Bagaimana contoh ucapan takziah apabila kita menerima berita kematian melalui whatsapp? Adakah cukup hanya sekadar “Takziah” atau ada tambahan lagi?
Artikel kalini kita akan membincangkan dan juga contoh ucapan takziah dalam whatsapp atau mana-mana media apabila menerima berita pemergian seseorang ke alam abadi.
Maksud Takziah
Mengikut definisi, takziah bermaksud “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”
Mengikut Riwayat Ibn Majah – 1601 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”
Manakala mengikut Riwayat Al-Bukhari – 7377 Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.”
Jadi disini tiada masalah untuk mengucapkan ucapan takziah atas kematian yang menimpa seseorang samada melalui whatsapp atau mana-mana media sosial.
Waktu Ucapan Takziah
Mengikut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wp sesuatu ucapan takziah itu diucapkan ketika seawal seseorang itu ditimpa musibah sehingga dia melupakan musibah tersebut.
Ia juga boleh diucapkan setelah jenazah dikebumikan atau sebelumnya. Jika seseorang bertakziah kepada keluarga jenazah sebelum atau selepas dikebumikan, atau sebelum dimandikan, ataupun sebelum disolatkan, maka hal itu tidak ada masalah padanya dan tujuannya sudah tercapai.
Contoh Ucapan Takziah
Berikut merupakan contoh ucapan takziah
1. Al-fatihah buat ahli keluarga (nama si mati). Semoga ahli keluarga arwah tetap sabar dan redha dengan pemergian arwah. Ampunilah, rahmatilah dan ampunilah segala kesilapan yang pernah arwah lakukan secara sengaja atau tidak. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga setiap amal yang dilakukan diberkati oleh Allah. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.
2. Saya doakan agar rohnya diberikan keampunan, ditempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah, dibariskan bersama para siddiqin dan dirahmati Allah swt selamanya.
Saya juga doakan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam meneruskan kehidupan serta mendapat ganjaran kebajikan yang melimpah.
Semoga rohnya tenang dan aman di sana dan semoga keluarga, terutamanya anak-anak tidak lupa mendoakannya. Kerana apabila perginya seorang hamba Allah maka pulang bersamanya 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA.
Amiin.
3. Takziah diucapkan kepada keluarga saudari/saudara (Nama) atas pemergian ayahanda beliau, Allahyarham (Nama) yang kembali ke Rahmatullah pada tanggal 17 September 2023.
4. Saya menzahirkan ucapan takziah kepada saudara (Nama) selepas mendapat khabar duka yang mana salah seorang dari ahli keluarga beliau telah kembali ke rahmatullah petang tadi..Salam Takziah & Al-Fatihah
5. Assalamualaikum wbt
Saya dan Keluarga menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada Datin dan Keluarga atas kembalinya ke rahmatullah suami tersayang, Allahyarham (Nama). Kami berdoa ke hadrat Allah swt semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang orang yang beriman dan beramal soleh.
6. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Allahumma Aamiin
7. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Semoga setiap amalannya diterima oleh Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah.
Ucapan Takziah Kematian Terbaik Yang Diajar Oleh Nabi SAW
Ini lafaz takziah kematian terbaik yang pernah diajar dan diucapkan oleh Nabi SAW.
إِنَّ لِلَّـهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَيءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّىً، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
“Sesungguhnya apa yang diambil merupakan milik Allah dan apa yang diberikan juga milik-Nya. Setiap sesuatu itu ada tempoh yang telah ditetapkan di sisi-Nya. Bersabarlah dan pohonlah ganjaran (atas kesabaran dan musibah tersebut)” [riwayat al-Bukhari & Muslim].
Ucapan Takziah Kematian Untuk Jenazah Lelaki
Mungkin Anda pernah mendengar atau membaca tulisan allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
Bacaan ini kerap kita dengar atau baca ketika ada orang yang meninggal dunia.
Bacaan allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu ini adalah doa untuk orang meninggal, khususnya untuk jenazah lelaki.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahiwainnailaihirojiun
اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wa
fu`anhu”
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
Ucapan Takziah Kematian Untuk Jenazah Perempuan
Bacaan Allahummagfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu Anha
ini adalah doa untuk orang meninggal, khususnya untuk jenazah perempuan.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahiwainnailaihirojiun
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ
Allahummagfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu Anha
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
Ucapan Takziah Kematian Untuk Jenazah Bukan Islam
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara lafaz contoh ucapan takziah untuk orang bukan Islam adalah seperti berikut:
Antara lafaz takziah yang diajarkan oleh Islam untuk ucapan takziah kepada bukan Islam, seperti yang terdapat di dalam al-Hawi al-Kabir, al-Majmu’ dan al-Mughni adalah seperti berikut:
أَخْلَفَ اللَّهُ عَلَيْك، وَلَا نَقَصَ عَدَدَك
Maksudnya: “Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”.
أَعْطَاك اللَّهُ عَلَى مُصِيبَتِك أَفْضَلَ مَا أَعْطَى أَحَدًا مِنْ أَهْلِ دِينِك
Maksudnya: “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu.”
Akhir Kata
Kematian datang dan pergi. Hargailah mereka yang masih ada dengan kita lagi-lagi ibu bapa kita. Pemergian mereka tiada gantinya. Al Fatihah untuk arwah ayahku Ishak bin Daud.
Kesedihan yang tiada penghujungnya.
Baca juga