Contoh Surat Perletakan Jawatan

Contoh Surat Perletakan Jawatan

Sudah bersedia untuk meletakkan jawatan dari pekerjaan anda? Tidak kira apa pun alasan anda, pasti setelah beberapa tahun anda bekerja anda mempunyai hasrat untuk berhenti kerja. Kali ini admin nak kongsikan surat perletakan jawatan untuk notis sebulan atau notis 30 hari atau lebih bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang ditandatangani. Jumlah normal untuk tempoh notis adalah sebulan dan perlukan surat notis 30 atau lebih hari bagi mengelakkan mereka membayar gaji ganti notis kepada majikan kerana kehilangan pekerja.

Ia termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1). Ini disebut sebagai tanda gaji ganti notis. Ia juga ada di dalam Akta Kerja 1955 (terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan), Ordinan Buruh Sarawak Cap.76, dan Ordinan Buruh Sabah Cap.67.

Tapi ada juga majikan letak sampai 3 bulan perlu bagi notis. Itu memang membebankan. Tapi tidak menjadi kesalahan dan jika majikan tersebut hendak membuang pekerja juga perlu bagi notis kepada setiap pekerja sama dengan jumlah notis iaitu 3 bulan. Jika tidak sama panjang tempoh kedua-dua pihak, tidak boleh dan kontrak perkhidmatan tersebut dianggap tidak sah.

Format Surat Perletakan Jawatan

Selain itu juga, anda hendaklah memastikan surat anda menepati format terkini surat rasmi seperti yang digariskan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana ini ialah urusan formal dan rasmi.

Contoh Surat Perletakan Jawatan

Nak buat surat rasmi tapi tak tahu buat ayat? Dapatkan 51 template surat rasmi untuk memudahkan kerja anda sekiranya memerlukan surat rasmi. Hanya perlu edit semula bahagian tertentu dalam Microsoft Word sahaja.

template surat rasmi

Link: Klik Sini

Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja ini adalah sungguh mudah dan cepat. Hanya mengikuti beberapa format penulisan surat anda mampu menulis sendiri surat rasmi berhenti kerja.

Surat tersebut perlulah ditulis dalam format surat rasmi dan dinyatakan dengan jelas maklumat-maklumat berikut.

Baca Juga  Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

– Tarikh terakhir anda akan berkhidmat
– Alasan anda berhenti kerja
– Notis pemberhentian kerja berkuatkuasa 24 jam atau beberapa minggu lagi
– Memohon maaf atas kesulitan

Disini kami ada tunjukkan contoh yang anda boleh lakukan sebagai panduan untuk menulis surat perletakan jawatan.

Contoh Surat Perletakan Jawatan Dalam Bahasa Inggeris

Ahmad Idham
No 112 Jalan Gemilang,
33456 Seri Iskandar, Perak
Malaysia

29 July 2020

Mr Adam Syahmi,
Manager,
Dp Networks,
456 Jalan Gemilang,
33456 Seri Iskandar, Perak
Malaysia

Dear Mr Adam Syahmi,

RESIGNATION FROM THE POSITION OF TECHNICAL EXECUTIVE.

I am writing to inform you that I am resigning from my position as Technical Executive. I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 30 August 2020.

I would like to thank you for letting me be part of Dp Networks family. I have learned a lot from the company and I appreciate the time and patience in training me. The experience working with Dp Networks is something that I will always treasure.

Please be assured that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. I am available to provide any assistance required during this period of transition. Thank you for the opportunity given throughout my employment and I wish Dp Networks every success in the future.

Sincerely,

(tandatangan)

Ahmad Idham

Surat Perletakan Jawatan

Contoh Surat Perletakan Jawatan Dalam Bahasa Melayu

Ahmad Idham
No 112 Jalan Gemilang,
33456 Seri Iskandar, Perak
Malaysia

29 July 2020

Mr Adam Syahmi,
Manager,
Dp Networks,
456 Jalan Gemilang,
33456 Seri Iskandar, Perak
Malaysia

En Adam Syahmi,

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI EKSEKUTIF TEKNIKAL

Baca Juga  Cara Daftar myBSN Online Banking dan Login Akaun myBSN

Saya menulis untuk memberi notis satu bulan perletakan jawatan saya sebagai Eksekutif Teknikal di Dp Networks. Hari terakhir bertugas saya adalah pada 29 Ogos 2020.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang bekerja dengan keluarga Dp Networks. Banyak pengalaman yang telah saya timba selama perkhidmatan saya dengan Dp Networks. Terima Kasih atas masa yang dilaburkan dalam melatih saya. Pengalaman berkerja dengan Dp Networks amat saya hargai.

Saya akan pastikan setiap projek saya akan siap dan sedia membantu supaya proses peralihan berlaku dengan lancar. Terima Kasih atas peluang yang diberikan sepanjang perkhidmatan saya dan saya doakan kejayaan berterusan bagi Dp Networks.

Yang Ikhlas,

(tandatangan)

Ahmad Idham

Ini adalah salah satu contoh surat perletakan jawatan yang mudah. Jika anda ada sebarang pendapat atau komen mengenai surat ini sila nyatakan di ruangan komen dibawah. Semoga ini dapat membantu ramai orang dalam membuat surat rasmi berhenti kerja yang terbaik dengan format yang betul.

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment

error: Content is protected !!