Daftar ASB Secara Online Tanpa Perlu Pergi ke BANK
Mudah sahaja nak daftar akaun ASB secara online bagi yang belum daftar. Tak perlu ke kaunter, hanya secara online sahaja.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang ASB dan tutorial cara nak buka akaun ASB secara online melalui Portal myASNB.
If nak langgan ASB melalui maybank boleh ke: Maybank ASB Financing
Apa beza ASB, ASM dan ASN
ASB dan ASM ni harga tetap RM1 mankala ASN harga berubah-ubah.
ASB dan ASN khas untuk Bumiputera sahaja manakala ASM untuk Warganegara Malaysia.
Cara Daftar ASB Online
Mudah je nak daftar ASB ni secara online. Jom teruskan membaca sampai habis
Search “MyASNB” di playstore untuk yang pakai android, manakala di Appstore untuk yang pakai ios. Download dan install aplikasi tersebut.
Klik Sign Up dan sediakan informasi berikut untuk mendaftar online myASNB iaitu
1. No Ic
2. Maklumat Bank
3. Maklumat Persendirian
- Klik Sign Up Untuk Mendaftar ASB Secara Online
- Masukkan Detail IC, Nama dan No Telefon
- Terima OTP di No Telefon Yang Anda Masukkan Tadi
Tunggu pihak ASB untuk verifikasi semua dokumen yang telah anda beri, kemudian baru boleh create akaun anda dengan menetapkan user id dan password. Bahagian ini perlukan kesabaran yang tinggi.
Sila ambil perhatian perkara berikut semasa menetapkan user id dan password myASNB secara online
1. username tak boleh ada nama macam dalam ic
2. secure phrase kena ada huruf besar+kecil+nombor
3. password huruf besar+kecil+nombor+special characters
4. nombor takboleh berulang
Contoh:
ID: Mazda123
SP: Honda456
PW: Mercedes@789
Mulakan pelaburan ASNB anda dengan serendah RM10 sahaja dan pilih kaedah pembayaran mengikut senarai pembayaran yang ada di aplikasi.
TOLONG INGAT USERNAME, PASSWORD, SECURITY QUESTION
Sebab kalau lupa semua ni, anda kena revoke balik akaun myasnb lepastu sign up balik.
Setengah orang ada yang boleh self revoke. Yang tak boleh, kena pergi ke kaunter, beratur baliklah jawabnya.
Sila tonton video berikut untuk lebih detail cara mendaftar asb secara online
Kemudahan Aplikasi myASNB
Antara kemudahan yang disediakan menerusi aplikasi myASNB ialah:
1. Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma
2. Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur
3. Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini
4. Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah
5. Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
6. Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
7. Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Cara Tukar Akaun Bank di MYASNB
Mesti ada yang nak ubah no akaun bank di myasnb kan. Anda boleh refer video berikut untuk ubah akaun bank di aplikasi ASNB anda.
Video: https://www.youtube.com/watch?v=W-bYUrDBLf0
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu myASNB?
myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line)
Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:
Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Apakah unit amanah yang ditawarkan ASNB?
Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?
Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB
Maklumat lanjut ASNB
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah untuk buat pendaftaran myASNB, sila hubungi pihak PNB seperti di bawah:
Nombor telefon: 03-2050 5500
Baca juga: Jumlah Dividen ASB 2022 & Cara Pengeluaran