Surat berhenti kerja adalah surat rasmi yang anda tulis kepada majikan anda yang menerangkan kenapa anda nak berhenti kerja.
Isi Kandungan
Surat berhenti kerja ini sepatutnya diserahkan kepada HR manager atau boss anda. Antara beberapa perkara penting kena ada dalam surat letak jawatan ini ialah tarikh anda akan berhenti kerja, alasan kenapa nak berhenti kerja. dan beberapa penerangan menghargai selama anda bekerja di syarikat terseput.
Contoh Surat Berhenti Kerja
Berikut merupakan beberapa contoh notis berhenti kerja. Anda boleh download dan edit. Muat turun template Surat Berhenti Kerja ini di sini (VERSI WORD):
DOWNLOAD Contoh Surat Berhenti Kerja SEKARANG
Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta
Surat berhenti kerja serta merta ini bagi mereka yang ingin berhenti pada dan waktu itu juga.
Surat Berhenti Kerja 24jam
Surat berhenti kerja 24 jam ini pula diberikan jika ingin berhenti pada keesokan hari. Sebelum anda berhenti kerja 24 jam pastikan anda membaca syarat-syarat berhenti kerja oleh syarikat anda. Samada ada denda perlu dibayar atau sebaliknya jika berhenti 24 jam.
Surat Berhenti Kerja Sebulan
Surat berhenti kerja notis sebulan ini sesuai jika anda dapat kerja lain dan syarikat anda sekarang memerlukan notis sebulan. Jika anda ingin berhenti kerja dalam 2 minggu maka tukarkan sahaja sebulan kepada 2 minggu atau refer Surat Berhenti Kerja 2 Minggu
Surat Berhenti Kerja Sambung Belajar
Jika anda mendapat tawaran sambung belajar, maka boleh gunakan surat atas alasan sambung belajar ini
Surat Berhenti Kerja Sebab Ikut Suami
Berikut merupakan contoh notis berhenti kerja bagi isteri yang terpaksa ikut suaminya berpindah ke tempat lain.
Surat Berhenti Kerja Atas Masalah Kesihatan
Surat rasmi berhenti kerja ini digunakan jika anda ada masalah kesihatan dan tidak boleh fokus untuk kerja.
Format Surat Berhenti Kerja
Pastikan surat rasmi berhenti kerja itu dalam keadaan profeisional dan jangan ada sebarang negatif tentang syarikat tersebut.
Sebaik sahaja anda telah memutuskan untuk berhenti kerja anda, perkara yang perlu dilakukan adalah mengemukakan notis berhenti kerja. Surat resign anda akan memudahkan peralihan selama dua minggu akan datang di tempat kerja, dan juga akan membantu anda mengekalkan hubungan positif dengan majikan anda walaupun selepas anda tidak lagi dengan syarikat. Pastikan ia pendek dan mudah.
Jenis Surat Berhenti Kerja
Ada pelbagai sebab berhenti kerja yang memaksa anda menghantar notis berhenti kerja. Antaranya ialah
Berhenti Kerja Kerana Konflik
Jika anda merancang untuk berhenti kerja hanya kerana ada konflik di tempat kerja sekarang, anda harus ingat masalah sebegini akan kembali timbul di tempat kerja baharu jika anda tidak mengambil masa untuk meneliti kesilapan yang berlaku dalam kerja semasa.
Contoh Surat Berhenti Kerja Kerana Konflik
Berhenti Kerja Kerana Tidak Gembira
Jangan sesekali berhenti dari tempat kerja kerana anda tidak gembira. Jika anda tidak gembira dengan aspek lain dalam hidup, mudah sahaja untuk menyalahkan kerja anda. Jangan harapkan pekerjaan kita membahagiakan kita sekiranya aspek kehidupan yang lain dalam huru-hara. Atasi punca sebenar yang menyebabkan rasa tidak gembira dalam diri dan kerja anda mungkin menjadi lebih baik lagi.
Contoh Surat Berhenti Kerja Kerana Tidak Gembira
Hakikatnya, tindakan berhenti kerja sepatutnya jarang sekali berlaku dalam kerjaya anda. Tempoh menganggur yang terpapar pada resume membuatkan bakal majikan berjaga-jaga untuk mengambil anda bekerja.
Salinan Surat Perjanjian Sebelum Berhenti Kerja
Harus diingat sebelum surat RESIGN LETTER diberikan, pastikan anda merujuk terma-terma kontrak yang telah ditandatangani dan baca juga peruntukan akta yang berkaitan.
Pastikan anda mempunyai salinan surat perjanjian surat tawaran yang anda tandatangani dengan HR. Sekiranya, tiada anda perlu meminta sendiri salinan itu dari HR. Surat itu penting kerana ia mempunyai segala details tentang masa waktu kerja, shift, cuti bekerja, annual leave yang diperuntukkan dan gaji yang diberi.
Jadi surat perjanjian ini sangat penting untuk digunakan pada waktu ini. Cara paling mudah, bertanya kepada HR, tempoh notis berhenti kerja yang perlu anda berikan, dan cuba cari penyelesaiaan antara dua-dua pihak dahulu.
Sekiranya pihak yang majikan tidak memberikan sebarang surat semasa anda bekerja dengan mereka, jadi cara untuk berhenti adalah dengan terus berbincang dengan HR sendiri, Anda perlu faham, tidak siapa dapat menghalang niat anda untuk berhenti kerja, tapi hormatilah pihak majikan anda, berikan notis berhenti dengan waktu yang sesuai.
Sekiranya, anda ada surat tawaran kerja, anda boleh pergi ke pejabat buruh untuk bertanya dengan pegawai tentang cara terbaik untuk berhenti.
Bawa dokumen ini, dan pegawai yang bertugas akan meneliti dokumen ini sebelum menerangkan cara terbaik untuk berhenti selaras dengan undang-undang sedia ada. Inilah antara cara saya lakukan. Setiap pekerja selalunya perlu memberi notis berhenti kerja 1 bulan lebih awal terhadap majikan, itu adalah antara kandungan dalam akta pekerja sekiranya tidak dinyatakan dalam kontrak anda.
Baca juga: Contoh Lain Surat Berhenti Kerja
Muat turun surat template Berhenti Kerja ini di sini (VERSI WORD):
sumber: maukerja
Kalau anda malas nak buat sendiri beli je dekat: Klik sini
Nak buat surat rasmi tapi tak tahu buat ayat? Dapatkan 51 template surat rasmi untuk memudahkan kerja anda sekiranya memerlukan surat rasmi. Hanya perlu edit semula bahagian tertentu dalam Microsoft Word sahaja.
Link: Klik Sini
Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?
Dapatkan RAHSIA RESUME KERJA ini sekarang juga di CONTOH RESUME KERJA
Join telegram kami: Contoh.My
Baca juga
boleh bagi contoh surat kepada syarikat berkenaan syarikat melanggar undang-undang kerja 1955(tidak membayar gaji pada masa yg ditetapkan/dijanjikan).
surat resign jenis apa yg harus saya buat agar dpt berhenti kerja tanpa tangguhan gaji dari syarikat…sebap saya suda buat surat resign…tp gaji saya masih d tahan oleh pihak syarikat..mohon pertolongan dan bimbingan nya agar gaji saya dpt saya ambil..