“Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta. Rujukan khusus bagaimana menyediakan resume yang memenuhi kehendak dan memukau bahagian HR”
Isi Kandungan
Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.
Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?
Soalan Temuduga
Dunia sekarang ini memang tak dapat dinafikan semakin mencabar. Tambah-tambah dari segi peluang pekerjaan. Bayangkan, setiap kali habis semester, berapa ramai graduan baru yang keluar daripada pusat pengajian masing-masing. Kalau nak bagi semua dapat pekerjaan sesuai dengan bidang masing-masing, agak mustahil sebenarnya. Jadi, mana-mana yang dapat peluang temuduga tu jangan lah sia-siakan.
Jadi, dalam artikel kali ini kami nak kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan interview beserta dengan jawapannya. Jom baca!
Jemput baca antara contoh soalan temuduga yang menjadi kesukaan para penemuduga
Contoh Soalan Temuduga
Kami akan berkongsikan beberapa soalan interview yang selalu ditanya beserta dengan jawapan.
Kenapa Kami Perlu Pilih Anda Bekerja Dengan Kami?
Jika pihak tuan/puan mengambil saya bekerja, saya akan jadikan ia sebagai satu platform terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Apa yang pasti, kebolehan ini adalah selaras dengan apa yang syarikat ini ingin capai. Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat ini sebagai platform untuk saya belajar perkara-perkara baru.
Kenapa Dah Lama Menganggur?
Memang benar diatas kertas saya kelihatan seperti menganggur. Namun, sebenarnya saya banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti…(masukkan contoh) yang mana banyak mengajar saya soft skills yang tidak dapat saya pelajari di universiti. Menerusinya juga saya banyak belajar untuk berinteraksi dan berurusan dengan semua peringkat lapisan umur, latar belakang yang berbeza sekaligus memberikan saya satu bentuk pemahaman baru berkenaan cara berinteraksi dan berurusan yang betul.
Beritahu Saya Macam Mana Cara Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?
Saya tidak akan terlalu memikirkan berkenaan perkara-perkara yang memberikan tekanan tersebut dan akan menganggapnya sebagai salah satu cabaran bekerja. Saya akan kekal fokus untuk mengurus dan melakukan kerja mengikut keutamaan supaya saya dapat memberikan hasil yang terbaik untuk setiap kerja.
Berapa Lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?
Selama yang boleh. Apa yang penting bagi saya adalah ia akan kekal dan berterusan memberikan motivasi kepada diri saya secara profesional.
Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?
Saya melihat diri saya sedang memegang salah satu daripada posisi jawatan tertinggi dalam syarikat ini dan mampu untuk mengurus portfolio penting yang ada didalam syarikat ini.
Apa Kelemahan Anda?
Saya terlalu fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.
Apa Kekuatan Anda?
Saya merupakan seorang yang cepat belajar, mampu bekerja dalam kumpulan dan boleh diharap.
Ada Apa-Apa Soalan?
Biasanya soalan ini akan menjadi soalan terakhir yang akan ditanya bakal majikan anda sebelum mengakhiri sesi temuduga. Sebenarnya pada masa ini, anda tidak boleh untuk tidak bertanya soalan. Antara soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
● “Dengan siapa saya akan bekerjasama jika saya diterima bekerja nanti?”
● “Apa cabaran utama yang sedang dihadapi syarikat sekarang ini?”
Jika anda mencari soalan temuduga kerja kerajaan, boleh la ke: Contoh Soalan Temuduga SPA Kerajaan
Kesimpulan
Ada banyak sebenarnya soalan yang anda boleh tanyakan kepada bakal majikan anda. Hal ini akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya berminat untuk bekerja dengan mereka. Cuma, anda janganlah nampak terlalu berlakon dan nampak seperti anda memang ikut skrip apabila anda bertanyakan soalan tersebut. Jadikannya nampak natural.
Secara tidak langsung, soalan-soalan begini akan buat majikan berasa yang anda sangat berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati supaya ia tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan contoh soalan temuduga. Sebenarnya ada bermacam jenis soalan temuduga yang akan ditanya oleh bakal majikan anda. Apa yang kami kongsikan ini adalah sebahagian sahaja dan diharap mampu memberikan anda gambaran berkenaan jenis soalan yang bakal ditanya. Apapun, banyakkan membuat kajian berkenaan syarikat yang bakal menemuduga anda nanti.
Jemput juga baca : Contoh Resume Bahasa Melayu Untuk Graduan Mohon Kerja
Setiap resume yang di hantar memerlukan cover letter. Jangan lupa baca Contoh Cover Letter untuk panduan anda. Pastikan resume tu lengkap dengan biodata diri sebagai rujukan penemuduga. Boleh tengok contoh biodata diri yang lengkap dengan format dan cara.
Diharap agar perkongsian Contoh Soalan Temuduga ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua. Jika anda ada apa-apa nak komen, bolehla komen di ruangan yang disediakan. Sampai jumpa lagi di lain artikel.
Join telegram kami: Contoh.My
Baca juga