Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

0
189

Pantang Larang dan Kesalahan permohonan melalui email

Ada beberapa perkara yang anda perlu elakkan untuk memohon pekerjaan menerusi email antaranya :

1. Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas .
2. Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi. ( jika ada )
3. Jangan terus attach resume atau file ke alamat email yang diberi. Kadangkala ada pemohon yang tidak menulis apapun kandungan attach. Kadangkala majikan tidak membuka file yang diattach.
4. Jika diarahkan menghatar resume online, anda boleh attach tetapi email tersebut perlu juga mengandungi ayat berbentuk surat menyatakan hasrat anda memohon pekerjaan.
5. Ayat menyatakan sebab dalam email telah dinyatakan tetapi lupa memaklumkan resume yang di attach.
6. Jangan merayu dalam email, tunjukkan kematangan anda terutama jika ia pertama kali anda menghantar email kepada pencari kerja.
7. Jangan hantar file atau gambar-gambar yang bersaiz terlalu besar dalam email.

Tips Mohon Kerja Melalui Email
Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memungkinkan anda mendapat pekerjaan jika memohon menggunakan email :

1. Menghantar email berformat surat memohon.
2. Menyatakan dengan jelas nama anda, tujuan anda dan maklumat penting lain yang diminta.
3. Maklumat disertakan dengan jelas secara perenggan
4. Dimulakan dan diakhiri dengan ucapan yang profesional dan matang.

Contoh email mohon kerja
Terdapat beberapa contoh permohonan kerja melalui email yang mungkin boleh anda perhatikan. Cara olahan dan susunan maklumat adalah tersusun dan nampak lebih profesional.

Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here