Contoh Resume Terbaik 2024 Untuk Fresh Graduate Dapat Kerja

Resume nak kena ada warna ke? Atau hitam putih je? Mesti korang pening kan nak tahu mana 1 resume terbaik yang akan dapat panggilan temuduga.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Dekat sini saya bagi 2 contoh resume. Cuba korang pilih mana yang terbaik.

2 Contoh Resume Terbaik

  1. Contoh 1

Contoh resume yang pertama ini dalam hitam putih. Anda rasa macam mana. Menarik atau tak? Adakah penemuduga akan ambil anda bekerja bedasarkan resume macam ni?

Contoh Resume Terbaik
  1. Contoh Resume 2

Berikut pula adalah resume jenis berwarna. Nampak menarikkan

Contoh Resume Bahasa Melayu terbaik

Sebenarnya kedua-dua resume ini bagus. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mengikut pendapat antara kedua resume tersebut, yang paling terbaik adalah contoh resume 1. Kenapa?

Ramai Pilih Contoh 1 Sebagai Resume Terbaik

Ini sebab kenapa resume contoh 1 tu merupakan resume paling terbaik dan mudah untuk dapat temuduga

  • Kebanyakan company pakai sejenis sistem atau AI yang akan baca resume.

Syarikat biasanya menerima berpuluh-puluh atau mungkin ratusan resume yang disubmit oleh pencari kerja. Jadi mereka tiada masa nak semak 1 per satu.

Dan contoh resume 1 tu untuk company yang besar. Manakala yang contoh 2 tu sesuai untuk company kecik. Melainkan anda mohon kerja untuk bahagian design dan kreatif maka kena guna resume no 2.

Company besar kebiasaannya diaorang pakai software (Applicant tracking system) untuk tapis permohonan dan resume korang.

Buat resume ikut template 1 Insyaallah harapan cerah company besar panggil korang untuk interview.

  • Nampak clean dan profesional

Resume no 1 menampakkan kebersihan serta sikap profesional anda semasa mohon kerja. Sebab tu semasa kaji selidik ni dibuat ramai mengatakan yang mereka diterima kerja kerana menggunakan contoh resume no 1.

Kiri adalah sangat ATS friendly dan senang untuk AI create profile yang lengkap dalam sistem. Gambar, icon, emoji, grafik untuk tujuan kosmetik memang ngam tapi untuk ATS tak boleh baca. Yang penting resume tersebut single column layout, tiada table serta guna font standard.

  • Resume 1 untuk jawatan tinggi manakala no 2 untuk jawatan biasa

Kebiasaannya untuk mohon jawatan tinggi penemuduga akan memilih yang no 1. Sebab apa? Sebab ia nampak profesional berbanding resume no 2.

  • Tengok atas jawatan yang dimohon

Kedua-dua contoh resume tu bagus sebenarnya tapi bergantung pada jawatan yang anda mohon serta syarikat apa. Kebanyakan syarikat besar akan memilih no 1 kerana sesuai dengan Aplicant Tracking System (ATS) yang diorang pakai.

Namun bagi syarikat atau jawatan dalam bidang kreatif atau design, maka resume yang no 2 akan menjadi pilihan penemuduga.

Contoh Resume Terbaik 2023

Jadi dari 2 contoh resume yang kami berikan dan dari penerangan anda dah tahu kan mana 1 resume yang terbaik dan pasti dapat temuduga. Jadi jangan tersilap resume dan pastikan untuk hantar sebanyak mana resume ke syarikat untuk pastikan peluang temuduga adalah tinggi.

Download Contoh Resume Terbaik

Kalau adik-adik semua mencari contoh nak buat resume yang terbaik, tak kiralah resume bahasa melayu atau bahasa inggeris adik boleh tengok laman web bawah ni. Ni semua blogr bagi tempat untuk generate resume secara auto. Pilih je mana ok ye.

Soalan Lazim (FAQ)

Macam mana nak download contoh resume terbaik bahasa Melayu ni ye?

Tiada link download sebab kami nak adik belajar cara buat resume yang terbaik

Adakah saya akan dapat interview dengan format resume ini?

Jangan bimbang. Kalau anda ikut format resume yang diberikan, InsyaALLAH anda akan dipanggil interview

Resume bahasa melayu ke Inggeris yang sesuai untuk mohon kerja?

Resume bahasa melayu atau inggeris, ia bergantung pada syarikat yang anda mohon.

Kalau internship sesuai ke guna contoh resume bahasa melayu?

Resume yang kami berikan ini sesuai untuk semua. Kalau company besar buatlah dalam bahasa inggeris

Perluka saya menghantar cover letter sekali bersama resume?

Perlu dik. Ini kerana cover letter menerangkan tujuan resume. Bacaan lanjut di Contoh Cover Letter

Leave a Comment