Makna Pepatah
Umum sedia maklum, pepatah ialah rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berkait-kait. Pepatah sering digunakan untuk menyatakan pengajaran, penegasan dan panduan hidup khususnya dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Kesimpulannya
1. Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
2. Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.
3. Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan terdapat perulangan kata untuk penegasan atau unsure-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
4. Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada si pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah tersebut.
Ok. Di bawah kami sediakan beberapa contoh pepatah untuk anda gunakan dalam kehidupan mahupun karangan anda.
Jemput tengok senarai contoh pepatah untuk kegunaan anda
Ada padi, semua kerja jadi; ada beras, semua kerja jadi deras
Maksudnya: Bagi orang yang mampu, semua mudah tercapai.
Contoh Ayat: Tan Sri Kamal tokoh bisnes yang berjaya telah bercadang untuk membeli sebuah jet peribadi. Bak kata orang ada padi, semua kerja jadi; ada beras, semua kerja jadi deras.
Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas
Maksudnya: Perbuatan jahat pada suatu masa akan mendapat balasan juga.
Contoh Ayat: Ali membiarkan sahaja si Abu mengejeknya kerana dia yakin bahawa ada ubi ada batas, ada masa dapat balas.
Ayam terlepas, tangan bahu tahi
Maksudnya: Kejahatan idak mendatangkan sesuatu hasil, malah mendapat malu.
Contoh ayat: Pencuri yang ditangkap oleh orang ramai itu tunduk malu. Bak kata orang, ayam terlepas, tangan bahu tahi
Bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya
Maksudnya: Anak menurut baka ibu-bapanya; sesuatu itu menurut asal usulnya.
Contoh Ayat: Kesemua anak Akmal mengikut jejak langkahnya dalam bidang perubatan. Bak kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya
Nak tengok tempat menarik? Klik Destinasi Percutian
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Maksudnya: Merendah diri.
Contoh Ayat: Ryda yang berjaya menjadi pemain tenis wanita pertama memenangi kejohanan Wimbledon tidak pernah berbangga-bangga atas kejayaan yang dicapainya. Baginya baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksudnya: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Contoh Ayat: Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar
Maksudnya: Apabila hendak membicarakan sesuatu hendaknya berhati-hati jangan sampai membuat orang lain tersinggung
Contoh Ayat: Sikap Paklah yang suka lepas cakap itu tidak pernah menghiraukan perasaan orang lain. Bak kata pepatah berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
Maksudnya: Perbalahan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik-baik semula.
Contoh ayat: Setelah dua hari Syida tidak bertegur dengan abangnya kerana perselisihan fayham, akhirnya mereka bermaaf-maafan dan berbaik smeula bak kata poeribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Maksudnya: Ada orang diam tetapi melakukan sesuatu kerja yang berfaedah, namun ada orang yang diam tidak melakukan apa-apa.
Contoh Ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.
Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.
Maksudnya: Jangan mudah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang jahat.
Contoh Ayat: Siapa sangka pewatakan tok imam yang baik itu sebenarnya adalah pembunuh yang di cari. Bagaikan di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksudnya: Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Contoh Ayat: Menteri Pelajaran mengingatkan pelajar kita yang berada di luar negara supaya menghormati budaya di sana kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Maksudnya: Jika pemimpin (kuasa besar) bergaduh (berperang), rakyat (negara kecil) juga yang susah.
Contoh Ayat: Pemimpin-pemimpin harus mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing kerana jikalau mereka bersengketa, orang-orang bawahan juga yang akan menderita, seperti kata pepatah gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Oklah. Sampai di sini sahaja. Kita akan bersambung di bahagian seterusnya ya. Selamat membaca.
Baca juga: Contoh Simpulan Bahasa Beserta Maksudnya
Join telegram kami: Contoh.My
boleh x letak gambar sekali
baik. nantikan
Hai aku mau tanya si pepatah ni ada kah pepatah? Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi