Anda sedang mencari soalan Soalan Psikometrik Pegawai Perubatan Gred UD41 yang bakal diadakan?
Isi Kandungan
Semua pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.
Download Preview Copy Contoh Soalan Ujian Psikometrik Secara PERCUMA di:
Pemohon perlu melengkapkan permohonan melalui Sistem SPA9 dengan memastikan maklumat peribadi, pendidikan (Bahasa Melayu peringkat SPM) serta Nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Farmasi Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia diisi dengan lengkap.
Peperiksaan Online Ujian Psikometrik Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41
SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik SPA, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Markah Lulus Ujian Psikometrik
Sebenarnya tiada markah minima untuk lulus bagi Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik ini sedikit berbeza dengan ujian yang lain. Dalam ujian ini tiada jawapan betul atau salah. Jadi tiada markah lulus atau gagal kerana ujian psikometrik ini dinilai berdasarkan kepada sejauh mana perwatakan seseorang itu dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.
Faktor untuk menentukan sama ada anda berjaya atau gagal ujian ini, bergantung kepada empat perkara utama, berikut:
- Personaliti yang menepati keperluan jawatan
- Jumlah kekosongan jawatan yang ada
- Bilangan calon yang mengambil ujian
- Kefahaman Calon Terhadap Ujian Psikometrik
Format Ujian Psikometrik
Kepada calon yang belum tahu lagi, format ujian Psikometrik ini terdiri daripada 199 soalan aneka jawapan yang perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit.
Ia mengandungi beberapa pilihan jawapan seperti :
- Setuju atau Tidak Setuju
- Betul atau Salah
- Ya atau Tidak
- Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju, Sangat Setuju
Selepas lulus ujian Psikometrik ini barulah calon-calon akan dipanggil ke sesi yang seterusnya pula.
Sama ada sesi temuduga, atau sesi ujian kecergasan terlebih dahulu ; bergantung pada sesuatu jawatan / kementerian yang terlibat.
20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perubatan
Berikut merupakan 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik bagi jawatan Pegawai Perubatan
- Saya suka membawa kerja pejabat pulang ke rumah
a. Ya
b. Tidak
- Saya suka melepaskan tekanan dengan pergi berkaraoke
a. Setuju
b. Tidak Setuju
- Saya tiada masalah apabila rakan sekerja saya mendapat pujian walaupun kerja tersebut saya yang selesaikan
a. Sangat Tidak Setuju
b. Tidak Setuju
c. Setuju
d. Sangat Setuju
- Bagi saya, jika kerja hari ini tidak siap, tak perlu bawa pulang ke rumah kerana esok masih ada
a. Ya
b. Tidak
- Saya ada tabiat melakukan kerja “asal siap”
a. Setuju
b. Tidak Setuju
- Pada usia 30-an, saya gemar menonton anime
a. Ya
b. Tidak
- Saya bertimbang rasa ketika rakan sekerja meminta saya untuk selesaikan sesuatu ketika hari dia tak dapat bertugas
a. Ya
b. Tidak
- Saya sangat senang apabila sering memberi tumpang kepada anak jiran ketika menghantar anak-anak ke sekolah
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Pasti
d. Tidak Setuju
e. Sangat Tidak Setuju
- Saya suka memasak dan menggubah bunga
a. Ya
b. Tidak
- Membawa pulang kerja dari pejabat dan menyambungnya di rumah adalah ciri pekerja yang baik
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Pasti
d. Tidak Setuju
e. Sangat Tidak Setuju
- Saya sering berkata ya apabila rakan sekerja meminta pertolongan
a. Ya
b. Tidak
- Saya boleh meluangkan waktu hujung minggu untuk memikirkan hal kerja yang perlu dilakukan minggu berikutnya
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Pasti
d. Tidak Setuju
e. Sangat Tidak Setuju
- Saya suka mengubah suai enjin kereta dan motosikal
a. Ya
b. Tidak
- Jika tersilap, biar masa melupakannya
a. Setuju
b. Tidak Setuju
- Jika dikritik, saya akan membalas kritikan tersebut dengan kritikan yang lebih tajam
a. Setuju
b. Tidak Setuju
- Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh’ tidak sesuai pada masa kini.
a. Sangat Setuju
b. Setuju
c. Tidak Pasti
d. Tidak Setuju
e. Sangat Tidak Setuju
- Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah
- Saya melayan tetamu yang datang ke rumah.
a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah
- Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.
a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah
- Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah
Amacam. Mesti anda peningkan sebab Contoh Soalan Ujian Psikometrik punya jawapan dekat atau hampir sama.
Soalan yang telah kami kongsikan di atas hanyalah sekadar contoh soalan psikometrik sahaja dan bukannya soalan sebenar.
Dengan ini, kami perkenalkan kepada anda rujukan ujian Psikometrik SPA.
Rujukan Ujian Psikometrik ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi minggu depan untuk tahun 2024.
Rujukan psikometrik ini disyorkan untuk anda kerana
- Terdapat 200 contoh soalan ujian Psikometrik versi terkini 2024
- Tips menjawab soalan psikometrik dengan betul
- Huraian-huraian jawapan
- Cara nak jawab soalan-soalan psikometrik dengan betul
- Cara nak kesan perangkap yang disusun untuk memerangkap calon
- Bagaimana nak elak perangkap ini
- Apa yang bakal menggagalkan test Psikometrik anda
Feedback Pembaca Rujukan PSIKOMETRIK
Berikut merupakan antara feedback sesetengah pembeli ebook Ujian Psikometrik tahun 2022 (sesi sehingga Julai). Maksudnya feedback ini adalah feedback selepas result ujian psikometrik dah keluar. Ada yang lulus ada yang gagal.
Format yang ada dalam ebook ujian psikometrik amat membantu para calon dalam menjawab soalan yang diberikan. Sehingga beliau dapat lulus untuk ke temuduga seterusnya.
Tips yang diberikan oleh team juga membantu para calon sehinggakan lulus ujian psikometrik SPA ini.
Dan banyak lagi feedback yang berterima kasih kepada TIM kerana mengeluarkan ebook yang berjaya mem
Baca lagi: Contoh Koleksi Soalan Ujian Psikometrik dan Jawapan 2024