Contoh Simpulan Bahasa Beserta Maksudnya Bahagian 1

Maksud Simpulan Bahasa

Contoh Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam.

Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Penggunaan simpulan bahasa di penulisan karangan pada peperiksaan semua tahun, ujian UPSR, PT3 ataupun SPM oleh para pelajar adalah digalakkan untuk mendapat markah yang lebih tinggi.

Ok. Di bawah kami sediakan beberapa contoh simpulan bahasa dengan maksud untuk anda gunakan dalam kehidupan mahupun karangan anda.

Contoh Simpulan Bahasa

Akal kancil
Maksudnya: Tipu daya yang licik
Contoh Ayat: Penjenayah yang mempunyai akal kancil itu akhirnya berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

Contoh Simpulan Bahasa Bermula Huruf AK Dengan Maksudnya

Akal budi
Maksudnya: Fikiran yang sihat
Contoh Ayat: Bersukan bukan sahaja dapat melahirkan akal budi malah minda yang positif.

Alang kepalang
Maksudnya: Sedikit, tidak mencukupi.
Contoh Ayat: Alang kepalang sahaja lauk yamng dimasak oleh Mazidah di kendurinya.

Contoh Simpulan Bahasa


Anak emas


Maksudnya: Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Contoh Ayat: Sharydah menjadi anak emas di tempat kerjanya. Dia sering dipuji kerana kecekapan dan kesungguhannya menguruskan sesuatu kerja.

Anak gahara
Maksudnya: Anak raja daripada permaisuri.
Contoh Ayat: Anak gahara itu dinafikan takhta apabila berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Bau-bau bacang
Maksudnya: Pertalian keluarga yang jauh.
Contoh Ayat: Walaupun Syida dan Mazidah tidak mengenali satu sama lain namun mereka sebenarnya ada bau-bau bacang.

Beralih akal
Maksudnya: Berubah fikiran atau pendapat.
Contoh Ayat: Sikap Joe yang sering beralih akal itu amat menyusahkan semua orang. Semalam kata lain, hari ini kata lain.

Baca Juga  Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Beralih angin
Maksudnya: Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat.
Contoh Ayat: Setelah merantau ke Perak selama 15 tahun, akhirnya Lot mengambil keputusan untuk beralih angin dan menetap di Kuantan.

Bergadai nyawa
Maksudnya: Sanggup membahaykan diri sendiri demi mencapai sesuatu.
Contoh Ayat: Askar Malaysia sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara tercinta.

Nak tengok tempat menarik? Klik Destinasi Percutian

Berhati batu
Maksudnya: Bersifat degil, tidak merasa belasa kasihan.
Contoh Ayat: Malang sungguh Pak Andy kerana anak-anaknya berhati batu. Sudah bermacam cara nasihat diberi namun tidak didengari.

Berhati waja
Maksudnya: Tidak mudah kecewa.
Contoh Ayat: Pian seorang yang berhati waja. Walaupun hhhidup dalam serba kekurangan namun dia tidk pernah mengabaikan pelajarannya.

Bermuka dua
Maksudnya: Tidak jujur, belot
Contoh Ayat: Polis yang bermuka dua itu telah dijatuhkan hukuman yang setimpal kerana menyerahkan dokumen sulit kepada pihak musuh.

Bertikam lidah
Maksudnya: Bertengkar, berdebat.
Contoh Ayat: Dua sahabat baik itu bertikam lidah kerana seorang perempuan.

Buah mulut
Maksudnya: Perkara yang menjadi sebutan orang.
Contoh Ayat: Hal Abu mengahwini janda kampung tersebut menjadi buah mulut orang kerana perbezaan umur keduanya yang sangat jauh.

Bulat hati
Maksudnya: Ikhlas, tetap hati dan bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Walaupun upah yang diberi tidak setimpal, AFiq tetap gembira melakukan kerja itu kerana sikapnya yang bulat hati.

Contoh Simpulan Bahasa


Buruk siku
Maksudnya: Meminta kembali sesuatu barang yang telah diberi.
Contoh Ayat: Buruk siku betul Safuan kerana meminta kembali kereta Merc yang di berinya kepada Paeh

Baca juga : Contoh Pepatah Beserta Maksudnya Bahagian 1

Campur tangan
Maksudnya: Turut serta dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: Haru turut campur tangan dalam pergaduhan antara Amir dan Raoup.

Baca Juga  Contoh Penapis Air Yang Bagus

Cepat tangan
Maksudnya: Suka mencuri.
Contoh Ayat: Sikap Ikram yang cepat tangan tu menyebabkan gerak-gerinya turut diperhatikan oleh kawan-kawannya.

Dalam tangan
Maksudnya: Pasti diperoleh.
Contoh Ayat: Amir bersorak kegembiraan walaupun keputusan SPM bakal diumumkan keesokan hari, kerana dia yakin keputusan yang bakal dicapainya sudah berada dalam tangan.

Darah daging
Maksudnya: Anak kandung.
Contoh Ayat: Mak Intan dan Pak Khairi amat mengharapkan si Ali, satu-satunya darah daging mereka untuk membantu mereka.

Daya fikir
Maksudnya: Kekuatan fikiran.
Contoh Ayat: Melalui pembacaan dari pelbagai jenis bahan bacaan, kita dapat menajamkan serta menguatkan daya fikir.

Gaji buta
Maksudnya: Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Safiq hanya tahu makan gaji buta. Bila disuruh bekerja, dia asyik tidur sahaja.

Gila bahasa
Maksudnya: Kurang waras fikirannya.
Contoh ayat: Lelaki tua yang terpekik terjerit sambil berjalan itu gila bahasa.

Oklah. Sampai di sini sahaja contoh simpulan bahasa. Kita akan bersambung di bahagian seterusnya ya. Selamat membaca.

Baca juga Contoh Peribahasa Beserta Maksudnya

Join telegram kami: Contoh.My

2 thoughts on “Contoh Simpulan Bahasa Beserta Maksudnya Bahagian 1”

Leave a Comment

error: Content is protected !!