Maksud nombor perdana adalah nombor bulat yang boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 tanpa meninggalkan sebarang baki.
Dalam kata lain no perdana hanya boleh mempunyai 2 pembahagi sahaja.
Nombor Perdana Terkecil
[iklancontoh1]
Antara contoh nombor perdana terkecil ialah nombor 2. Nombor 2 merupakan satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.
1 bukan nombor perdana kerana ia hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri sahaja.
Ingat balik syarat kita iaitu no perdana ialah nombor yang boleh dibahagikan dengan 1 dan dirinya sendiri.
Contoh Nombor Perdana Bawah 50
Nombor 1 tiada dalam carta sebab ia bukan nombor perdana. No perdana yang kurang daripada 50 adalah
2 | 3 | 5 |
7 | 11 | 13 |
17 | 19 | 23 |
29 | 31 | 37 |
41 | 43 | 47 |
Cuba bahagikan no 47 untuk menentukan betul atau tak ia nombor perdana
Jawapan:
47 ÷ 1 = 47
47 ÷ 47 = 1
47 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 47 → (2 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 47 adalah nombor perdana.
Kalau kita cuba bahagikan nombor 47 dengan nombor lain seperti nombor 2, 3, 5 akan terdapat bakikan? Jadi betullah yang nombor 47 adalah nombor perdana.
Contoh Nombor Perdana Antara 51 – 100
Berikut pula merupakan nombor perdana antara 51 hingga 100
53 | 59 |
61 | 67 |
71 | 73 |
79 | 83 |
89 | 97 |
Cuba bahagikan no 97 untuk menentukan betul atau tak ia nombor perdana
Jawapan:
97 ÷ 1 = 97
97 ÷ 97 = 1
97 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 97 tanpa meniggalkan sebarang baki. Oleh itu, 97 adalah nombor perdana.
Kalau kita cuba bahagikan nombor 97 dengan nombor lain seperti nombor 2, 3, 5 akan terdapat bakikan? Jadi betullah yang nombor 97 adalah no perdana.
No Perdana Bawah 100
[iklancontoh2]

Nombor Perdana 101 hingga 1000
Terdapat 143 bilangan nombor perdana dari 101 hingga 1000. Senarai Nombor Perdana dari 101 hingga 1000 ialah
- 101 hingga 200
- 101, 103, 107, 109, 113, 127, 131, 137, 139, 149, 151, 157, 163, 167, 173, 179, 181, 191, 193, 197, 199
- 201 hingga 300
- 211, 223, 227, 229, 233, 239, 241, 251, 257, 263, 269, 271, 277, 281, 283, 293
- 301 hingga 400
- 307, 311, 313, 317, 331, 337, 347, 349, 353, 359, 367, 373, 379, 383, 389, 397
- 401 hingga 500
- 401, 409, 419, 421, 431, 433, 439, 443, 449, 457, 461, 463, 467, 479, 487, 491, 499
- 501 hingga 600
- 503, 509, 521, 523, 541, 547, 557, 563, 569, 571, 577, 587, 593, 599
- 601 hingga 700
- 601, 607, 613, 617, 619, 631, 641, 643, 647, 653, 659, 661, 673, 677, 683, 691
- 701 hingga 800
- 701, 709, 719, 727, 733, 739, 743, 751, 757, 761, 769, 773, 787, 797
- 801 hingga 900
- 809, 811, 821, 823, 827, 829, 839, 853, 857, 859, 863, 877, 881, 883, 887
- 901 hingga 1000
- 907, 911, 919, 929, 937, 941, 947, 953, 967, 971, 977, 983, 991, 997
Fakta Nombor Perdana
- Nombor perdana terkecil ialah 2
- Nombor perdana 2 digit terbesar ialah 97
- Nombor perdana 3 digit terbesar ialah 997
- 1 bukan no perdana kerana hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri sahaja
- Bilangan nombor perdana antara 1 hingga 100 ialah 25
- Bilangan nombor perdana 1 hingga 1000 ialah 168
Kredit: MathsCatch Centre
Soalan Latihan Nombor Perdana
[iklancontoh3]
Berikut merupakan Latihan Nombor Perdana Tahun 5. Sila jawab soalan berikut



Baca juga