Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

0
763
CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Template Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Untuk Ibu Bapa Atau Mereka Yang Memerlukan

Apabila anak tidak hadir ke sekolah, kita perlu memberitahu guru kelas. Surat tidak hadir ke sekolah ditulis dengan format surat kiriman rasmi. Ini kerana urusan menghantar surat kepada guru kelas adalah dikira sebagai urusan rasmi.

Format Surat Tidak Hadir ke Sekolah
1) Mesti ditulis dengan format surat kiriman rasmi

2) Jangan sesekali menipu dalam memberikan punca dan sebab anda tidak hadir ke sekolah.

3) Jangan anda gunakan peluang untuk menulis surat tidak hadir sekolah digunakan sebagai alasan untuk anda ponteng sekolah. Ponteng sekolah adalah satu kesalahan besar di sekolah. Jangan sesekali lakukan

4) Adalah lebih baik dengan surat ini disertakan bersama sijil cuti sekolah (MC) jikalau ada

5) Tidak perlu tulis berjela-jelas. Buat dengan ringkas sahaja. Yang penting ada nama anda atau anak anda, kepada siapa serta sebab apa terpaksa ambil cuti

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Berikut kami kongsikan contoh surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah.

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah 1 (Sebab Sakit)
Ahmad Khalid,
1103 B,
Lorong Alor Akar 33,
25250, Kuantan,
Pahang.

______________________________________________________________________

Guru Kelas 3 Kenanga,
1106 A,
Lorong Alor Akar 31,
25250, Kuantan,
Pahang.                                                                                    05/01/2018

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH DISEBABKAN SAKIT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya Ahmad Khalid pelajar tingkatan 4 bestari tidak dapat hadir ke sekolah pada 7 Mei 2018 disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

02. Pada pagi 7 Mei 2018 saya mengalami sakit perut yang tidak membolehkan untuk saya bergerak ke sekolah.

03. Sepanjang saya tidak hadir ke sekolah ini, saya akan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi.

04. Saya berharap pihak tuan dapat mengizinkan dan meluluskan permohonan saya tidak dapat hadir ke sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Khalid

____________

(Ahmad Khalid)

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah 2 (Sebab Balik Kampung)
Ahmad Khalid,
1103 B,
Lorong Alor Akar 33,
25250, Kuantan,
Pahang.

______________________________________________________________________
Guru Kelas 3 Kenanga,
1106 A,
Lorong Alor Akar 31,
25250, Kuantan,
Pahang.                                                                                    05/01/2018

Tuan / Puan,

NAMA ANAK: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada kerana ada balik kampung.

< Penerangan lanjut tentang kenapa tidak hadir ke sekolah >. Anak saya dan kami satu keluarga balik kampung di Kota Bharu, Kelantan untuk menyelesaikan perkara-perkara berkaitan pusaka. Kami bimbang untuk tinggalkan anak bersendirian di Shah Alam, Selangor, kerana tidak ada sesiapa yang akan menjaga beliau.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan / Puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah 3 (Daripada Waris Pelajar)
NAMA WARIS DAN ALAMAT

Tuan,

GURU TINGKATAN

NAMA SEKOLAH DAN ALAMAT TARIKH

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah waris kepada (NAMA PELAJAR). Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (TARIKH) bersamaan hari (HARI) kerana demam.

02. Oleh yang demikian, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada demam nanti.

03. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh hubungi saya di talian …………… untuk mendapatkan kepastian.

04. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………….

(NAMA WARIS)

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah 4 (Pelbagai Alasan)
PENGETUA SMK PERMATANG TODI

JALAN CHANGGAI,

46000 PETALING JAYA

SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh :

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ___________________ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama __________________ dari kelas _____________ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________.

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana :

○ Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor.

○ Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah.

○ Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis ________________________bersama keluarga.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar ,

…………………………………

( Nama Anda )

Semoga dengan contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini dapat membantu anda untuk menulis surat sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain. Semoga perkongsian senarai contoh surat tidak hadir ke sekolah yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here