Contoh Penapis Air Yang Bagus

0
362
Contoh Penapis Air Yang Bagus

Admin nak share Contoh Penapis Air Yang Bagus sebelum korang nak beli penapis air walau apa jenama sekalipun

Sekarang ini boleh dikatakan hampir semua orang di negara kita ni dah mula sedar tentang keperluan air yang bersih dan kebanyakan rumah dah pasang penapis air untuk kegunaan keluarga sehari-hari. Begitu juga dengan saya. Saya sendiri pun baru sahaja memasang penapis air sendiri di rumah 5 bulan yang lalu. Disini admin nak share beberapa contoh penapis air yang bagus sebelum anda membuat pilihan.

Kualiti Air Yang Dihasilkan

Kebanyakan penapis air yang ada dipasaran mengfokuskan kepada beberapa jenis kualiti air yang dihasilkan melalui penapis air mereka.

Antaranya adalah :

1. Mineral: Air yang ditapis mengandungi kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan
2. Alkali: Air ditapis mempunyai kandungan alkali.
Kajian menunjukkan bahawa air beralkali adalah bagus untuk tubuh, namun jika air tesrsebut mempunyai kandungan ALKALI yang BERLEBIHAN ianya mendatangkan MUDARAT.
Kandungan alkali boleh dilihat melalui bacaan PH yang dihasilkan oleh penapis air. Jika bacaan PH terlalu tinggi sila lupakan sahaja untuk mendapatkan penapis air tersebut.
3. Reverse Osmosis (RO): Air yang ditapis adalah bersih tanpa sebarang kandungan mineral. Air RO ni kebanyakan sesuai untuk penghidap penyakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialysis.

Mendapat Pengiktirafan Dari Badan Berkenaan
Dengan kebanjiran segala macam mak nenek penapis air dipasaran, kadang-kadang kita terlupa untuk memastikan bahawa penapis air tersebut selamat digunakan, diiktiraf atau tidak dan sebagainya. Sila pastikan penapis air tersebut mendapat pengiktirafan dari agensi seperti WQA ,SIRIM dan lain-lain yang dipercayai. Barulah selamat untuk dipakai.

Cara Pembayaran Yang Ditawarkan
Antara cara pembayaran yang ada dipasaran yang biasa ditawarkan oleh syarikat yang menjual penapis air adalah seperti :

1. Tunai : Pembelian secara tunai. Kelebihan pembelian secara tunai adalah anda akan mendapat hak milik terus untuk penapis air tersebut, dan juga selalunya anda akan mendapat pelbagai FREE GIFT dan tawaran bonus menarik yang lain jika anda membeli secara tunai. Tapi tengok juga poket. jangan gunakan duit yang cukup-cukup sahaja. Pastikan pembelian tunai melalui duit berlebihan.

2. Sewa : Melalui pembelian secara sewa, anda perlu membayar bayaran yang ditentukan melalui pelan-pelan sewa yang ditawarkan syarikat-syarikat tersebut. Apabila tamat sahaja proses pembayaran sewa tersebut atau telah tamat kontrak sewa pembayaran dalam masa yang ditetapkan, penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda.

3. Kad Kredit : Jika pembayaran melalui kad kredit, pembayarannya adalah sama seperti pembelian secara tunai dimana penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda terus. Pilih pembiayaan kad kredit yang menawarkan 0% interest untuk mengelakkan pertambahan bayaran untuk interest/faedah.

Harga Penapis Air Mengikut Bajet
Terdapat pelbagai jenis penapis air dipasaran. Dah tentu juga dengan pelbagai harga. Ada yang terlampau mahal, sederhana dan sangat murah. Kaji dan lihat apa perbezaan antara setiap harga tersebut, adakah fungsinya hanya yang asas sahaja,atau adakah ianya menawarkan hasil air yang sangat berkualiti.

Kadang-kadang yang murah tidak semestinya tidaberkualiti atau yang mahal tidak semestinya terlampau bagus, kerana kadang-kadang hanya gimik sahaja. Sentiasa membuat perbandingan antara penapis air yang ditawarkan. Yang penting adalah kualiti air yang dihasilkan.

Teknologi Yang Digunakan
Pastikan penapis air yang anda beli mempunyai teknologi yang baik. Ini kerana teknologi mesin yang baik dapat memberikan hasil tapisan yang berkualiti dan memastikan mesin lebih ‘long lasting’. Sentiasa update dengan teknologi baru berkaitan system penapisan air jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan satu untuk kediaman anda. Pilih penapis air yang berteknologi terkini dan terbaik, kerana penapis air yang mempunyai teknologi yang baik dan terbaru memberikan hasil tapisan air yang lebih berkualiti dan sihat.

Sistem Tapisan
Sistem tapisan air oleh penapis air dipasaran mempunyai pelbagai jenis, dari yang asas sahaja iaitu hanya menapis kekotoran seperti karat, logam dan lain-lain melalui system tapisan sediment filter. Namun ianya tidak menyingkirkan elemen lain seperti bakteria didalam air.

