Cara Daftar myBSN Online Banking dan Login Akaun myBSN

Kini anda tidak lagi perlu ke kaunter BSN untuk daftar BSN online. Anda hanya perlu mendaftar BSN online melalui portal myBSN. Berikut adalah langkah pendaftaran myBSN yang cukup mudah. Tak sampai 5 minit.

Kini, myBSN boleh diakses untuk anak-anak berumur 13 hingga 17 tahun.

Cara Daftar myBSN Online Banking dan Login Akaun myBSN

Pastikan anda sudah ada kad ATM BSN dan ingat nombor telefon yang ada daftar semasa anda daftar ATM BSN.

Jika anda tidak ingat atau lupa, sila ke kaunter BSN untuk daftar atau tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar myBSN online.

cara daftar mybsn

Untuk cara daftar BSN online sila layari laman web myBSN di: https://www.mybsn.com.my/

  1. Langkah 1
cara daftar mybsn online

Kemudian sila klik ‘Register’ dan anda akan dibawa ke muka seterusnya.
Dekat muka First Time Registration, sila tandakan butang ‘Accept’ dan anda akan dibawa ke muka seterusnya.

  1. LANGKAH 2
daftar mybsn

Masukkan maklumat yang bertanda * iaitu Nombor Kad Debit atau Kad Kredit, tarikh tamat tempoh Kad ATM BSN anda dan no CVV2.

  1. LANGKAH 3
kad debit mybsn online banking

Masukkan no kad bank yang tertera pada kad ATM BSN anda.

  1. LANGKAH 4
cara daftar bsn online

Kemudian masukkan nombor CVV2 iaitu 3 nombor di bahagian belakang kad ATM BSN anda serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).

  1. LANGKAH 5

Kemudian sila masukkan nombor Kad Pengenalan baru jika ada. Jika tiada sila masukkan nombor Kad Pengenalan lama atau nombor Passport.

  1. LANGKAH 6

Masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.

Tekan ‘Request OTP’.

Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit yang telah anda daftar di ATM BSN melalui SMS.

Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.

Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat. Ini kerana online image ini akan ada setiap kali login sebagai pengesahan identiti.

SELESAI Daftar myBSN

Jika pendaftaran myBSN online anda berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

Anda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.

Sila rujuk panduan video daftar myBSN di bawah :

Anak-anak yang berumur antara 13-18 tahun WAJIB hadir ke cawangan bersama Ibu Bapa/ Penjaga membawa bersama borang PPK-01 dan ditandatangani oleh Ibu Bapa / Penjaga untuk tujuan pengaktifan myBSN Bawah 18 Tahun di mana-mana kaunter cawangan BSN.

Antara ciri-ciri dan kegunaan myBSN bawah 18 tahun ialah

  • Hantar atau terima wang tunai dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih
  • Pembelian secara dalam talian melalui FPX
  • Muat turun bank statement BSN
  • Tambah nilai prabayar
  • Tambah nilai prabayar

Manakala had transaksi myBSN bagi 13-18 tahun ialah RM250 untuk pindahan pihak ketiga dan IBG/DUit Now. Manakla RM100 had maksima bagi FPX, Tambah nilai prabyarar dan juga pembelian no pin.

Cara Login MyBSN Pertama Kali

Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.

Sebagai pengguna kali pertama myBSN online, anda perlu mengisi maklumat peribadi yang diminta di tempat yang bertanda *.

Maklumat lain boleh juga diisi tapi yang paling penting adalah yang bertanda *.

Selepas itu, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking anda dimana sahaja asalkan ada internet.

Kelebihan myBSN Online

  • Anda boleh semak baki akaun, bayar bill, pemindahan duit dan banyak lagi.
  • Tidak perlu lagi beratur di bank.
  • Transaksi myBSN online lebih selamat

Sekuriti tips sebagai pengguna myBSN

daftar mybsn tips sekuriti

Untuk pengguna maybank yang ingin membuat maybank secure2u boleh baca: Maybank Secure2U

Soalan dan Jawapan tentang myBSN

Saya terlupa username myBSN. Macam mana ye?

Sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 bagi memohon pembatalan perbankan internet myBSN sedia ada. Kemudian lakukan pendaftaran myBSN yang baru. RUjuk cara di atas.

Apakah syarat untuk buka akaun BSN?

Anda perlu berumur 16 tahun ke atas untuk membuka akaun BSN.

Kalau 16 tahun nak mendaftar akaun perbankan internet myBSN boleh ke?

Syarat umur minimum untuk mendaftar akaun perbankan internet myBSN adalah 18 tahun.

Leave a Comment