Contoh Quotation dan Cara Buat Quotation Secara Online

Apa Itu Quotation

Contoh quotation atau sebut harga digunakan untuk membantu peniaga ataupun pembeli dalam sebarang servis atau proses jual beli.

Sebelum melakukan pembelian barangan atau melanggan servis, kita sebagai pembeli akan meminta contoh quotation sebelum bersetuju dengan harga dan produk yang ditawarkan.

Sebagai peniaga juga perlu tahu cara buat quotation untuk diberi kepada pelanggan serta contoh-contoh quotation harga dan detail yang patut diberikan atas servis dan produk yang bakal pelanggan terima.

Dengan quotation yang diberikan oleh peniaga, barulah pelanggan akan menyatakan persetujuan dan bersetuju terhadap produkatau servis yang ditawarkan.

Tujuan Quotation

Quotation yang diberikan kepada pelanggan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat tentang produk dan harga sebelum pelanggan melakukan transaksi.

Daripada quotation yang diberikan barulah sebarang persetujuan dengan bakal pembelian atau servis yang ditawarkan tiada lagi masalah dikemudian hari.

Ia juga untuk mengelakkan kesilapan barang serta harga dan memastikan barang atau servis yang diterima adalah betul mengikut apa yang pelanggan mahukan.

Format Quotation

Setiap quotation perlu mengandungi beberapa maklumat dan format dengan tujuan supaya barang atau servis tersebut adalah benda yang betul dan akan dipersetujui oleh pelanggan.

Antara maklumat dan format yang kena ada ialah

  • Nama syarikat perniagaan
  • Alamat syarikat perniagaan
  • Nama pelanggan
  • Alamat pelanggan
  • Tarikh quotation
  • Nombor quotation
  • Logo ataupun letter head syarikat (jika ada)
  • Bilangan item/barang/servis
  • Harga pembelian dalam quotation
  • Jumlah nilai quotation 

Berikut merupakan contoh quotation yang diambil dari canva

contoh quotation

Perhatikan maklumat yang ada dalam quotation tersebut. Cukup lengkap. Dengan quotation yang lengkap barulah pelanggan akan berpuas hati untuk melakukan pembelian atau melanggan servis. Barulah contoh invois dikeluarkan setelah quotation kita diterima untuk urusan seterusnya.

Cara Buat Quotation

Terdapat 2 cara untuk buat quotation.

  1. Dengan mengunakan canva
contoh quatation

Anda hanya perlu ke Canva dan search templates quotation. Ada pelbagai jenis templates. Anda hanya perlu pilih yang sesuai dan edit templater quotation tersebut.

  1. Dengan menggunakan https://www.refrens.com/free-online-quotation-generator

Ini merupakan antara laman web yang membolehkan peniaga membuat quotation dengan cepat dan pantas secara online.

Contoh Quotation

Ada pelbagai contoh quotation dengan harga dan detail di luar sana untuk menjadi rujukan kepada peniaga. Anda juga boleh ambil maklumat quotation contoh itu dan buat quotation anda sendiri secara manual.

Berikut merupakan beberapa jenis quotaion sebagai rujukan anda

  • Contoh 1
contoh quotation 1
  • Contoh 2
contoh quotation 2
  • Contoh 3
contoh quotation 3
  • Contoh 4
format quotation 1
  • Contoh 5
template quotation

Baca juga

Leave a Comment