Contoh Doa Pendek Selepas Solat

Berikut merupakan doa pendek yang dikongsikan oleh Khairul Anuar Basri. Walaupun doa selepas solat ini pendek tapi ia merangkumi 10 perkara yang sangat penting samada dalam kehidupan didunia dan juga di akhirat nanti.

Setiap kali lepas solat tu, pastikan baca doa dahulu sebelum meninggalkan sejadah. Siapa yang datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepadanya dengan berlari.

Mohonlah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Mintalah apa saja, kerana Allah itu maha mendengar. Jangan tidak berdoa selepas solat fardhu. AMatlah rugi kerana Allah Maha Mendengar tiap-tiap doa dari hambanya.

Doa pendek ini sangat mudah untuk dihafal serta cukup ringkas dan boleh diamalkan setiap kali selesai solat. Saya tulis juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab.

InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

Doa Pendek Selepas Solat Dalam Bentuk Arab

Doa Pendek Selepas Solat Dalam Bentuk Arab

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ

وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ

وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Doa Pendek Dalam Bentuk Rumi

Doa Pendek Dalam Bentuk Rumi

Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.
Wa ‘āfiyatan fil jasad.
Wa ziyādatan fil ‘ilm
Wa barakatan fir rizq.
Wa taubatan qablal maut.
Wa rahmatan ‘indal maut.
Wa maghfiratan ba’dal maut.
Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.
Wannajāta minannār
Wal ‘afwa ‘indal hisāb

Maksud Doa

Maksud Doa

Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.
Tubuh badan yang sihat.
Ilmu yang sentiasa bertambah.
Rezeki yang berkat.
Taubat sebelum meninggal dunia.
Rahmat ketika meninggal dunia.
Keampunan selepas meninggal dunia.
Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.
Keselamatan dari api neraka.
Kemaafan ketika amalan dihitung.

Semoga Allah jadikan kita semua sentiasa ingat dan kembali kepadaNya tidak kira di waktu senang atau pun susah. Siapa yang ingat Allah ketika senang, Allah akan ingat dia ketika susah.

Baca Juga  Doa Nabi Yunus Ketika Berada Dalam Kesusahan dan Kesempitan

Doa Lain Yang Boleh Diamalkan

Berikut juga antara doa lain yang boleh diamalkan selepas solat. Antaranya ialah

Doa Nabi Yunus

Ketika kita sedang menghadapi kesusahan dan kesempitan dalam hidup, amalkan doa Nabi Yunus ini. Kelebihan doa Nabi Yunus ini ialah

  • Allah mengampunkan dosa kita dan mengeluarkan kita daripada kesulitan
  • Dimakbulkan doa
  • Mendapat keampunan dari ALLAH SWT
  • Dikeluarkan dari sebarang kesulitan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Selagi kita bergelar manusia, masalah akan terus muncul dan menguji kita. Namun, dengan doa permudahkan segala urusan, kita dapat menghadapinya dengan tenang dan percaya diri.

Doa ini sesuai dalam

  • Doa dipermudahkan segala urusan pembedahan
  • Doa dipermudahkan segala urusan kerja
  • Doa dipermudahkan urusan rezeki
  • Doa dipermudahkan urusan untuk orang sakit
  • Doa permudahkan segala urusan untuk orang bersalin
  • Doa mudah urusan menghadapi peperiksaan
  • Doa mudahkan urusan dalam menghadapi kehidupan seharian
  • Doa dimudahkan urusan ahli keluarga

Ayat Kursi

Sebelum kita berdoa kepada Allah, bacalah dulu ayat kursi yang juga digelar  sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Banyak manfaat bacaan Ayat Kursi ni. Antaranya

  • Memudahkan kita masuk ke Syurga
  • Terhindar dari godaan syaitan
  • Terhindar Dari Kesukaran Duniawi Dan Ukhrawi
  • Amalkan 7 kali ayat kursi dan 7 kali selepas 3 qul akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!