Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi

0
166
Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi

Jom Baca Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM 2019/2020

Sekalung tahniah buat mereka yang telah berjaya dalam permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2019/2020. Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan Matrikulasi kali pertama boleh membuat rayuan. Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

1) Rayuan Secara Online
Urusan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online menerusi pautan Aplikasi Matrikulasi KPM

2) Berhubung Terus Dengan Bahagian Matrikulasi
Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:
i. Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
ii. Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
iii. Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
iv. Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja
v. Surat rasmi yang menyatakan alasan kenapa memohon rayuan

3) Menulis Surat Rasmi Rayuan dan perlu dilampirkan 1 salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Berikut disertakan Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi untuk panduan dan rujukan anda semua.

Nama Pemohon
Alamat Surat Menyurat
…………………….
…………………….

——————————————————————-

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

20 APRIL 2019

TUAN,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2019/2020
Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………… (No. KP …………….) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Sains.

2. Saya telah memperolehi …. A dan …..B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kimia dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai …………. Saya juga pernah menyertai ………….. (Disertakan peringkat). Pada tahun 2016, saya mencapai kejayaan dalam …………. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2018, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam ………….. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam ……………… . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam ………….. .

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan sebagai rujukan Tuan.

6. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi tuan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

……………………………. (Tandatangan)
(NAMA PEMOHON)

Surat rayuan dan dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat berikut:
Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No Telefon: 03-8884 4083
No Faks: 03-8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi ini memberi manfaat untuk semua pemohon dan memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan Contoh Surat Rayuan Ke Program Matrikulasi yang diberi. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here