Senarai dan Contoh Penanda Wacana BM Yang Biasa Digunakan

Penanda Wacana BM biasa digunakan dalam karangan bahasa melayu dengan tujuan untuk menyambungkan dua ayat. Ada berbagai penanda wacana BM yang boleh digunakan dalam karangan.

Jenis Contoh Penanda Wacana

Ada banyak jenis contoh penanda wacana dalam karangan mahupun ayat dalam kehidupan seharian yang biasa digunakan.

Penanda Wacana BM

Antara contoh penanda wacana bahasa melayu ialah

Sebagai Penghubung Tambahan

penanda wacana karangan BM


Antara penanda wacana bahasa melayu yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina adalah seperti:

  1. Ayah pulang lewat dari syarikatnya. Lebih-lebih lagi, beliau dinaikkan pangkat
  2. Ali mengusahakan kebun sayur. Di samping itu, dia juga mengusahakan kolam ikan air tawar

Sebagai Penghubung Sebaliknya Atau Tentangan

penanda wacana bm


Antara penanda wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti berikut:

  1. Ahmad telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun hati kecilnya masih teringat akan kampung halamannya nun jauh di pantai timur.
  1. Timah dan Lela merupakan anak Pak Kaduk yang telah dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, Pak Kaduk telah dianggap seperti bapa kandungnya mereka sendiri.

Sebagai Penghubung Sebab Atau Musabab

penanda wacana in english


Antara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi.

Contoh ayat penanda wacana yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:

  1. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.
  2. Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sebagai Penghubung Ketika Atau Masa

penanda wacana karangan


Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya. Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti:

  1. Pertama, ibu saya sakit. Kedua, kereta saya rosak dan ketiga, hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam.
  2. Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas itu, kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

Kalau sudah paham anda boleh Download Latihan Penanda Wacana bahasa melayu berikut : KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Penanda Wacana English

Penanda Wacana dalam English dipanggil discourse marker. Dari gambar di bawah anda boleh lihat beberapa contoh penanda wacana dalam BI.

Penanda wacana english
Penanda wacana BI
Penanda wacana dalam BI
Penanda wacana dalam english
Contoh Penanda Wacana BM

Maksud Penanda Wacana

Maksud Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana BM dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana bahasa melayu ini digunakan untuk:

  • Menyambung ayat dengan ayat
  • Menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain
  • Melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna

Fungsi Penanda Wacana

penanda wacana contoh

Terdapat empat fungsi utama di dalam penanda wacana iaitu:

  • Penghubung tambahan
  • Penghubung tentangan atau sebaliknyan
  • Penghubung musabab atau sebab
  • Penghubung tempoh masa atau ketika

Download Contoh Latihan Penanda Wacana

Download Latihan Penanda Wacana bahasa melayu


Kalau sudah paham anda boleh Download Latihan Contoh Penanda Wacana berikut : DOWNLOAD Latihan Penanda Wacana

Biasanya penanda wacana akan digunakan bersama dalam surat rasmi dan surat tidak rasmi. Samada sebagai rumusan atau untuk menyambungkan keterangan dua ayat.

Baca juga: Contoh Lain Penanda Wacana

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment