Doa Nabi Yunus Ketika Berada Dalam Kesusahan dan Kesempitan

Doa Nabi Yunus Ketika Menghadapi Kesusahan

Doa Nabi Yunus ataupun dikenali juga zebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S ketika baginda berada dalam perut ikan paus di mana sesetengah memanggil ikan nun.

Zikir tersebut berbunyi

Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus AS dalam rumi

Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin

Maksud Zikir Nabi Yunus AS

Maksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.

Zikir Nabi Yunus ini dibaca ketika Nabi Yunus AS berada dalam perut ikan nun. Baginda tidak berhenti-henti bertasbih dan berzikir kepada ALLAH SWT.

Baginda tidak makan, tidak minum dan tidak bergerak malah berpuasa dan berbuka hanya dengan zikir tersebut. Akhirnya setelah 40 hari ALLAH SWT mengabulkan doa baginda dan mengeluarkannya dari perut ikan nun tersebut.

Kisah Nabi Yunus AS

nabi Yunus dalam ikan nun

*Gambar sekadar hiasan

Nabi Yunus AS diutus oleh ALLAH SWT kepada kaum Ninawa untuk beriman kepada ALLAH. Namun kaun Ninawa tidak mengendahkannya dan berkeras untuk tidak menerima dakwah baginda.

Nabi Yunus AS kemudian meninggalkan kaumnya dan penduduk Ninawa mulai cemas apabila melihat tanda-tanda hukuman ALLAH ke atas mereka.

Diringkaskan cerita, Nabi Yunus AS yang meninggalkan mereka dan menaiki sebuah kapal sebelum ditelan oleh ikan nun.

Mengikut Tafsir Ibn Kathir, 321/5 ada mengisahkan kisah bagaimana Nabi Yunus As ditelan oleh ikan paus. Nabi Yunus As telah membawa diri dengan menaiki kapal bersama kaumnya. Kapal tersebut dipukul ombak yang sangat besar lalu mereka merasa sangat takut kapal itu akan karam. Kemudian, mereka membuat undian, salah seorang di antara mereka,siapa yang harus dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut.

Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus As. Akan tetapi, mereka tidak mahu untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus As. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus As.

Maka Nabi Yunus AS terpaksa terjun dari kapal tersebut. Setelah dicampak ke lautan, Nabi Yunus a.s telah ditelan oleh seekor ikan paus atau ikan nun yang besar.

Semasa berada dalam perut ikan nun itulah Nabi Yunus AS berdoa dan berzikir tidak henti dengan zikir Nabi Yunus tersebut.

Kelebihan Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus ini adalah doa untuk memohon keampunan dan taubat kepada ALLAH SWT. Antara kelebihan mereka yang mengamalkan zikir Nabi Yunus ini ialah

  • Allah mengampunkan dosa kita dan mengeluarkan kita daripada kesulitan
  • Dimakbulkan doa
  • Mendapat keampunan dari ALLAH SWT
  • Dikeluarkan dari sebarang kesulitan

Kebiasaannya wanita muslim yang hendak melahirkan anak akan membaca zikir Nabi Yunus ini supaya dipermudahkan segala urusan melahirkan anak.

Mengikut Hadis Riwayat Imam Hakim

“Barangsiapa yang berdoa dengannya kepada orang yang sakit sebanyak 40 kali, maka jika ia mati, ia mati dalam keadaan membawa pahala mati syahid. Jika sembuh, maka sembuh dalam keadaan dosanya terampuni.”(HR. Imam Hakim)

Manakala para ulama membaca doa nabi Yunus 40 kali selesai solat subuh.

Ada pula yang membaca doa Nabi Yunus setiap hari sebanyak 1000 kali untuk memohan keampunan dari segala dosa kepada ALLAH SWT. Ada banyak manfaat bagi mereka yang mengamalkannya. Moga kita semua dapat jadikan zikir Nabi Yunus ini sebagai zikir harian selepas menunaikan solat.

Sampai disini sahaja mengenai zikir Nabi Yunus AS. Moga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan sentiasa mengamalkannya walau dimana jua berada.

Jom dengarkan Noa Nabi Yunus yang merdu dan menangkan hati ini dari Bazli Channel

Ya Allah. Aampunkanlah Dosa Kami Sekeluarga YaAllah. Kurniakanlah Keredhaan Mu kepada Kami Sekeluarga Rezeki Yang seluas luasnya Dan Berkatilah Segala kurniaanMu kepada Kami Ya Allah. Aaminn Aaminn Yarabbalalamin.

Baca juga

Leave a Comment