Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap

Berikut merupakan artikel mengenai perjanjian rumah yang ringkas untuk tuan rumah mahupun penyewa. Sesuai juga digunakan bagi surat perjanjian sewa kedai, perjanjian sewa pejabat, perjanjian sewa tanah dan sebagainya. Selamat membaca.

Surat Perjanjian Sewa Rumah

Surat Perjanjian Sewa Rumah merupakan 1 dokumen perjanjian sewa rumah yang penting untuk melindungi hak tuan rumah serta hak penyewa mengikut lunas undang-undang.

Ramai pemilik rumah sewa masih tidak mempunyai perjanjian sewa yang SAH dan tidak mengetahui kepentingan dokumen ini. Walhal, dokumen ini adalah sangat penting bagi menjaga kepentingan dan kebajikan antara dua belah pihak. Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.

Pentingnya Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.

Tujuan Surat Perjanjian Sewa Rumah

Surat perjanjian rumah sewa ni penting untuk penyewa mahupun tuan rumah. Antara tujuannya ialah

  • Lebih Profesional
    • Surat perjanjian sewa rumah ini dapat menjelaskan tanggungjawab kedua belah pihak secara profesional mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
  • Melindungi Kepentingan Bersama
    • Kedua-dua belah pihak dilindungi mengikut lunas undang-undang negara. Jadi tiada pihak yang boleh melakukan penipuan.
  • Menjelaskan Tanggungjawab
    • Untuk melindungi kepentingan pemilik rumah dan tanggungjawab yg harus dipikul bersama dengan penyewa
  • Psikologi
    • Secara Psikologinya, penyewa akan lebih “respect” kepada pemilik rumah, kerana perjanjian sewa itu SAH dan boleh dibawa ke Mahkamah jika PERLU.
  • Perlindungan Undang-Undang
    • Surat perjanjian sewa rumah memberikan perlindungan undang-undang kepada kedua-dua pihak. Ia membantu mengurangkan risiko konflik dan memastikan hak serta tanggungjawab kedua-dua pihak dilindungi di bawah undang-undang.
Baca Juga  Kelebihan Allano Lotion Amway Untuk Kulit, Tangan, dan Badan

Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam penjanjian sewa rumah itu.

Sekiranya anda tidak mempunyai Surat Penjanjian sewa rumah secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.

Contoh Kandungan Surat Perjanjian Sewa Rumah

Berikut merupakan antara contoh format surat sewa rumah. Antara kandungan penting dalam Surat Perjanjian Rumah Sewa adalah:

Contoh Format Surat Perjanjian Sewa RumahKeterangan Format
Muka HadapanAntara tuan rumah dan juga penyewa
Maklumat PenyewaMaklumat penyewa kena isi dengan detail
Jadual PembayaranRekod bila sewa perlu dibayar
Senarai InventoriSenaraikan barangan yang ada dalam rumah
Syarat-syarat Perjanjian SewaSebagai rekod syarat-syarat yang akan dipersetujui
Tandatangan PersetujuanRekod yang penyewa bersetuju

Muka Hadapan

Muka hadapan surat perjanjian sewa rumah ini adalah antara tuan rumah dan juga penyewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah

Maklumat Penyewa Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Setiap surat perjanjian sewa rumah haruslah mengandungi butiran lengkap mengenai penyewa. Ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, dan butiran pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan atau pasport.

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Jadual Pembayaran

Jumlah bayaran sewa bulanan perlu dinyatakan dengan jelas dalam surat perjanjian. Selain itu, jumlah deposit yang diperlukan dan kaedah serta tarikh pembayaran juga perlu dinyatakan. Deposit biasanya merangkumi bayaran sewa dua bulan dan deposit utiliti.

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 2

Senarai Inventori

Senaraikan barangan yang ada dalam rumah sebelum memberi sewa pada penyewa

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 3

Syarat-syarat Perjanjian Sewa Rumah

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 4

Sebagai rekod syarat-syarat yang akan dipersetujui antara tuan rumah dan penyewa

Baca Juga  Contoh Refleksi RPH: Menilai dan Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran

Tandatangan Persetujuan Surat Perjanjian Sewa Rumah

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah 5

Penting tandatangan antara tuan rumah dan penyewa sebagai rekod yang penyewa bersetuju dengan apa yang termaktub dalam surat

Download Surat Perjanjian

Bagi memudahkan anda membuat Surat Perjanjian rumah sewa, boleh download dan muat turun template surat perjanjian sewa rumah tenancy agreement secara free dan percuma samada dalam format WORD atau PDF.

Download Surat Perjanjian Sewa Rumah: Klik Sini Untuk Download

Mati Setem Atau Cop Pesuruhjaya Sumpah

Adakah Perlu Di Mati Setem Atau Hanya Cop Pesuruhjaya Sumpah?

Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen sewaan perlu dimati setem atau hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah sahaja. Jadi mari kita baca perkongsian salah seorang Persatuan Guaman Hartanah Malaysia.

Soalan dan Jawapan Tentang Surat Perjanjian Sewa Rumah

Cukai pintu dan cukai tanah ditanggung oleh tuan rumah atau penyewa?

Kebiasaanya ditanggung oleh tuan rumah atau tanah. Tapi jika nak suruh penyewa bayar pastikan inform penyewa dan tulis dalam surat perjanjian sewa rumah tersebut

Duti setem diperlukan ke dalam surat perjanjian sewa ni?

Bergantung pada anda. Duti setem ni sebagai rekod jika anda nak mohon apa-apa pinjaman atau apa-apa masalah dikemudian hari

Penyewa nak keluar awal dari syarat perjanjian?

Sepatutnya tidak boleh. Tapi atas budi bicara tuan rumah

Bagaimana cara untuk membatalkan perjanjian sewa rumah?

Mengikut syarat penamatan awal yang dinyatakan dalam perjanjian, biasanya dengan notis 30 hari.

Kesimpulan

Surat sewa rumah adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menyewa rumah sewa anda.

Kepentingan memahami dan mematuhi surat perjanjian sewa rumah tidak boleh dipandang remeh. Setiap klausa dalam perjanjian perlu dibaca dan difahami dengan teliti sebelum ditandatangani. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang.

Baca Juga  9 Homestay Port Dickson Lengkap Dengan Private Pool

Terdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai kontrak sewa rumah anda.

Untuk anda yang mempunyai rumah untuk disewa atau anda seorang penyewa yang memerlukan surat sewa rumah, boleh dapatkan template surat perjanjian sewa rumah ini dengan link di bawah. Template contoh perjanjian sewa rumah ini akan memudahkan anda untuk menulis surat perjanjian mengikut format.

Surat Perjanjian Sewa Rumah
Surat Perjanjian rumah Sewa

Bila dah ada rumah sewa jangan lupa langgan Pakej Unifi. Boleh Baca Pakej Internet Yang Sesuai Untuk Rumah Sewa

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!