Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan

0
275
Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan

Surat Kiriman Rasmi (Permohonan)

Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Pengetua sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut. Tulis surat tersebut dengan selengkapnya.

Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan

Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang.
__________________________________________________________
Tuan Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Menengah Alor AKar,
25250 Kuantan, Pahang.____________________JARAK__________________________ 05 MAY 2019

Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 10 May 2012 hingga 11 May 2019
Tempat : Padang Sekolah
Peserta : 40 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Aiman Hakim
…………………………………
(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Menengah Alor Akar.

Download Contoh Surat Rasmi : Contoh Surat Rasmi

Diharap agar perkongsian Contoh Surat Rasmi Permohonan Perkhemahan Tahunan ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here