“Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta. Rujukan khusus bagaimana menyediakan resume yang memenuhi kehendak dan memukau bahagian HR”
Isi Kandungan
Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.
Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?
Soalan Temuduga
Soalan yang paling susah ditanya biasanya adalah “tell me about yourself”. Soalan ini merupakan bola tanggung dalam interview. Soalan ini nampak mudah, tapi ramai yang gagal jawab dengan baik.
Elakkan Jawapan Berikut
Antara benda tak perlu sebut ketika soalan ini ditanya adalah
- butiran peribadi
- nama
- alamat
- umur
- study mana
Cara handle Soalan Seperti Ini
Macam mana nak handle soalan temuduga ni:
- anggap macam pitch, soalan ni open ended untuk promote diri
Jawapan Kalau Fresh Grad
Bagi fresh graduated korang boleh la ceritakan pasal
- projek masa fyp / or assigment yang relate dgn industry / job scope
- highlight apa knowledge yang tranferrable kepada job tu
- kalau ada buat side project (coding app/web sendiri, freelance design) boleh mention
Jawapan Kalau Ada Pengalaman Kerja
Manakala bagi yang dah ada pengalaman kerja:
– mention past experience, highlight project yang noteworthy
– role/achievemnt dalam project,
– kalau project kerja sebelum ni ngam dgn job baru: explain thought proses dalam menyelasaikan masalah
Baca juga: Contoh Soalan Temuduga
Apa Yang Interviewer Mahu
Biasanya interviewer nak tau yang korang ni just ikut arahan atau boleh pikir sendiri
Lagi satu, ni personal preference sendiri, tapi ayat “im hardworking, go above and beyond ni, yadayada” semua tu agak tak bermakna untuk penemuduga kerana cliche sangat dan biasa didengar. Semua orang boleh claim.
So tak payahla cakap pasal tu. Just talk about things you do, how you do it, walaupun projek tu fail, terkandas, tu semua ilmu dan effort.
Candidates pun boleh terangkan pasal pengetahuan teknikal dia ataupun skill yang berkaitan dalam bidang yang ditemuduga. Kalau boleh cerita something yg takda dalam resume.
Korang boleh tengok video di bawah tentang soalan temuduga “tell me about yourself” dan jadikan ia sebagai reference korang
Alang-alang nak dapatkan temuduga tu pastikan update resume. Kalau nak tengok contoh resume dalam bahas a melayu atau inggeris boleh layari: Template Contoh Resume Bahasa Melayu Terbaik Boleh Edit
Baca juga