Contoh Payment Voucher: Format Sample Baucer Pembayaran

Dalam konteks sesebuah bisnes, payment voucher digunakan sebagai satu cara pengurusan pembayaran bagi memudahkan perniagaan berjalan dengan lebih efektif lagi. Dokumen ini biasa disiapkan oleh bahagian kewangan atau akaun untuk merekodkan butir-butir pembayaran secara online termasuklah cek yang dibuat oleh syarikat.

Apa Itu Payment Voucher

Payment voucher adalah satu dokumen rasmi yang mengandungi butir-butir pembayaran yang dibuat oleh syarikat kepada pembekal atau pihak yang menerima pembayaran. Payment Voucher dalam bahasa melayu membawa maksud baucar pembayaran. Boleh baca pasal contoh resit bayaran untuk paham lebih lanjut pasal resit.

Payment Voucher (PV) atau Baucar Bayaran ni satu dokumen yang sangat-sangat penting untuk syarikat simpan. Bukan lah wajib syarikat keluarkan. Tapi bila kita buat. Sistem dokumentasi kita akan lebih teratur.

Antara maklumat yang ada dalam payment voucher adalah seperti tarikh pembayaran, nombor rujukan, butiran pembayaran, jumlah pembayaran dan lain-lain butiran berkaitan. Payment Voucher sangat penting untuk membantu syarikat menguruskan kewangan dengan lebih berkesan dan memudahkan proses audit.

Dalam PV ni juga kita akan tulis maklumat-maklumat yang tiada dalam resit atau bil tu. Contohnya mungkin kita bayar bagi pihak lain atau mungkin bayar separuh.

Dalam bahagian kewangan, payment voucher juga boleh digunakan sebagai bukti pembayaran dan pengesahan pembayaran yang dibuat oleh syarikat. Oleh itu, pengurusan dan menyimpan payment voucher dengan baik dan betul adalah penting dalam pengurusan kewangan syarikat.

Kita keluarkan PV hanya bila bayaran dah dibuat. Jangan keluarkan kalau bayaran tak buat lagi. Dan juga tak perlu beri pada penerima bayaran PV ni.


Kelebihan Payment Voucher

Antara kelebihan sekiranya syarikat anda mempunyai payment voucher ialah:

  • Memudahkan urusan sesebuah syarikat atau organisasi untuk merekod segala transaksi dan pembayaran kepada pihak luar.
  • Dijadikan sebagai bukti aliran wang keluar bagi kegunaan aktiviti yang melibatkan syarikat atau organisasi.
  • Memudahakan pihak seperti pihak LHDN, auditor dan akauntan dalam menyediakan laporan kewangan tahunan syarikat.
  • Segala transaksi pembayaran dapat dipaparkan secara jelas menerusi laporan kewangan tahunan syarikat dan ianya dapat meningkat produktiviti, imej dan prestasi sesebuah syarikat dari segi pengurusan kewangan.
  • Menunjukkan kecekapan pengurusan sesebuah syarikat dalam menguruskan bayaran.
  • Memudahkan pengurusan kewangan syarikat dan proses audit pada setiap tahun

Contoh Format Payment Voucher Template

Berikut merupakan contoh payment voucher template yang mesti ada dalam PV tersebut.

Antaranya ialah

  • Header yang tertulis payment voucher
  • Voucher no untuk memudahkan rekod simpanan
  • Pay to iaitu pembayaran kepada siapa
  • Tarikh pembayaran dibuat
  • Butir-butir transaksi dengan nilai
  • No akaun
  • Jenis pembayaran samada tunai atau cek
  • Serta tandatangan penerima dan pemberi
contoh payment voucher format


Contoh Baucar Pembayaran Payment Voucher

Berikut merupakan antara contoh payment voucher sample sebagai rujukan anda

  1. Payment voucher template

    Contoh Payment voucher 1

  2. Payment voucher sample

    Contoh Payment voucher 2

  3. Payment voucher format

    Contoh Payment voucher 3

2. Payment voucher sample


Cara Buat Payment Voucher Online

Kepada anda yang ingin membuat sendiri contoh payment voucher mengikut format tapi mengandungi logo syarikat, berikut merupakan cara untuk membuat payment voucher secara online:

  • Klik pada bahagian Search dan taip Payment Voucher
Search dan taip Payment Vouche
  • Canva akan menyenaraikan beberapa template yang menarik berkenaan payment voucher
  • Klik pada template payment voucher yang anda inginkan
  • Klik pada Use this template jika ingin membuat pindaan template baucer bayaran tersebut
  • Masukkan detail serta maklumat
  • Setelah edit template payment voucher tersebut, klik pada butang Share
  • Kemudian, klik pada bahagian Download
  • Selesai, payment voucher anda boleh digunakan untuk transaksi pembayaran

Baca juga

Leave a Comment