Contoh Ucapan Hari Ibu Beserta Pantun

Kami akan sediakan beberapa contoh ucapan Hari Ibu untuk para pembaca.

Ucapan Hari Ibu

Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada setiap hari Ahad ke 2 bulan Mei setiap tahun. Hari Ibu pada tahun 2024 jatuh pada 12 Mei 2024.

Contoh Ucapan Hari Ibu Untuk Emak Tersayang

Berikut merupakan contoh ucapan Hari Ibu yang anda boleh ambil dan pos di media sosial anda

Pantun Hari Ibu

Ucapan 1

“Selamat Hari Ibu, Mak! Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbananmu. Mak adalah orang yang istimewa dalam hidupku.”

Ucapan 2

“Hari Ibu adalah hari untuk memperingati kebaikan Mak. Terima kasih atas segala jasa baik yang tak terhingga. Selamat Hari Ibu!”

Ucapan 3

“Di Hari Ibu ini, aku ingin mengucapkan betapa bersyukurnya aku memiliki seorang ibu sepertimu. Selamat Hari Ibu, Mak tersayang!”

Ucapan 4

“Kepada wanita yang telah mengajariku makna sebenar kasih sayang, keberanian, dan ketabahan, Selamat Hari Ibu, Makku tercinta!”

Ucapan 5

“Di setiap langkah hidupku, Mak sentiasa ada untuk memberiku sokongan. Hari Ibu adalah masa yang tepat untuk mengucapkan terima kasih. Selamat Hari Ibu, Mak!”

Ucapan 6

“Mak, engkau adalah sumber inspirasiku dan kekuatanku. Terima kasih atas segalanya. Selamat Hari Ibu!”

Ucapan 7

“Dengan kasih sayang yang tulus, Mak membimbingku melewati segala rintangan. Selamat Hari Ibu, Mak! Aku bersyukur memiliki seorang ibu seperti Engkau.”

Ucapan 8

“Hari ini adalah Hari Ibu, waktu yang sesuai untuk mengungkapkan rasa terima kasih kepada wanita teristimewa dalam hidupku. Selamat Hari Ibu, Mak!”

Ucapan 9

“Dalam setiap senyumku, dalam setiap impianku, dan dalam setiap langkahku, Mak selalu ada. Selamat Hari Ibu, Mak tersayang. Terima kasih atas segalanya!”

Ucapan 10

“Hari ini adalah Hari Ibu, tetapi bagiku, setiap hari adalah hari untuk merayakan Mak. Terima kasih atas semua yang Mak lakukan. Selamat Hari Ibu!”

Contoh Pantun Hari Ibu Untuk Emak Tersayang

Berikut merupakan pantun 4 kerat sempena Hari Ibu

pantun ucapan Selamat Hari Ibu

Pantun 1

Pisang emas di dalam peti,
Disimpan bersama buah delima,
Kasih ibu tiada pengganti,
Hanya satu di dalam dunia.

Pantun 2

Kita menjadi seperti sekarang,
Karena susu ibu,
Untuk ibuku tersayang,
Selamat HARI IBU.

Pantun 3

Diucapkan selamat hari ibu ,
Kepada ibuku tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.

Pantun 4

Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
Seorang bayi yang amat sempurna.

Pantun 5

Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga ibu tempatnya di Syurga.

Pantun 6

Bangun pagi di hari Minggu,
Halaman disapu bersih berseri,
Tiada manis yang melebihi madu,
Tiada perempuan sehebat ibu.

Pantun 7

Laut dalam berwarna biru,
Anak nelayan menangkap ikan,
Kasih sayang dari ibu,
Abadi hingga akhir zaman.

Pantun 8

Tiada mahkota di atas kepala,
Putihlah rambut ketika tua,
Tiada cinta di atas cinta,
Melebihi cinta ibu pada anaknya.

Sekian itu sahaja perkongsian dari kami. Kmi juga ada sediakan artikel mengenai hadiah untuk ibu bagi yang ingin mencari-cari hadiah yang sesuai.

Hari Guru bakal tiba. Apakata baca koleksi pantun Hari Guru dari kami ini.

Leave a Comment