Contoh Surat Rasmi: Mengikut Format Boleh Muat Turun (2024)

Surat rasmi adalah surat formal bagi memohon permohonan, cuti sakit atau meminta cuti sakit daripada bos, meminta dana dari kerajaan dan sebagainya.

PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr

Ada banyak jenis contoh surat rasmi di luar sana. Format dia sama sahaja cuma isi je berlainan.

Untuk memudahkan sesiapa yang perlu menulis surat kiriman rasmi, di sini admin sediakan contoh surat rasmi yang boleh anda jadikan sebagai panduan. Pelbagai jenis surat rasmi adalah seperti dibawah:

Contoh Surat Rasmi

Berikut merupakan beberapa contoh surat rasmi simple dan ringkas yang digunakan bagi permohonan, rayuan dan juga jika anak anda tidak hadir ke sekolah.

Contoh Surat Rasmi Permohonan

Contoh Surat Rasmi Untuk Permohonan

Karangan surat rasmi berikut berguna bagi tujuan membuat permohonan untuk apa sahaja jenis yang memerlukan permohonan, seperti surat rasmi permohonan berkhemah lawatan sambil belajar, mengadakan seminar, membuat lawatan dan sebagainya. Anda boleh download contoh surat rasmi permohonan berikut dan edit ikut kesesuaian anda.

Download Surat Rasmi Permohonan

Contoh Surat Rasmi Memohon Rayuan

Contoh Surat Rasmi Memohon Rayuan

Sekiranya permohonan anda ditolak, jangan putus asa. Cuba anda hantar surat rayuan. Berikut adalah contoh surat rasmi bagi proses rayuan. Sesuai juga digunakan untuk mendapatkan biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.

Download Surat Memohon Rayuan

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Anak tak hadir ke sekolah? Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini berguna sebagai panduan untuk ibu bapa yang ingin menulis surat rasmi bagi pihak anak-anak kerana tidak dapat hadir ke sekolah. Kalau nak mohon cuti sakit pun boleh pakai. Edit je mana patut. Cuma sila pastikan sertakan dengan surat mc sekali tau.

Baca Juga  Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Download Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Kerajaan

Format Surat Rasmi

Tahukah anda cara buat surat rasmi atau format yang betul untuk menulis surat kiriman rasmi? Berikut ada saya kongsikan beberapa contoh surat rasmi format terkini yang mudah dan terbaik buat rujukan semua.

Selain itu, untuk contoh lain saya ada buat juga. Anda boleh lihat Contoh Surat Rasmi.

Diharap agar perkongsian yang saya share berkenaan Contoh Surat Rasmi ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.

Format Surat Kiriman Rasmi

Surat kiriman rasmi ditulis dengan format seperti berikut

Nama dan Alamat pengirimNama dan alamat dalam surat rasmi hendaklah ditulis penuh
Nama penerimaNama penerima dan Jawatan juga ditulis secara penuh
Tarikh surat dihantarDiletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima)
PerkaraTujuan surat rasmi tersebut dihantar
Isi suratNombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertama
Tanda tangan dan nama penghantarMesti ada tandatangan dan nama penuh penghantar
  • 1. Alamat anda sebagai pengirim
  • 2. Alamat penerima
  • 3. Kata sapaan (tuan,puan)
  • 4. Perkara/ Subjek
  • 5. Isi
  • 6. Kata penutup
  • 7. Nama dan tanda tangan

Kesemua format ini haruslah ditulis di sebelah kiri surat rasmi tersebut. Dah paham kan? Apakata anda buatt satu surat rasmi untuk uji kemahiran. Kalau belum paham, teruskan membaca

Format Surat Rasmi

Boleh tengok video berikut tentang format karangan surat kiriman rasmi

Kesimpulan

Kebiasaanya kegunaan surat rasmi adalah untuk pelbagai tujuan formal. Ramai mengetahui surat rasmi ada format yang tersendiri dan tidak boleh main buat je.

Ramai menggunakan surat rasmi sebagai medium untuk menyampaikan hasrat dan isu yang harus diselesaikan atau pertanyaan mahupun permintaan.

Baca Juga  Contoh Penapis Air Yang Bagus

Selain itu, surat rasmi berperanan sebagai format rasmi sebagai arahan yang jelas. Surat kiriman rasmi juga merupakan satu jenis surat yang digunakan untuk menyatakan urusan rasmi seperti tidak hadir ke sekolah, urusan permohonan, menyatakan ketidak hadiran dan macam-macam lagi.

Ia bukan saja penting pada peperiksaan upsr, pt3, spm atau stpm, tetapi juga sering digunakan dalam kehidupan anda. Malah, para pelajar juga biasanya akan diuji dalam peperiksaan berkaitan dengan karangan penulisan surat rasmi.

51 template surat rasmi

Nak buat surat rasmi tapi tak tahu buat ayat? Dapatkan 51 template surat rasmi untuk memudahkan kerja anda sekiranya memerlukan surat rasmi. Hanya perlu edit semula bahagian tertentu dalam Microsoft Word sahaja.

template surat rasmi

Latihan Karangan Surat Rasmi

Jom cuba latihan surat rasmi di bawah ini.

  1. Terdapat sebuah kilang berhampiran dengan kediaman anda telah membuang sisa buangan kilang sewenang-wenangnya yang menyebabkan kawasan di sekitar anda tercemar. Anda ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan tindakan pengusaha kilang tersebut. Tulis surat rasmi anda selengkapnya.
  2. Program Keceriaan Kampung akan dilaksanakan di kawasan tempat tinggal anda. Selaku wakil penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada Wakil Rakyat bagi memaklumkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjayakan program tersebut.

Jika masih tidak paham bagaimana cara untuk menulis surat rasmi, boleh tonton video berikut

Leave a Comment

error: Content is protected !!