Contoh Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik Tahun 5

Nombor bulat adalah nombor yang digunakan dalam proses pengiraan. Antara contoh nombor bulat ialah nombor 0, 1, 2, 3, …, 99 …, 9876, … dan seterusnya.

Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.

Nombor bulat yang pertama adalan nombor 0 (sifar).

Nombor 1, 2, 3, 4, … dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).

Nilai Angka Nombor Bulat

Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 7,328,495 adalah seperti berikut

CONTOH NOMBOR BULAT
NilaiNilai TempatNilai Digit
Angka 7JUTA7 000 000
Angka 3RATUS RIBU300 000
Angka 2PULUH RIBU20 000
Angka 8RIBU8 000
Angka 4RATUS400
Angka 9PULUH90
Angka 5SA5

Nilai dalam setiap sigit pula boleh ditunjukkan dengan menggunakan jadual. Kedudukan digit dalam sesuatu nombor menunjukkan berapa nilainya. Sebagai contoh

NomborNilai Digit 4Nilai Digit 6
4765400060
36744600

Menulis Nombor Bulat Dalam Bentuk Angka

Dalam PerkataanDalam Nilai
Enam ratus tujuh puluh satu671
Tujuh ribu lapan puluh enam7 086
Lima ratus tiga puluh tujuh ribu empat ratus enam puluh dua53 7462
Tiga juta lima ratus tujuh puluh satu300 0571
Empat puluh satu juta, dua ratus lima puluh enam ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh41 256 987

Menulis Nombor Bulat Dalam Bentuk Perkataan

Dalam NilaiDalam Perkataan
2Dua
345Tiga ratus empat puluh lima
56 789Lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan
890 765Lapan ratus sembilan puluh ribu tujuh ratus enam puluh lima
47 658 932Empat puluh tujuh juta enam ratus lima puluh lapan ribu sembilan ratus tiga puluh dua

Menghitung Nombor Bulat

Soalan: Hitung dalam gandaan sepuluh dari 30 hingga 70
Jawapan: 30, 40, 50, 60, 70

Soalan: Hitung dalam gandaan tiga dari 3 hingga 21
Jawapan: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21

Soalan: Hitung dalam pengurangan lima dari 80 hingga 40
Jawapan: 80, 75, 70, 65, 60, 55, 50, 45, 40

Contoh Soalan Nombor Bulat

Tulis nombor-nombor berikut dalam perkataan.
a) 715 496
b) 456 008

Jawapan
a) Tujuh ratus lima belas ribu empat ratus sembilan puluh enam
b) Empat ratus lima puluh enam ribu lapan

Tulis yang berikut dalam bentuk angka.
a) Lapan ratus tiga ribu tujuh
b) Lima ratus enam puluh dua ribu tiga ratus dua

Jawapan
a) 803 007
b) 562 302

Sumber: Cikgu Naza

Baca juga

Leave a Comment