Cara Daftar Kelahiran Bayi Baru Lahir Di JPN

Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir Di JPN

Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Sekiranya telah lebih 60 hari, maka anda akan dikenakan denda.

Daftar Kelahiran Anak

Syarat Permohonan Daftar Kelahiran

Bukan semua orang boleh mendaftar kelahiran anak/bayi yang baru lahir. Pemohonan pendaftaran kelahiran hanya boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
1. Ibu atau bapa kanak-kanak itu
2. Penjaga kanak-kanak itu
3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Dokumen Diperlukan Untuk Mendaftar Kelahiran

Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Antara dokumen tersebut ialah:

1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
Download Contoh borang: KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);

4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
Daftar Kelahiran Bayi - buku mengandung
5. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)

6. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
7. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
8. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
9. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Jumlah Bayaran Daftar Kelahiran

Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftarkan anak/bayi yang baru lahir di JPN. Semuanya adalah percuma

Makluman: Borang dalam website ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal yang boleh didapati di JPN semasa mengemukakan permohonan.

Baca juga: Senarai Barang Keperluan Untuk Ibu Dan Bayi Semasa Bersalin di Hospital

Leave a Comment