadar karbohidrat yang mampu dibekalkannya juga cukup tinggi. Ia mampu untuk membekalkan sekitar 6% daripada keperluan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari.

4. Roti

Contoh Makanan Karbohidrat

Alternatif buat mereka yang didalam diet dan tidak mahu menyentuh nasi adalah roti. Kebanyakan roti diperbuat daripada gandum. Roti gandum bukan sahaja mengandungi kandungan serat yang tinggi malah ia turut memberikan kuantiti karbohidrat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.

5. Bijirin

Contoh Makanan Karbohidrat

Kalau anda ke kedai, anda boleh temukan bermacam jenis bijirin yang ada. Ia merupakan makanan karbohidrat alternatif yang semakin mendapat tempat sebagai gaya hidup moden. Makanan ini biasanya menjadi pilihan dalam kalangan ibu-ibu untuk anak-anak mereka sebagai sarapan sebelum ke sekolah. Makanan laternatif yang dirasakan lebih ringan berbanding makanan lain sebelum ke sekolah ternyata mampu memberikan sumber karbohidrat yang mencukupi kepada anak-anak untuk kekal fokus dan bertenaga di sekolah.

6. Mee dan Bihun

Contoh Makanan Karbohidrat

Malaysia ternyata merupakan sebuah negara yang terlalu kaya dengan bermacam jenis makanan. Jadi, terdapat begitu banyak jenis sumber karbohidrat selain daripada nasi yang boleh dijadikan pilihan. Mee dan bihun yang diperbuat daripada beras dan gandum bukan sahaja mampu meberikan kuantiti karbohidrat yang mencukupi malah ia turut memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Namun, pastikan mee segera bukanlah pilihan anda kerana ia mempunyai banyak kesan buruk untuk kesihatan jika diambil secara kerap.

7. Pasta

Contoh Makanan Karbohidrat

Asalnya adalah makanan barat, namun ia bukanlah sesuatu yang asing juga jika di Malaysia malah ada juga yang menjadikan pasta sebagai seumber karbohidrat utama mereka. Ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat yang tinggi malah ia turut membuatkan perut berasa lebih kenyang. Ia juga menjadi pilihan kerana bermacam jenis hidangan pasta dengan beraneka sos atau kuah untuk dinikmati.

8. Pisang

Contoh Makanan Karbohidrat

Pisang merupakan sejenis makanan yang bukan sahaja kaya dengan karbohidrat. Nutrisi lain yang boleh diperoleh menerusi pengambilan pisang adalah serat, potasium, kalium dan bermacam jenis vitamin. Ia juga memberikan efek mengenyangkan. Ramai pakar perubatan yang mencadangkan pisang untuk dimakan pada setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi yang bagus untuk sistem pencernaan.

Dah ada makanan mesti nak design dapur kan. Jemput baca Contoh Deko Dapur Tanpa Kitchen Cabinet (KC)

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkenaan contoh makanan karbohidrat. Makanan yang kaya dengan karbohidrat haruslah diambil pada kadar yang berpatutan kerana jika terkurang, anda akan merasa letih dan jika terlebih dan anda bukanlah seorang yang aktif, ia akan membawa kepada pertambahan berat badan.

Baca juga : 10 Jenis Ubat Yang Perlu Dibawa Ketika Travel

Diharap agar perkongsian Contoh Makanan Karbohidrat ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua. Jika anda ada apa-apa nak komen, bolehla komen di ruangan yang disediakan. Sampai jumpa lagi di lain artikel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here