Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Apa Itu Surat Perjanjian Sewa Rumah

Ia merupakan 1 dokumen perjanjian sewa rumah yang penting untuk melindungi hak tuan rumah serta hak penyewa mengikut lunas undang-undang. Ramai pemilik rumah sewa masih tidak mempunyai perjanjian sewa yang SAH dan tidak mengetahui kepentingan dokumen ini. Walhal, dokumen ini adalah sangat penting bagi menjaga kepentingan dan kebajikan antara dua belah pihak. Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.

Kenapa Pentingnya Surat Perjanjian Sewa Rumah

o Lebih Profesional – Surat perjanjian sewa rumah ini dapat menjelaskan tanggungjawab kedua belah pihak secara profesional mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
o Melindungi Kepentingan Bersama – Kedua-dua belah pihak dilindungi mengikut lunas undang-undang negara. Jadi tiada pihak yang boleh melakukan penipuan.
o Menjelaskan Tanggungjawab – Untuk melindungi kepentingan pemilik rumah dan tanggungjawab yg harus dipikul bersama dengan penyewa
o Psikologi – secara Psikologinya, penyewa akan lebih “respect” kepada pemilik rumah, kerana perjanjian sewa itu SAH dan boleh dibawa ke Mahkamah jika PERLU.

Kandungan surat perjanjian adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah itu.
Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.

Antara Contoh Kandungan Surat Sewa Rumah

Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:

1)Muka Hadapan
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

2)Maklumat Penyewa
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

3)Jadual Pembayaran
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

4)Senarai Inventori
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

5)Syarat-syarat Perjanjian

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

6)Tandatangan Persetujuan
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen sewaan perlu dimati setem atau hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah sahaja. Jadi mari kita baca perkongsian salah seorang Persatuan Guaman Hartanah Malaysia.

Adakah Perlu Di Mati Setem Atau Hanya Cop Pesuruhjaya Sumpah?

DOKUMEN SEWAAN RUMAH. ADAKAH PERLU DI MATI SETEM ATAU HANYA PERLU COP PESURUHJAYA SUMPAH SAHAJA? 1. Ramai yang masih…

Posted by Salkukhairi Abd Sukor on Khamis, 13 Disember 2018

Leave a Comment