5 Contoh Ucapan Persaraan Guru Yang Bersara Dengan Gambar

Kami kongsikan kata-kata untuk contoh ucapan persaraan guru yang bakal bersara samada dalam bentuk pantun, karangan ringkas mahupun bergambar.

Kekadang tak tahu nak buat ucapan apa kan, jadi boleh simpan siap-siap kata-kata ini untuk kegunaan majlis persaraan guru yang akan datang.

Contoh Ucapan Persaraan Guru

Berikut merupakan contoh ucapan yang boleh diedit dengan menantikan nama cikgu dan nama sekolah

1. Contoh Ucapan Persaraan 1

Ucapan Penghargaan, Terima Kasih dan Selamat Bersara kepada

Cikgu (Nama Cikgu)
Pengurusan pentadbiran dan warga sekolah (Nama Sekolah) merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat Cikgu (Nama Cikgu) yang akan bersara secara pilihan hari ini (Tarikh) setelah menabur jasa bakti dalam dunia pendidikan selama lebih kurang (Berapa Tahun Berapa Bulan) dan berkhidmat di (Nama Sekolah) selama (Berapa Tahun)

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.

Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

InsyaAllah, panjang usia kita berjumpa lagi.
MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA
MOGA MURID KITA MEMPEROLEHI

A.B.C
Anak yang Baik lagi Cerdik

A.D.A.B.I
Adat Dulu Baru Ilmu

2. Contoh Ucapan Persaraan 2

Jutaan penghargaan dan ucapan Terima kasih buat (Nama Cikgu) atas segala jasanya yang tidak terhitung sepanjang berkhidmat sebagai guru bermula tahun 1988 khususnya di (Nama Sekolah) sejak 2013 hingga 2023. Semoga (Nama Sekolah) meninggalkan kenangan yang terindah buat (Nama Cikgu).

Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu wahai guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

3. Contoh Ucapan Persaraan 3

Selamat bersara kami ucapkan kepada (Nama CIkgu) Guru Sains (Nama Sekolah) yang telah bersara pilihan.
Pada kesempatan ini, warga SKTARP merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan cikgu sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Tuai padi di hujung bendang,
Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
Sisi baik dikongsi bijak.

Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori

4. Contoh Ucapan Persaraan 4

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN (Nama Cikgu), (Nama Jawatan dan Nama Sekolah)
Tarikh : 15 September 2023
Tempat : Dewan Wawasan
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

Ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan kepada (Nama Cikgu), (Nama Jawatan dan Nama Sekolah) atas segala jasa, khidmat, bantuan, kerjasama, pengorbanan, komitmen dan tunjur ajar sepanjang (Nama Cikgu) berkhidmat sebagai guru di bumi (Nama Sekolah) ini

Kami semua amat sayangi dan hormati (Nama Cikgu)
Kami seluruh warga (Nama Sekolah) mendoakan kesihatan terbaik, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada (Nama Cikgu)
Terima kasih (Nama Cikgu)

Tuai padi tinggal jerami,
Moga petang amat redup,
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.

5. Contoh Ucapan Persaraan 5

Tanggal (Tarikh) maka tamatlah sudah perkhidmatan seorang guru yang sangat rajin, berdedikasi dan komited dengan tugasnya. Beliau ialah (Nama Cikgu). Meskipun tempoh perkhidmatan beliau di (Nama Sekolah) hanyalah 2 tahun lebih namun keberadaannya di (Nama Sekolah) meninggalkan kesan yang abadi khasnya kepada anak-anak didiknya dan seluruh warga (Nama Sekolah).

(Nama Sekolah) kehilangan seorang lagi guru yang sangat berdedikasi, komited, lemah lembut dan penyayang dengan anak-anak muridnya dalam tempoh PKPP ini. Tanpa penat dan jemu, beliau menabur bakti selama 35 tahun dalam perkhidmatan pendidikan, maka tarikh (Tarikh) adalah tarikh pemisah antara beliau dengan kerjayanya sebagai guru lantaran faktor persaraan.

Segala dedikasi semangat dan perahan tenaga serta ilmu yang dicurahkan oleh beliau sangat besar kepada warga (Nama Sekolah) dan tidak terbalas dengan ucapan. Semoga beliau mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T dan diberi kesihatan serta kekuatan pada masa akan datang dalam menelusuri hari-hari yang mendatang.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dari kami warga (Nama Sekolah) kepada beliau. Terima Kasih (Nama Cikgu). Semoga pasca persaraan ini, (Nama Cikgu) sekeluarga bahagia dalam setiap masa dan ketika dan dirahmati Allah sehingga ke negeri yang abadi, amin.

Contoh Pantun Persaraan Guru

1. Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu wahai guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

2. Naik pedati pergi bertapa,
Meredah pepohon jalan beriringan,
Jasa dan bakti tidak dilupa,
Seribu tahun jadi kenangan.

3. Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa jua.

4. Kereta selisih di Kuala Kedah,
Jalan sehala ke hujung jeti,
Terima Kasih ucapan terindah,
atas segala jasa dan bakti.

Contoh Kad Persaraan Guru

ucapan persaraan
ucapan persaraan guru
ucapan persaraan guru guru

Kredit: Motivasi Media Sosial

Baca juga

Leave a Comment