Selain surat perjanjian sewa kereta dan surat perjanjian sewa rumah, bagi sesiapa yang ingin membuka kedai juga perlukan surat perjanjian sewa kedai.
Isi Kandungan
Perjanjian penyewaan kedai ini perlu dibuat bagi mengelakkan wujud sebarang masalah antara pemilik premis dan juga penyewa di kemudian hari.
Tujuan Surat Perjanjian Sewa Kedai
Perjanjian sewa kedai ini juga bertujuan untuk melindungi hak penyewa dan juga hak pemberi sewa.
Jika ada sebarang masalah mengenai sewa, maka penyewa dan juga pemilik kedai perlulah merujuk kembali perjanjiaan yang ditandatangani di surat perjanjian sewa kedai sebelum ini.
Surat perjanjian sewa kedai sesuai bagi anda yang mempunyai kedai, gerai, premis untuk disewa atau anda seorang penyewa yang memerlukan surat sewa kedai.
Beberapa tujuan utama surat ini ialah:
- Jelaskan Hak dan Tanggungjawab: Menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh pemilik kedai dan penyewa.
- Pastikan Kepastian Undang-Undang: Memberi jaminan undang-undang jika ada masalah atau perselisihan nanti.
- Elak Konflik: Kurangkan risiko salah faham dengan menulis semua persetujuan dengan jelas.
- Perlindungan: Melindungi hak kedua-dua pihak jika ada pelanggaran perjanjian.
- Syarat Sewa: Nyatakan syarat sewa seperti tempoh, harga, dan cara pembayaran.
- Cara Guna Kedai: Tentukan bagaimana kedai boleh digunakan.
- Hukuman Jika Langgar Perjanjian: Menetapkan hukuman jika ada pihak yang melanggar perjanjian.
Dengan surat perjanjian ini, pemilik dan penyewa kedai dapat merasa lebih selamat dan jelas tentang apa yang diharapkan dan tanggungjawab masing-masing.
Format Perjanjian
Antara format wajib yang perlu ada di dalam sesebuah perjanjian sewa kedai antara pemilik premis dan penyewa adalah seperti berikut:
- Nama pemilik premis dan penyewa
- Alamat premis untuk disewa
- Tarikh perjanjian ditandatangani
- Jumlah sewaan premis yang dipersetujui
- Tanggungjawab penyewa
- Tanggungjawab pemilik premis
- Persetujuan pemilik premis dan penyewa
- Tandatangan pemilik premis penyewa, dan saksi
Sama seperti perjanjian sewa kedai, pemilik premis perlu memastikan duti setem diletakkan di dalam perjanjian tersebut bagi memastikan perjanjian sewa kedai tersebut adalah sah.
Contoh Surat Perjanjian Sewa Kedai
SURAT PERJANJIAN SEWA PREMIS
SURAT PERJANJIAN ini diperbuat pada 21 JANUARI 2015 di antara pihak-pihak
berikut :-
1) GAN CHIN SEONG (No K/P : 780714-09-5073) yang beralamat di No 14 Taman Kangar 01000 Kangar perlis.(selepas ini disebut sebagai PIHAK PERTAMA),dan
2) NAZARI BIN IBNI (No K/P : 670201-09-5089 ) yang beralamat di No 31,Kg Kurung Tengar 02000 Kuala Perlis,Perlis.(selepas ini disebut sebagai PIHAK KEDUA)
Bahawanya PIHAK PERTAMA adalah pemilik berdaftar ke atas bangunan yang beralamat di 102,Tingkat 1,Persiaran Jubli Emas,1000 Kangar,Perlis (selepas ini disebut sebagai PREMIS DEMIS) bersetuju menyewakan lot tersebut kepada PIHAK KEDUA seperti syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:-
a) Penyewaan ini adalah bagi tempoh Enam (6) Tahun mulai 1 JANUARI 2015 sehingga 28 FEBRUARI 2020 dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS LIMA PULUH (RM550.00) Sahaja sebulan (selepas ini disebut sebagai “Sewa Tersebut”.Setelah tamat sewaan sebelum selama (6) Tahun yang berikutnya.
b) Akan membayar sewaan bulanan pada atau sebelum 7 haribulan pada setiap bulan.
c) Akan menggunakan semua PREMIS DEMIS sebagai rumah sewaan sahaja.
d) Tidak akan menyerahkan,menyewakan pula atau melepaskan milik semua PREMIS DEMIS itu atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA terlebih dahulu dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya.
e) Tidak akan membuat apa-apa perubahan,tambahan atau pertukaran bentuk dengan apa cara sekalipun kepada semua PREMIS DEMIS atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya, dan sekiranya PIHAK PERTAMA bersutuju membenarkan PIHAK KEDUA membuat perubahan,penambahan atau pertukaran bentuk itu atas perbelanjaaan sendiri, dan apabila tamat tempoh penyewaan ini atau mana-mana tempoh lanjutan penyewaan, PIHAK KEDUA hendaklah mengenbalikan PREMIS DEMIS ke keadaan asalnya sekiranya diminta oleh PIHAK PERTAMA dan atau segala perubahan,penambahan atau pertukaran bentuk atas PREMIS DEMIS tersebut menjadi hak mutlak PIHAK PERTAMA.
Sekianlah surat perjanjian ini diperbuat dan kami kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan tandatangan masing-masing di hadapan saksi.
Ditandatangani oleh:
PIHAK PERTAMA : ………………………………………….
(GAN CHIN SEONG)
No K/P : 780714-09-5073
PIHAK KEDUA : …………………………………………
(NAZARI BIN IBNI)
No K/P: 670201-09-5089
SAKSI : ……………………………………….
(MOHD HAZRUL BIN HASHIM)
No K/P: 870228-09-5069
Kesimpulan
Surat sewa kedai adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menyewa kedai milik anda.
Terdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai kontrak sewa kedai anda.
Untuk anda yang mempunyai premis untuk disewa atau anda seorang penyewa yang memerlukan surat sewa premis, boleh dapatkan template surat perjanjian sewa kedai ini dengan link di bawah.
Template contoh perjanjian sewa kedai ini akan memudahkan anda untuk menulis surat perjanjian mengikut format.