Contoh Surat tunjuk sebab dalam konteks pekerjaan biasanya dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja yang telah melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar kontrak pekerjaan seperti kesalahan lewat datang kerja, cuti kecemasan, tidak hadir kursus dan lain-lain lagi.
Surat Tunjuk Sebab
Kadang-kadang, bukan kita tidak mahu pergi kerja. Cuma ada sebab tersendiri dan bersifat peribadi. Bukan tidak mahu hadir kursus atau mesyuarat yang majikan suruh, tapi saat akhir ada perkara-perkara tertentu yang perlu diselesaikan. Bukan juga sengaja mahu lewat datang kerja, tetapi ada hal yang perlu diselesaikan dahulu di rumah.
Ponteng tugas atau disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan. Kata-kata tidak dapat membuktikan penjelasan maka surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Bertugas adalah alasan terbaik untuk menutup masalah anda. Jalan yang terbaik untuk memberi penjelasan kepada majikan selain musabab yang bernas dan menyakinkan.
Pekerja yang diberikan surat tunjuk sebab hendaklah memberi penjelasan kepada majikan dengan memberikan alasan yang munasabah bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya.
Contoh Surat Tunjuk Sebab
Berikut adalah contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik dan boleh dijadikan panduan kepada mereka yang perlu menyediakan surat ini untuk menjawab surat majikan :-
1. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja
Berikut merupakan contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, dan tidak dibuat-buat supaya majikan anda boleh terima.
Tarikh :
Pengurus,
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KERJA
Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya tidak dapat hadir kerja pada .
2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami migrain yang berpanjangan. Saya kepilkan sekali surat pelepasan doktor, dengan MC dari .
3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
2. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kursus
Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan yang diberikan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak dapat hadir ke kursus.
Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak hadir kursus.
Tarikh :
Pengurus,
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KURSUS
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya tidak dapat hadir ke pada yang bertempat di .
2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . <Contohnya, saya tidak dapat hadir kursus kerana anak saya kurang sihat, dan tiada siapa dapat menjaganya. Saya bimbang dengan tahap kesihatan anak saya, yang pada masa itu masih belum pulih sepenuhnya.>
3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
3. Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Mesyuarat
Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, tulis alasan yang logik dan masuk akal supaya boleh diterima. Bukan main asal tulis asal sedap mata memandang.
Tarikh :
Pengurus,
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN MESYUARAT
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya tidak dapat hadir ke pada di .
2. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit di rumah. Namun, tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor>.
3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
4. Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja
Berikut merupakan contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.
Tarikh :
Pengurus,
Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA
Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya lewat hadir kerja pada .
2. Sebab kelewatan saya ialah kerana . <Contohnya, saya lewat hadir kerja kerana menghantar anak saya ke klinik terlebih dahulu. Anak saya mengalami demam panas yang teruk. Anak saya juga muntah-muntah.>
3. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
4. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
Semoga semua Contoh Surat Tunjuk Sebab di atas ini dapat membantu anda dalam mengarang surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik. Apa pun alasan kita, pastikan majikan kita tahu tentang perkara ini. Jangan berat tangan untuk whatsapp boss kita pagi-pagi. Nanti, kita yang rugi.
Jemput baca: Contoh Surat Rasmi
Join telegram kami: Contoh.My