Contoh Surat Berhenti Kerja BM BI (Notis 24 Jam, Sebulan)

Apabila anda ingin berhenti kerja atau resign dari syarikat lama, anda perlu membuat surat resign. Sesetengah syarikat memerlukan notis berhenti kerja mengikut polisi sedia ada samada 2 minggu, 3 minggu dan sebagainya. Anda hendaklah patuh akan arahan syarikat tersebut sekiranya anda bercadang berhenti dengan baik bagi mendapatkan faedah lain.

Contoh Surat Berhenti Kerja dan Perletakan Jawatan Bahasa Melayu

Berikut merupakan antara contoh surat berhenti kerja atau Surat perletakan jawatan Notis 24 Jam & Sebulan dalam bahasa melayu/ english bm bi. ang boleh anda jadikan panduan dan rujukan. Setaip satu mengikut sebab apa anda nak berhenti kerja. Pilih yang mana sesuai.

Contoh Surat Berhenti Kerja Sambung Belajar

MUHAMMAD SAIFUL BIN AHMAD FUAD
NO 12, KG TEBUK,
SUNGAI RAMBAI
09700 KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
_____________________________________________

WONG ENGINEERING CORPORATION BERHAD,
LOT 24, JALAN HI-TECH 4,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN. 15 JAN 2018

Tuan,

Per: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Saiful Bin Ahmad Fuad, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 2 Februari 2018.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
………………………..
( )

Contoh Surat Berhenti Kerja Notis 24 Jam & Sebulan

Download contoh surat berhenti kerja dalam bahasa melayu di: Download sekarang

-nama-,
-alamat penuh-
_____________________________________________

-nama syarikat-,
-alamat syarikat-. Tarikh :
(u.p.:-nama individu / jawatan / bahagian-)

Tuan / Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya -nama- dengan nombor kad pengenalan -no ic- adalah bertugas sebagai -nama jawatan- dengan -nombor pas / pas sementara / pekerja.

2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat pihak tuan / puan dengan rasminya pada -tarikh berhenti-. Sehubungan dengan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3. Untuk makluman tuan / puan,
tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana -tujuan-. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan / puan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan / puan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR,
-nama-.

Surat Berhenti Kerja Atas Sebab Ikut Suami

contoh surat berhenti kerja 24 jam

Download contoh surat berhenti kerja dalam bahasa melayu di: Download sekarang


Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin ikut suami yang bekerja di negeri lain atau ke luar negara.

Tarikh :

Pengurus,

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI KERANA IKUT SUAMI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di .
Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

No Pekerja :

No. Tel :

Surat Berhenti Kerja Atas Sebab Kesihatan

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja atas sebab kesihatan, dan selalu berulang-alik ke klinik / hospital.

Tarikh :

Pengurus,

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa

Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.
Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan menjejaskan prestasi syarikat.
Saya juga selalu berulang-alik ke untuk mendapatkan rawatan.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

No Pekerja :

No. Tel :

Contoh Surat Berhenti Kerja Notis 24 Jam

surat berhenti kerja

Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur

Bahagian Sumber Manusia
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7 Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur 24 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN TEMPOH 24 JAM

Merujuk kepada perkara di atas, saya ____________________________________, ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan bahawa saya akan menamatkan perkhidmatan saya di Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017 bersamaan hari Selasa. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menerima peletakan jawatan saya ini.

2. Saya berterima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan. Saya juga berharap agar syarikat ini akan terus maju.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
……………………. Tandatangan
Nama
Jawatan

Semoga perkongsian senarai contoh surat berhenti kerja yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Semoha anda berjaya dalam kerjaya anda di tempat baru anda. Jika anda merasakan contoh surat berhenti kerja simple ini berguna sila kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Contoh Resign Letter English

  1. Contoh Resign Letter
Contoh Resign Letter English

  1. Contoh Resign Letter 2
Contoh Resign Letter English 2

Download Contoh Surat Berhenti Kerja BM and BI

Muat Turun Template Surat Berhenti Kerja
Contoh Surat Berhenti Kerja Notis 24 Jam
Contoh Surat Berhenti Kerja Atas Sebab Kesihatan
Contoh Surat Berhenti Kerja 3 Atas Sebab Ikut Suami
Contoh Surat Berhenti Kerja Alasan Lain
Contoh Surat Berhenti Kerja Sambung Belajar
Contoh Resign Letter English

PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr

Bagaimana cara tulis surat berhenti kerja yang lengkap dan betul? Seperti mana anda tahu, surat berhenti kerja adalah antara perkara yang penting bagi anda yang ingin menukar tempat kerja yang lain. Anda boleh menulis mengikut format surat berhenti.

Panduan buat anda khususnya pekerja yang bercadang dan berhasrat untuk mengambil keputusan berhenti kerja. Ini contoh surat berhenti kerja yang boleh anda guna. Jadi profesional. Kita datang cara baik, resign pun cara baik. Pastikan ada alasan berhenti kerja yang munasabah. Bukan yang mengarut dan tidak logik.

Sebab Berhenti Kerja

Antara sebab mengapa memerlukan surat berhenti kerja

  • Dapat kerja lain
  • Ikut suami/isteri berpindah
  • Sambung belajar

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh surat berhenti kerja yang boleh dijadikan panduan :

Anda juga boleh muat turun contoh surat resign ini di:

Pelbagai Jenis Surat Resign

Soalan dan Jawapan (FAQ)

  1. Apakah sebab utama untuk menulis surat berhenti kerja?

    Antara sebab adalah dapat kerja baru, tidak berpuas hati dengan syarat pekerjaan semasa dan lain-lain

  2. Adakah saya perlu memberikan alasan mengapa saya berhenti kerja dalam surat tersebut?

    Tidak semestinya. Kalau nak tulis juga, pastikan penuh sopan dan profeisional.

  3. Berapa tempoh notis yang perlu diberikan sebelum berhenti kerja?

    Notis dalam surat berhenti kerja biasanya bergantung kepada syarikat anda. Kebiasaannya antara 1-2 bulan notis

  4. Apakah maklumat penting yang perlu disertakan dalam surat berhenti kerja?

    Maklumat penting yang perlu disertakan dalam surat berhenti kerja termasuk butir-butir peribadi, tarikh akhir bekerja, notis yang diberikan, dan sebarang butiran penting yang berkaitan dengan urusan pekerjaan, seperti gaji yang tertunggak atau cuti yang belum digunakan.

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment