Contoh Penghargaan

Jemput Baca Beberapa Contoh Penghargaan sebagai rujukan Anda. Anda boleh gunakan sebagai ayat penghargaan folio sejarah, penghargaan assigment berkumpulan, penghargaan kerja kusus universiti, penghargaan sejarah, penghargaan sumbangan dan sebagainya.

Apa Itu Penghargaan

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka penghargaan bermaksud: perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Format Penghargaan

Format penghargaan terbahagi kepada 3 bahagian kebiasaannya.

Contoh Format Penghargaan
Pengenalan
Nama penyumbang
Penutup (boleh sertakan pantun @ yang sewaktu dengannya).

Download Contoh Penghargaan

Berikut beberapa contoh karangan penghargaan untuk rujukan anda. Boleh di download jenis penghargaan berikut

Contoh Ayat Penghargaan 1

[WPSM_COLORBOX id=3123]

contoh penghargaan

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek keusahawanan (SUK 1011) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris ,selaku Pensyarah Usahawan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Download Contoh template Penghargaan: KLIK SINI

Contoh Penghargaan 2

jenis penghargaan

Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;

Puan Erni Binti Azmee ,
Pensyarah Kekomputeran (TIV 1021) , di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya . Dimana beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan .

Baca seterusnya di:

Contoh Penghargaan ringkas

Contoh Penghargaan 3

template penghargaan

Bismillahirahmanirahim ,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Cik Faridah Bt. Mohamad kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca Juga  17 senarai hadiah untuk perempuan? No 5 Paling Banyak Dijadikan Hadiah

Cik Faridah Bt. Mohamad pensyarah Pengajian Malaysia, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini .

Download seterusnya di: Contoh Penghargaan simple

Contoh Penghargaan 4

Alhamdulillah,
bersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini dengan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi menyiapkan tugasan laporan L.I ini yang meliputi kerja-kerja harian semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri selama tempoh enam bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian Pengarah Urusan dan Penyelia yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.

Download seterusnya di: Contoh Penghargaan

Contoh Penghargaan 5

Assalamualaikum w.r.t…..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan berkumpulan Pengenalan Hubungan Antarabangsa ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran …………………….. kami iaitu Encik ……………. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.

Baca seterusnya di: Contoh Penghargaan

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.

Begitulah serba sedikit mengenai contoh penghargaan ringkas untuk rujukan anda. Kami berharap dengan sedikit perkongsian ini boleh membantu anda untuk menulis penghargaan dengan baik.

Baca Juga  Contoh Surat Rayuan Ke MRSM

Baca juga: Contoh Kertas Kerja

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment

error: Content is protected !!