6 Contoh Surat Berhenti Kerja

Surat Berhenti Kerja

Sebaik sahaja anda telah memutuskan untuk berhenti kerja anda, perkara yang perlu dilakukan adalah mengemukakan surat berhenti kerja. Surat berhenti kerja anda akan memudahkan peralihan selama dua minggu akan datang di tempat kerja, dan juga akan membantu anda mengekalkan hubungan positif dengan majikan anda walaupun selepas anda tidak lagi dengan syarikat.
Pastikan ia pendek dan mudah.

Sebab Berhenti Kerja

Berhenti Kerja Kerana Konflik

Jika anda merancang untuk berhenti kerja hanya kerana ada konflik di tempat kerja sekarang, anda harus ingat masalah sebegini akan kembali timbul di tempat kerja baharu jika anda tidak mengambil masa untuk meneliti kesilapan yang berlaku dalam kerja semasa.

Berhenti Kerja Kerana Tidak Gembira

Jangan sesekali berhenti kerja kerana anda tidak gembira. Jika anda tidak gembira dengan aspek lain dalam hidup, mudah sahaja untuk menyalahkan kerja anda. Jangan harapkan pekerjaan kita membahagiakan kita sekiranya aspek kehidupan yang lain dalam huru-hara. Atasi punca sebenar yang menyebabkan rasa tidak gembira dalam diri dan kerja anda mungkin menjadi lebih baik lagi.

Hakikatnya, tindakan berhenti kerja sepatutnya jarang sekali berlaku dalam kerjaya anda. Tempoh menganggur yang terpapar pada resume membuatkan bakal majikan berjaga-jaga untuk mengambil anda bekerja.

Salinan Surat Perjanjian Sebelum Berhenti Kerja

Harus diingat sebelum surat berhenti kerja diberikan, pastikan anda merujuk terma-terma kontrak yang telah ditandatangani dan baca juga peruntukkan akta yang berkaitan. Pastikan anda mempunyai salinan surat perjanjian surat tawaran yang anda tandatangani dengan HR. Sekiranya, tiada anda perlu meminta sendiri salinan itu dari HR. Surat itu penting kerana ia mempunyai segala details tentang masa waktu kerja, shift, cuti bekerja, annual leave yang diperuntukkan dan gaji yang diberi.

Jadi surat perjanjian ini sangat penting untuk digunakan pada waktu ini. Cara paling mudah, bertanya kepada HR, tempoh notis berhenti yang perlu anda berikan, dan cuba cari penyelesaiaan antara dua-dua pihak dahulu. Sekiranya pihak yang majikan tidak memberikan sebarang surat semasa anda bekerja dengan mereka, jadi cara untuk berhenti adalah dengan terus berbincang dengan HR sendiri, Anda perlu faham, tidak siapa dapat menghalang niat anda untuk berhenti kerja, tapi hormatilah pihak majikan anda, berikan notis berhenti dengan waktu yang sesuai.

Sekiranya, anda ada surat tawaran kerja, anda boleh pergi ke pejabat buruh untuk bertanya dengan pegawai tentang cara terbaik untuk berhenti. Bawa dokumen ini, dan pegawai yang bertugas akan meneliti dokumen ini sebelum menerangkan cara terbaik untuk berhenti selaras dengan undang-undang sedia ada. Inilah antara cara saya lakukan. Setiap pekerja selalumya perlu memberi notis berhenti 1 bulan lebih awal terhadap majikan, itu adalah antara kandungan dalam akta pekerja sekiranya tidak dinyatakan dalam kontrak anda.

Surat berhenti kerja boleh dibuat seperti ini

Surat Berhenti Kerja Serta Merta

Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta

Surat Berhenti Kerja 24jam

Contoh surat berhenti kerja notis 24 jam

Surat Berhenti Kerja Serta Sebulan

 Contoh surat berhenti kerja sebulan

Contoh Surat Berhenti Kerja

Baca juga: Contoh Surat Berhenti Kerja dalam Bahasa Melayu

Contoh Surat Berhenti Kerja

Contoh Surat Berhenti Kerja

sumber: maukerja

Leave a Comment