Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah Kerana Demam

Artikel kali ni nak share tentang contoh surat tidak datang ke sekolah kerana demam. Maklumlah musim jerebu yang melanda negara kita. Kalau tak musim jerebu musim kejap hujan kejap panas pun boleh mendatangkan sakit demam.

Kalau anda mencari-cari surat rasmi tidak hadir ke sekolah maka teruskan membaca.

Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah Kerana Demam Tanpa MC

Berikut merupakan contoh surat tak datang sebab demam tanpa ada surat mc. Boleh juga digunakan untuk sakit lain. Hanya tukar sahaja perkataan demam kepada penyakit yang dihadapi menyebabkaan tidak datang ke sekolah.

Contoh Surat Tidak Datang Dalam Bentuk Gambar

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Demam

Contoh Surat Tidak Datang Kerana Demam Dalam Bentuk Tulisan

Syazwina Zaidi
No.207, Jln Jelita 8,
Taman Jelita, Bentong

Tuan,

Guru Tingkatan 2 Tenang,
SMK Bendahara,
Pahang Darul Makmur.

TIDAK DATANG KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah ibu kepada Alissa Aafiyah. Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat datang ke sekolah pada 18hb. Jun 2023 bersamaan hari Isnin kerana demam.

2.            Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya. Anak saya akan datang ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.

3.            Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, bolehlah pihak sekolah menghubungi saya atau suami saya untuk mendapatkan kepastian.

4.            Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………..

(Syazwina Zaidi)

012 966XXXX / 017 248XXXX (SYAZWINA ZAIDI)

Download Softcopy Surat Ini di: Surat Tidak Hadir Boleh Edit

Contoh Surat Rasmi Tidak Datang Ke Sekolah Kerana Demam Dengan MC

Ini pula contoh surat tidak datang ke sekolah kerana demam dan mempunyai surat akuan doktor atau surat sakit.

Baca Juga  Contoh Rumusan

Contoh Surat Rasmi Tidak Datang Dalam Bentuk Gambar

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Demam Tanpa MC

Contoh Surat Rasmi Tidak Datang Kerana Demam Dengan MC Dalam Bentuk Tulisan

Tahun Lima Dahlia,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Seri Iskandar,
Perak.     

__________________________________________________________________

Cikgu Ryda,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Seri Iskandar,
Perak.                                                                                7 Febuari 2023

Cikgu,

Tidak Datang Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya __________________________________ , murid Tahun Lima Dahlia tidak dapat datang ke sekolah pada 4 Febuari 2023 kerana diserang demam panas.

3. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Hospital Changkat Melintang. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berjanji akan mengulang kaji mana-mana pelajaran yang saya tertinggal pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

………………………………………………

( ) HURUF BESAR

Download Softcopy Surat Ini di: Surat Tidak Datang Dengan MC Boleh Edit

Kami juga ada menyediakan pelbagai jenis contoh surat tidak datang ke sekolah atas sebab lain iaitu

Boleh baca detail mengenai surat tak datang ke sekolah ini di: Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Akhir Kata

Apabila anak demam maka sediakanlah surat tidak datang ke sekolah kerana demam supaya sekolah anak tersebut boleh merekodkan ketidakhadiran anak anda.

Ini juga bagi mengelakkan perkara tidak diingini sekiranya kejadian buruk berlaku akibat tidak menyerahkan surat tidak datang ini kepada sekolah.

Leave a Comment

error: Content is protected !!