Sebagai contoh, system tapisan oleh penapis air Cuckoo mempunyai 4 jenis tapisan iaitu Sediment Filter, Pre Carbon Filter, Natural Filter dan Nano Positive Filter. Setiap sistem tapisannya mempunyai fungsi yang berbeza untuk memastikan air yang ditapis adalah berkualiti.

After Sales Services
Tips ini sangat penting untuk anda focus. After sale service teramat penting jika anda tidak mahu kesusahan di kemudian hari. Pastikan bahawa sebelum anda mendapatkan penapis air anda, penapis air tersebut disertakan sekali dengan after sale service yang bagus dan terbaik.

Lihat servis yang ditawarkan setiap bulan seperti servis penukaran filter, penukaran alat ganti jika rosak, tempoh waranti, mudah atau tidak untuk menghubungi pihak customer service dan pelbagai lagi. Tanya kepada agen anda apakah after sale service yang ditawarkan dan bandingkan.

Tempoh Sewaan
Selalunya tempoh rental yang ditawarkan serendah 12 bulan sehinggalah paling lama iaitu 60 bulan. Cuckoo menawarkan tempoh sewaan sehingga 84 bulan supaya anda dapat menggunakan penapis air pada kos yang lebih rendah dan dapat berjimat. Sepanjang tempoh sewaan, pastikan syarikat pengeluar penapis air tersebut menawarkan servis after sale yang bagus.

Ada Kos Tersembunyi Atau Tidak
Setiap pembelian melalui pembayaran secara ansuran atau sewaan, pasti akan terdapat kos tersembunyi yang kita tidak sedar. Sebagai contoh hidden cost yang selalunya kita terlepas pandang seperti :

1. Registration Fee
2. Processing Fee
3. Deposit

Kos tersembunyi ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih setiap bulan dari biasa. Anda harus bijak mengenalpasti taktik syarikat-syarikat tersebut. Namun syarikat seperti Cuckoo tidak mengenakan sebarang kos tambahan atau kos bayaran tersembunyi apabila anda mendaftar sehinggalah pemasangan selesai.

Menjimatkan Elektrik
Adakah penapis air tersebut menjimatkan elektrik? Ini penting kerana penapis air tersebut memerlukan bekalan elektrik yang berterusan 24 jam 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Jika penapis air tersebut menggunakan tenaga elektrik yang terlalu tinggi, anda dinasihatkan lupakan sahaja penapis air tersebut. Pilih penapis air yang diperakui biasanya menjimatkan penggunaan elektrik. Sebagai contoh penapis air Cuckoo menawarkan mesin penapis air yang sangat menjimatkan penggunaan elektrik walaupun mempunyai fungsi air sejuk dan panas.

Selain itu untuk pengetahuan anda, mesin pemanas air (water heater) biasa yang anda gunakan dirumah menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding penapis air Cuckoo.

Saiz Tangki Yang Bersesuaian
Saiz tangki memainkan peranan dalam pemilihan penapis air. Lagi besar builangan keluarga anda maka lagi besar tangki diperlukan. Namun, bukan satu keperluan untuk memiliki penapis air yang mempunyai yang terlalu besar kerana air sejuk/panas tersebut bukanlah sentiasa dikeluarkan tanpa henti.

Bahkan, tangki yang lebih besar juga dapat melambatkan proses penyejukan air kerana ruang yang lebih besar. Maka itu adalah kelebihan penapis air Cuckoo kerana saiz tangki airnya yang sederhana.

Tangki yang bersaiz sederhana lebih cepat proses penyejukan air. Malah, untuk air suhu bilik pula dapat dikeluarkan secara free flow tanpa memerlukan tangki seperti penapis-penapis yang lain.

Agen Yang Dipercayai
Ini juga merupakan tips yang penting. Pilih agen yang berpengalaman dan bertanggungjawab supaya mereka dapat membantu anda memilih penapis air yang sesuai untuk anda,membantu dari A-Z dalam proses pembelian dan juga khidmat selepas belian supaya mudah jika anda mengalami sebarang permasalahan dimasa hadapan.

Memahami Kontrak Yang Diberi
Ambil tahu secara serius tentang kontrak dan syarat jika anda membeli secara cash ataupun secara rental. Tanyakan kepada agen anda, syarat-syarat lengkap berkaitan kontrak sebelum anda mendapatkan penapis air tersebut.

Kesimpulannya, jadilah pembeli dan pengguna bijak. Lakukan kajian terpeinci dahulu berkaitan produk yang anda ingin dapatkan. Lakukan perbandingan sehinggalah anda puas hati dan yakin, supaya anda tidak menyesal dikemudian hari dengan produk atau perkhidmatan tersebut.

Apapun, semua penapis air adalah bagus, asalkan ia dapat memenuhi keperluan anda. Nak yang 1 suhu ke banyak suhu ke, tangki kecik ke besar ke, semuanya terpulang pada anda. Nak pasang penapis air cuckoo? Tekan jer sini -> Penapis Air Cuckoo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here