Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan

Sebelum interview, kena apply dulu kan. Jadi baca dahulu: Antara Contoh Resume Terbaik Apply Kerja

Bagi anda yang akan menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga merupakan salah satu proses yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA kerajaan & swasta.

Sudah pasti di fikiran anda terfikir apa soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga. Bagi yang pertama kali bakal menduduki temuduga SPA sudah tentu akan lebih gelisah dan risau apa persediaan yang perlu dilakukan. Okay disini dikongsikan contoh soalan temuduga kerajaan SPA untuk dijadikan rujukan anda.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Temuduga SPA Kerja Kerajaan

Semasa temu duga anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan.

Anda juga dikehendaki melengkapkan resume di pautan MyResume.

Anda juga hanya dibenarkan berada di pusat temu duga tidak lebih awal 30 minit dari masa yang dijadualkan bagi tujuan penjarakan sosial.

Sila cetak Surat Pengesahan Panggilan Temu Duga bagi menghadiri urusan temu duga ini.

Boleh baca Tatacara temu duga oleh SPA ini di: Panduan Temu Duga

Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan

Berikut adalah contoh soalan temuduga SPA Kerja Kerajaan yang berkaitan tentang pengenalan diri, kelayakan dan pengalaman, info jawatan, penyelesaian masalah, kenegaraan, isu semasa dan soalan psikologi.

Baca Juga  Contoh Hantaran Simple

37 Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan.

  • PENGENALAN DIRI

1. Sila terangkan mengenai diri anda.
2. Apakah subjek yang paling anda minati semasa belajar di universiti dan terangkan mengapa?
3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?
4. Apa pekerjaan keluarga?
5. Boleh sebutkan keputusan SPM anda?
6. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?
7. Dah berapa kali dapat interview kerajaan ini?
8. Belajar di mana sebelum ini?

  • KELAYAKAN DAN PENGALAMAN

1. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
2. Cuba terangkan apakah tugas-tugas anda di tempat anda bekerja sekarang.
3. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan kesungguhan dalam pekerjaan anda?
4. Apakah kejayaan yang paling membanggakan dalam hidup anda?
5. Awak ada diploma, kenapa minta jawatan berkelayakan SPM ini?
6. Kenapa awak tidak sambung ijazah sedangkan keputusan diploma awak cemerlang?
7. Apakah kebolehan juga kemahiran awak yang kami perlukan?

Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan
  • INFO JAWATAN

1. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-peraturan ataupun kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkualiti?
2. Senaraikan tugas-tugas pembantu tadbir?

  • PENYELESAIAN MASALAH

1. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan anda dan bolehkah anda menerima kritikan tersebut?
2. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?
3. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?
4. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja anda?
5. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin?

  • KENEGARAAN
Baca Juga  Contoh Deko Dapur Tanpa Kitchen Cabinet (KC)

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
2. Sebutkan 5 dasar-dasar Kerajaan Malaysia?
3. Bilakah Malaysia melancarkan Tahun Melawat Malaysia?
4. Cuba anda terangkan secara ringkas apa itu 1 Malaysia?
5. Apakah nama Yang dipertuan Agong Malaysia?
6. Apakah nama bendera malaysia?

  • ISU SEMASA

1. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?
2. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?
3. Apa pendapat anda tentang kenaikan harga barang?
4. Berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.

  • SOALAN PSIKOLOGI

1. Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak/pedalaman?
2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?
3. Jika anda menggunakan kenderaan pejabat untuk menghantar anak ke sekolah, apa pendapat anda?
4. Adakah anda sedia untuk bertukar tempat kerja pada masa hadapan? Sememangnya itu selalu berlaku kepada kakitangan awam.
5. Apa yang awak buat dalam masa sepuluh tahun ni?

Kini, anda sudah mengetahui Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan yang paling popular ditanya oleh penemuduga. Jadi, anda bolehlah membuat persediaan bagi menjawab soalan-soalan ini kerana beberapa soalan daripada keseluruhan soalan ini pasti akan ditanya. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda yang bakal menghadiri temuduga.

Join telegram kami: Contoh.My

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!