Contoh dan Cara Buat Google Form Kehadiran

Google Form adalah aplikasi yang disediakan oleh Google untuk mencipta borang dalam talian untuk membuat soal selidik, senarai pendaftaran, borang kehadiran, soalan latihan, dan sebagainya dengan mudah.

Aplikasi ini amat berguna bagi para cikgu mahupun para pelajar yang ingin membuat kajian di luar sana dan mendapatkan maklumat berkenaan kaji selidik yang dijalankan.

Antara situasi biasa yang memerlukan google form ialah

Jenos BorangPenerangan
Soal SelidikUntuk mengumpulkan data daripada ramai orang, menjalankan penyelidikan, atau mendapatkan maklum balas daripada pihak tertentu.
KuizMembuat kuiz yang pelbagai dengan jawapan yang dikira automatik.
Borang PendaftaranMembuat borang untuk mengumpul maklumat dari orang-orang yang ingin mendaftar untuk suatu acara atau aktiviti.

Sebelum pergi dengan lebih lanjut cara buat google form kehadiran, pendaftaran dan sebagainya, mari kita kenali dulu apa yang google tawarkan selain google form.

Kalau kita lihat terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan goole untuk memudahkan manusia. Antaranya google sheet, google slides, google docs dan macam-macam lagi. Kesemua ni macam microsoft word cuma versi online dan boleh dikongsi link untuk orang lain lihat.

Kelebihan Google Form

  • Google telah membangunkan antara aplikasi yang sangat mudah digunakan walau tiada pengalaman
  • Boleh masukkan peserta lain jika memerlukan pekerja berkumpulan untuk sama-sama buat google form
  • Data yang dikumpulkan adalah automatik jadi memudahkan untuk buat analisis
  • Yang paling penting ianya PERCUMA

Harap jelas ye penerangan tentang aplikasi dari google ni. Ok jom kita masuk ke

Cara Buat Google Form Kehadiran

  1. Taipkan Google Forms

    Log masuk email anda
    Bukak laman Google Drive
    Tekan New
    Ambil Google Form

  2. Mula Dengan Google Form Yang Kosong

    Kemudian anda akan dibawa ke google form yang kosong
    Masukkan Tajuk dan description jika ada.
    Tekan add break jika nak jarakkan atau ada tajuk kecil
    Kemudian masukkan soalan dan jawapan
    Jawapan boleh pilih samada nak jenis isi tempat kosong, klik, checkboxes, dropdown dan sebagainya

  3. Preview Google Form dan Setting

    Klik ikon mata belah atas kanan dekat button send tu untuk preview google form kehadiran anda.
    Kemudian ke bahagian setting untuk set samada boleh submit banyak kali, boleh edit dan sebagainya.
    Kemudian dah puas hati, tekan send.

  4. Cara Berkongsi Borang Google Form Online

    Jika nak hantar ke email peserta, pada bahagian send via tu masukkan email atau
    Anda boleh juga tekan link dan copy untuk hantar melalui whatsapp atau media sosial lain.

Siap bahagian soalan. Jom kita pergi ke bahagian apabila peserta sudah isi jawapan dan submit. Caranya

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan
respon google form
  • Klik response untuk melihat bilangan pengguna yang sudah berikan maklum balas
  • Anda boleh extract ke dalam excel dan muat turun juga dengan klik pada ikon 3 titik di sebelah kanan dan klik pada Download Responses (.csv) pada menu untuk menyimpan sebarang respon yang sudah diterima ke dalam komputer
Sila lihat video untuk lebih paham bagi tutorial membina borang kehadiran pelajar menggunakan Google Form. Selepas dah paham apakata anda buat beberapa contoh google form. Boleh?

Leave a Comment

error: Content is protected !!