Contoh Slip Gaji Beserta Template

Artikel kali ni adalah tentang slip gaji template, Contoh Slip Gaji dan Cara Buat Slip Gaji Online.

Jana invois secara automatik apabila pembayaran telah disahkan dengan Onpay.

Apa Itu Slip Gaji

Slip gaji atau payslip merupakan bentuk tanda bukti atas gaji atau pembayaran untuk seorang pekerja. Adapun pentingnya slip gaji adalah memberikan kejelasan berapa besar gaji yang diterima dari perusahaan atau tempat kerja.

Bagi penjawat awam, mereka ada sistem epenyata gaji sendiri yang boleh digunakan, tapi bagi pekerja sendiri adalah sebaliknya. Tentera pun dah ada sistem login spgatm diorang sendiri untuk cek slip gaji.

Walaupun ada pendapatan yang bagus dalam bisnes, masalah biasa orang yang berniaga sendiri atau yang kerja sambilan ialah susah dapat pinjaman bank untuk beli harta sebab tiada rekod yang menunjukkan dia ada pendapatan tersebut.

Jadi pendapatan sebesar mana sekalipun, kalau tak ada bukti pendapatan, atau slip gaji selama 3 bulan bank tak dapat bagi pinjaman.

Slip gaji ini lebih meyakinkan pihak bank sebab bank lebih suka bagi pinjaman kepada mereka yang berstatus “makan gaji”. Ia lebih terjamin pendapatannya bagi pihak bank. Pastikan juga bagi mereka yang bekerja sendiri untuk membuat SSM dan juga untuk buka akaun company di bank yang berkaitan atas nama syarikat.

Maklumat Dalam Slip Gaji

Setiap syarikat memiliki format slip gaji yang berbeza-beza, bergantung pada maklumat yang ingin diisi dalamnya serta aplikasi yang digunakan dalam membuat slip gaji tersebut.

Baca Juga  Lagu Negeri Johor Dengan Lirik, Audio dan Video

Jika anda bekerja sebagai staf yang mengurus bahagian slip gaji, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat format slip gaji.

Umumnya, ada beberapa maklumat penting yang harus ada dalam slip gaji tersebut.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu ada di dalam payslip gaji.

Maklumat WajibMaklumat Wajib Ada Dalam Slip Gaji
Maklumat syarikatNama, nombor pendaftaran syarikat serta alamat syarikat
Maklumat pekerjaNama penuh, nombor kad pengenalan dan jawatan
Maklumat gajiJumlah gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan butiran lain mesti ada dalam slip gaji
Cop SyarikatCop syarikat sebagai pengesahan slip gaji
  • 1. Maklumat syarikat

Antara maklumat yang perlu ada adalah nama, nombor pendaftaran syarikat dan alamat syarikat.

  • 2. Maklumat pekerja

Sekiranya anda bekerja sendiri, disinilah kita perlu isikan maklumat diri kita. Isikan nama penuh, nombor IC dan jawatan dalam syarikat.

  • 3. Maklumat gaji

Isikan maklumat gaji secara terperinci. Gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan lain lain.

  • 4. Cop Syarikat

Dan akhir sekali, copkan juga dengan cop syarikat bagi tujuan pengesahan slip gaji.

Contoh Slip Gaji

Antara contoh payslip gaji online di Malaysia yang boleh menjadi panduan anda adalah seperti berikut

Contoh Slip Gaji Kerja Swasta 1

Slip Gaji
Contoh payslip gaji kerja swasta. Socso, kwsp semua ada ditunjukkan

Contoh Slip Gaji Kerja Swasta 2

Contoh slip gaji
Inipun slip gaji kerja swasta .Sekiranya ada pemotongan atau pertambahan akan ditunjukkan dalam slipgaji

Contoh Slip Gaji Kerja Swasta 3

Contoh slip gaji
Slip gaji swasta yang mempunyai logo serta detail gaji

Contoh Slip Gaji Kerja Kerajaan

slip gaji kerja kerajaan
Slip gaji kerja kerajaan yang mempunyai detail gaji serta maklumat pemotongan. Pastikan jumlah pendapatan dan potongan adalah tepat.

Template Slip Gaji

Ni pula template slip gaji untuk korang masukkan je maklumat dan angka dan ia akan generate siap slip gaji anda. Tapi ni jenis berbayar la. Dapatkan slip gaji template di sini

Template Slip Gaji

Kesimpulan

Slip gaji adalah penting bagi membuat pinjaman sekiranya anda nak membeli sesuatu aset atau kenderaan. Jadi dengan slip gaji adalah penentu samada pinjaman ada akan diterima atau tak. Yang kedua akaun bank syarikat adalah penting bagi menunjukkan anda ada cashflow yang sangat bagus dalam membuat pinjaman pada pihak bank.

Baca Juga  11 Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tercinta

Jika anda nak buat pinjaman tanpa slip gaji payahla sikit. Sebab pinjaman tanpa slip gaji ni banyak bank kena tengok. Akaun bank anda ok ke tak. Dan macam-macam lagi. Pinjaman peribadi tanpa slip gaji atau pinjaman maybank tanpa slip gaji semuanya atas dokumen yang ketat sebab nak tahu samada anda boleh buat pembayaran bulanan kerana anda tiada gaji.

Majikan ada buat caruman tapi terdapat perbezaan amaun yg dipotong pada slip gaji dan pada penyata kwsp

Dinasihatkan untuk membuat semakan semula dengan Majikan , ini kerana KWSP menerima bayaran yang diberikan Majikan berdasarkan e-Caruman

Kalau diminta tunjuk payslip masa dalam interview apa kena buat?

Korang boleh je nak tunjuk tapi korang juga ada hak taknak tunjuk sebab majikan baru tu menilai korang dari segi gaji and bukan dari skills dan pengalaman korang.

Bagaimana cara palang slip gaji yang betul?

Nak palang slip gaji ni mudah. Jangan menutupi perkara penting macam detail pengenalan dan gaji. Itu sahaja

Staff tak sampai 5 orang berbaloi ke pakai template slip gaji tersebut?

Tiada masalah sebab pekerja masih tak ramai. Jika melebihi 15 orang baru cari yang lain

Sekian itu sahaja dari kami. Ada apa-apa pertanyaan? Jangan lupa komen dibawah ye. Jangan lupa sampaikan pada mereka yang bekerja sendiri yang sedang mencari slip gaji secara online.

32 thoughts on “Contoh Slip Gaji Beserta Template”

  1. Assalam, nk tnya skit…klau sy buat loan dgn aeon dan slip gaji sendiri, pihak aeon tu dia call tk majikan kita? atau dia just tgk slip gaji tu je utk pengesahan?

    Reply
  2. Saya bekerja sendiri income sebulan dalam RM5K, cadangnya nak ambil gaji dalam RM4K. Nak buat slip gaji untuk diri sendiri, kita kena bayar cukai perniagaan dan cukai pendapatan ke? Atau just bayar cukai pendapatan sahaja, cukai perniagaan tak perlu bayar.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!