E-Penyata Gaji
E-Penyata gaji merupakan sistem yang diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) bagi para guru, atm atau penjawat awam secara amnya menyemak gaji mereka secara online.
Sistem e Penyata Gaji membolehkan penjawat awam menyemak secara terperinci gaji mereka termasuklah elaun caruman KWSP, PERKESO, atau potongan lain yang dibuat secara bulanan.
Untuk tentera mereka ada web sendiri iaitu SPGATM untuk semakan slip gaji mereka.
Login e-Penyata Semakan Slip Gaji Penjawat Awam Online
Untuk login E Penyata slip Gaji kerajaan secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
Klik link https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx, dan anda akan dibawa kepada laman login e penyata gaji.
Jika sudah daftar hanya masukkan kad pengenalan dan kata laluan lalu klik daftar masuk.
Terlupa Kata Laluan e Penyata Gaji
Cara Login E Penyata
Sekiranya penjawat awam atau kerajaan terlupa kata laluan untuk masuk ke e penyata gaji bagi menyemak slip gaji, klik lupa kata laluan.
Pertama Kali Mendaftar e-Penyata
Sekiranya anda tidak pernah menggunakan sistem e-penyata gaji ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Di bahagian Daftar Masuk, klik bahagian ‘Pertama Kali Mendaftar.’
Isi maklumat yang tertera lagi-lagi yang wajib diisi dan sila pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul.
Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. Sekiranya semua sudah diisi sila tekan ok.
Klik Daftar Masuk
Klik bahagian ‘Daftar Masuk’ untuk login ke e Penyata Gaji.
Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang dibuat semasa mendaftar tadi dan klik daftar masuk.
Update Profile
Sila update profile dengan masukkan no telefon, dan alamat e-mel dan tekan kemaskini. Ini bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
Muat Turun E Penyata Gaji
Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
Download E-Penyata Gaji Kerajaan
Untuk memuat turun slip gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2023, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem.
Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Kemudian anda boleh cetak atau simpan e-penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
Bagi yang bekerja sendiri, untuk buat slip gaji boleh baca contoh slip gaji kerja sendiri
Kami juga sudah terbitkan artikel tarikh gaji penjawat awam 2024. Anda boleh baca disitu ye kalau nak cek bila tarikh gaji 2024.