Rentas Negeri
Kelonggaran pergerakan rentas negeri dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diberikan bagi kes-kes tertentu di seluruh negara dengan syarat utama perlu mendapatkan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah mereka yang terkandas di kampung, yang telah membeli tiket penerbangan atau tiket bas ekspres masing-masing.
“Mereka dibenarkan meneruskan perjalanan. Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, ada yang melawat keluarga sakit di hospital, kes-kes tertentu seperti ini dibenarkan jadi jangan bimbang kalau terperangkap di kampung
Bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan, beliau berkata, larangan rentas negeri bagi mereka masih kekal, dan beliau meminta mereka supaya bersabar buat masa ini.
Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.
Jika pemohon mempunyai alasan yang munasabah, individu tersebut boleh mengemukakan surat kebenaran rentas negeri dengan menyertakan bukti yang kukuh dan dokumen penting seperti:
– Salinan kad pengenalan
– Dokumen-dokumen yang berkaitan; surat pelepasan bekerja, surat daripada hospital atau klinik
– Borang permit / surat kebenaran merentas negeri
– Seeloknya pastikan setiap dokumen ini dibuat dua salinan, satu untuk simpanan balai polis, dan satu untuk simpanan sendiri.
Langkah untuk membuat permohonan rentas negeri adalah seperti berikut:
– Muat turun Borang Permit Kebenaran Rentas Negeri dari laman web PDRM atau save image JPEG di bawah.
– Cetak / print borang berkenaan dalam 2 salinan.
– Selepas itu, isikan dan hantarkan ke balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman sendiri sebelum membuat pergerakan.
– Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.
Anda boleh memuat turun surat kebenaran rentas negeri / borang permit PKPB dan mencetaknya melalui pautan berikut:
Download Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Download Contoh Borang Pergerakan Rentas Negeri
atau klik image di bawah dan print
Baca juga: Contoh Surat Tunjuk Sebab
Join telegram kami: Contoh.My