Contoh Syarahan

Syarahan

Merujuk Kamus Dewan, syarahan ialah ceramah, pidato, ucapan.

CONTOH SYARAHAN PT3 PERTAMA

Soalan Pertama : Anda perlu menyampaikan sebuah karangan bagi syarahan yang bertajuk “Melakukan Perkara Berfaedah Pada Masa Lapang.”

Pengenalan : Memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan terima kasih
Perenggan Kedua : Tajuk syarahan yang diberikan
Perenggan Ketiga : Menceburkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
Perenggan Keempat : Mengamalkan budaya membaca apa-apa bahan bacaan semasa waktu lapang dan aktiviti berfaedah yang lain
Penutup : Memberikan ucapan terima kasih.

Download Dalam Bentuk Word: CONTOH SYARAHAN PT3 PERTAMA

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati sekalian. Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan diatas peluang yang diberikan untuk memberikan syarahan pada pagi ini.

Hadirin yang saya dikasihi sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah “Melakukan Perkara Berfaedah Pada Masa Lapang”. Masa lapang adalah sesuatu yang sangat berharga.Dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah barulah masa lapang tersebut dapat diisi dengan sebaiknya. Jangan sesekali mengisi masa lapang dengan aktivit yang sia-sia kerana masa yang berlalu tidak akan kembali walaupun kita ada wang berjuta.

Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan untuk mengisi masa lapang yang ada. Antara yang terbaik yang kita boleh lakukan di sekolah ialah dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform dan permainan. Selain dapat mengisi masa lapang, badan juga akan lebih sihat dan cergas. Malah pengalaman semasa berada dalam aktiviti unit beruniform boleh diaplikasikan semasa berlaku kecemasan seperti bantuan cemas.

Memilih untuk menjadi ulat buku juga adalah sesuatu yang baik untuk mengisi masa lapang. Sekarang di era digital banyak bahan bacaan yang boleh diakses secara dalam talian seperti majalah, buku-buku motivasi, komik dan juga surat khabar. Tidak salah kalau saya katakan membaca merupakan aktiviti yang terbaik untuk mengisi masa lapang dan memberikan manfaat kepada kita.

Setakat itu sahaja syarahan saya untuk hari ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan dan saya sudahi syarahan saya dengan lafaz assalamualaikum.

Jemput baca : Contoh pepatah untuk kegunaan dalam syarahan anda.

CONTOH SYARAHAN PT3 KEDUA

Soalan kedua : Anda selaku ketua tingkatan telah terpilih untuk menyampaikan satu syarahan bagi kelas anda. Tajuk yang diberikan ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Wajib Dihindari”. Sediakan teks bagi syarahan tersebut.

Pengenalan: Memberikan ucapan alu-aluan dengan merujuk kepada Tuan Pengerusi Majlis; para hakim; Pengetua; guru-guru dan rakan-rakan sekalian

Isi contoh syarahan PT3

● Boros berbelanja buruk akibatnya
● Tiada simpanan yang kita miliki semasa kita memerlukannya
● Membeli makanan secara berlebihan akan menyebabkan makanan tersebut dibuang sahaja
● Melakukan aktiviti yang tidak berfaedah semasa waktu lapang adalah amalan yang patut dijauhi
● Masa adalah emas
● Masa perlu digunakan dengan sebaik-baiknya
● Jangan membazir air dan elektrik
● Kesan pembaziran
● Kesannya bil akan semakin mahal
● Bila kemarau melanda, krisis air berlaku dan air terpaksa dicatu

Penutup contoh syarahan PT3
● Membazir itu adalah amalan syaitan
● Membazir tidak memberikan sebarang kebaikan

Download Dalam Bentuk Word: CONTOH SYARAHAN PT3 KEDUA

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin hadirat sekalian. Salam pagi dan Assalamualaikum saya ucapkan. Saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Membazir Adalah Amalan Yang Wajib Dihindari”.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Membazir adalah satu perbuatan yang berlebih-lebihan dalam sesuatu keadaan atau dalam sesuatu penggunaan. Di dalam Islam sendiri ada menyebut membazir ini adalah amalan syaitan. Dari segala sudut membazir akan memberikan kesan negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Seperti contoh, bagi seorang remaja yang boros berbelanja dan mengikuti perkembangan terkini, boleh jadi semasa kita kecemasan dan memerlukan wang, kita tidak mempunyai satu sen pun. Dari sudut makanan pula, kalau kita membeli secara banyak seperti bulan puasa, besar kemungkinan makan itu akan dibuang ke dalam tong sampah begitu sahaja.

Malah aktiviti membuang masa dengan aktivit yang tidak berfaedah seperti berlumba motor juga adalah satu jenis pembaziran masa. Ingat, setiap detik masa itu adalah emas dan sangat bernilai lebih-lebih bagi seorang pelajar. Merangka jadual waktu harian sangat penting bagi setipa pelajar agar masa itu dapat digunakan secara optimum.

Berlebihan menggunakan air dan elektrik juga termasuk dalam pembaziran. Gunalah air dan elektrik secara berhemah. Jika tidak anda perlu membayar bil-bil yang lebih mahal daripada bulan-bulan biasa. Selain itu juga musim kemarau melanda, akan berlaku krisis air dan air akan dicatu. Ini akan menyusahkan lebih ramai pihak lagi.

Masa sangat mencemburui kita, jadi saya perlu mengakhiri syarahan saya pada hari ini dengan konklusi ini, membazir adalah amalan yang buruk yang wajib kita jauhi!
Sekian, terima kasih.

Semoga perkongsian Contoh Syarahan ini memberi manfaat untuk semua pembaca dan memudahkan anda untuk membuat syarahan berdasarkan Contoh Syarahan yang diberi. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam syarahan.

Join telegram kami: Contoh.My

1 thought on “Contoh Syarahan”

  1. Terima kasih untuk perkongsian yang sangat baik tentang syarahan ini! Contoh-contoh yang diberikan sangat membantu dan memberikan inspirasi untuk saya dalam membina syarahan sendiri. Sangat menghargai usaha penulis!

    Reply

Leave a Comment