Cara Daftar Online Banking OCBC Bank Sebelum Cek Statement

Bagi sesiapa yang ingin semak bank statement oleh OCBC, dikehendaki untuk daftar online banking OCBC terlebih dahulu.

Artikel kalini kami akan menerangkan cara untuk daftar online banking OCBC Bank bagi memudahkan anda atau sesiapa yang ingin membuka online banking kemudian menyemak statement tanpa perlu lagi pergi ke kaunter.

Kemudahan Online Banking OCBC Bank

Selepas Perkhidmatan Perbankan Internet OCBC diaktifkan, Pelanggan boleh mengakses, menggunakan beberapa perkhidmatan dan transaksi perbankan seperti

  • Maklumat Akaun
  • Pembayaran Bil
  • Pemindahan Dana
  • Permohonan untuk Produk Perbankan OCBC
  • Transaksi Perbankan dan Perkhidmatan yang terdapat di laman web OCBC dan laman web mobil mungkin berbeza.

Syarat OCBC Bank Online Banking

Berikut merupakan syarat untuk buat akaun Bank OCBC online banking

  • Umur mestilah 18 tahun dan ke atas
  • Ada akaun peribadi atau akaun semasa yang berdaftar
  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank OCBC
  • Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan

Cara Daftar Akaun OCBC Bank Online Banking

Online Banking OCBC Bank
  1. Layari URL OCBC Internet Banking Registration
  2. Masukkan maklumat Debit Card/Credit Card/Access Code*
  3. Masukkan maklumat diri
  4. Masukkan login id dan password
  5. Setkan security image dan phrase
  6. Sahkan telefon number dan tekan submit

Kini anda sudah siap mendaftar unutk OCBC Online Banking.

Selain itu, anda juga boleh mendaftar melalui cara berikut

Internet Banking OCBC Bank
  1. Pergi ke website OCBC Internet Banking
  2. Untuk first time user tekan ‘Activate Now’
  3. Masukkan maklumat anda
  4. Masukkan login id dan password
  5. Setkan security image dan phrase
  6. Sahkan telefon number dan tekan submit

Kini anda sudah siap mendaftar unutk OCBC Online Banking. Sekiranya anda nak mendaftar menggunakan ‘Access Code’ sila pergi kemana-mana branch OCBC dan bagitahu staff yang bertugas yang anda nak daftar online banking melalui Access Code.

Cara Menggunakan OCBC Bank Internet Banking

Untuk membuat transaksi online atau menyemak bank statement, sila pastikan anda buat perkara berikut

  1. Sila login laman web ocbc bank di OCBC Internet Banking
  2. Masukkan User ID dan Password Anda
  3. Selesai

Kini anda boleh lakukan apa jua jenis perkhidmatan yang ada di internet banking melalui OCBC bank.

Semak Penyata OCBC Bank

Selepas selesai mendaftar online banking, anda boleh menyemak penyata OCBC bank anda.

Layari Contoh Bank Statement OCBC Bank Dan Cara Download Online untuk buat semakan penyata bank OCBC secara online.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi pihak OCBC di Bank OCBC di talian 1300-88-5000 / Al-Amin OCBC di talian 1300-88-0310 atau butang “Hubungi Kami” di laman web OCBC.

Leave a Comment