Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja

0
5706
Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja

Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja Bagi Pekerja Kerajaan

Kadang-kadang sebagai majikan atau ketua, kita runsing dengan pekerja yang suka melakukan kesalahan tanpa mematuhi prosedur syarikat. Pekerja yang berwibawa sedar tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan tugasnya terlaksana tanpa melanggar peraturan syarikat.

Ada ketikanya bila ditegur mereka mengambil ringan kata-kata anda, padahal anda merupakan majikan mereka. Perlunya ada ketegasan dalam memastikan disiplin pekerja dan etika kerja dalam keadaan baik. Kaedah praktikal untuk memastikan pekerja mengikut undang-undang syarikat adalah dengan menghadiahkan sepucuk surat warning letter atau surat amaran.

Surat amaran (Bilangan surat amaran ini bergantung sama ada kesalahan masih berulang atau tidak, jadi sesebuah syarikat boleh mengeluarkan surat amaran pertama atau kedua atau amaran yang terakhir bergantung kepada SOP dalam syarikat).

Surat amaran adalah untuk memberi amaran berkenaan tindakan pekerja yang bertentangan dengan polisi syarikat dan supaya tidak mengulanginya lagi. Sekiranya pekerja tidak mengulanginya maka tidak perlu diteruskan dengan pembuangan. Cukup setakat peringkat ini. Kadangkala teguran begini boleh mengubah tingkah laku pekerja.

Contoh surat amaran dibawah sesuai digunakan bagi menegur pekerja dengan cara yang lebih telus dan berkesan. Kami kongsikan contoh surat amaran bagi kerajaan dan juga swasta ebagai rujukan anda.

Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja Bagi Pekerja Kerajaan

Ruj. Kami : (No. Fail Staf PTJ)
Tarikh :

(NAMA DAN ALAMAT STAF)

Tuan/Puan,

ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA

Saya merujuk tuan/puan kepada perkara di atas.
2. Berdasarkan rekod perakam waktu (E-Punch), Encik/Puan/Cik (nama staf /no. staf dan kad pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut:

BULAN
TARIKH
BILANGAN HARI
JUMLAH BILANGAN HARI TIDAK HADIR BERTUGAS

3. Suka saya mengingatkan tuan/puan bahawa pihak pejabat ini telah memberi teguran sebanyak (bilangan teguran) kali pada (tarikh teguran diberi) dan surat amaran kali pertama pada (tarikh surat amaran kali pertama). Tuan/Puan juga telah dirujuk kepada Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar untuk diberi sesi kaunseling dan penasihatan. Walau pun nasihat,teguran, surat amaran serta proses kaunseling telah diberi kepada tuan/puan, namun pihak pentadbiran pejabat ini mendapati kesalahan ketidakhadiran bertugas tanpa kebenaran masih berulang dan tidak dipandang serius oleh tuan/puan.

4. Ketidakhadiran tuan/puan pada tarikh di atas boleh dikenakan tindakan tatatertib, boleh dilucuthak emolumen bagi hari staf tidak hadir bertugas di bawah Peraturan 26 Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Dengan ini tuan/puan dikehendaki hadir bertugas serta merta dan memberi surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap tuan/puan.

Sekian.

“BERILMU BERBAKTI”

Yang menjalankan tugas,

(NAMA KETUA JABATAN/PEGAWAI PENYELIA)
Jawatan
Jabatan

s.k : Pendaftar
: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
: Ketua Bahagian Perundang-undangan
: Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar

*Surat ini disediakan hanya sebagai contoh sahaja dan pihak PTJ boleh mengubahsuai format ini mengikut kesesuaian.

Contoh Surat Amaran Untuk Pekerja Bagi Pekerja Swasta

No Ruj :
Tarikh :

Kepada siapa yang berkenaan:

Tuan/Puan,

PER:SURAT AMARAN PERTAMA
Merujuk maklumat di atas,

Adalah dimaklumkan bahawa,anda yang bernama________________ pekerja di syarikat HL Sdn.Bhd telah melanggar peraturan yang ditetapkan syarikat,dengan ini
sepucuk surat amaran pertama telah dikeluarkan untuk anda.

2.Menurut laporan yang telah disahkan oleh pegawai atasan kamu iaitu En.kamal telah mengesahkan bahawa kamu telah melanggar prosedur yang ditetapkan syarikat sewaktu menjalankan tugas tempoh hari yang bertarikh 11/11/2012.

Syarikat memandang serius berkenaan hal ini memandangkan kesan pelanggaran prosedur ini akan menjejaskan reputasi syarikat,oleh itu anda diminta untuk memastkan hal yang demikian tidak berulang lagi atau hukuman yang lebih keras akan dikenakan kepada anda.

Sekian,terima kasih.
Contoh surat

Yang Benar

Penolong Pengurus
(Syarikat HL Sdn.Bhd)

Semoga dengan contoh surat amaran untuk pekerja ini dapat membantu anda untuk menulis surat sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain. Semoga perkongsian senarai contoh surat amaran untuk pekerja yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here