3 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Petua hilangkan bau durian dalam kereta

Musim durian dah tiba. Sana-sini penuh orang jual durian. Ada bermacam harga, bermacam jenis pula tu. Tapi seringkali masalah yang kita hadapi bila beli durian ni adalah masalah nak hilangkan bau durian dalam kereta. kadang-kadang bau durian ni sangat kuat buatkan ada yang akan pening lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak sukakan durian.

Bau durian ni boleh hilang, tapi ambil masa yang lama. Sebenarnya ada beberapa petua untuk menghilangkan bau durian dalam kereta ni.

Jadi admin akan kongsikan 3 contoh untuk hilangkan bau durian dalam kereta.

Tangkai Durian

Hilangkan Bau Durian menggunakan tangkai

Ini adalah cara yang paling mudah. Durian yang anda beli tu, ambil tangkai dia dan letakkan hujung tangkai tu dekat aircond kereta. Biarkan beberapa hari sehingga bau durian tersebut hilang daripada kereta. Jadi durian yang beli tu janganlah dibuang tangkai dia ye. Ada manfaat dia.

Kopi

Hilangkan Bau Durian menggunakan kopi

Kopi yang dekat rumah tu, ambil sedikit dan balut dalam sapu tangan ataupun tuala good morning tu ataupun kain kasa. Kemudian sangkutkan di dalam kereta anda. Letaklah beberapa uncang untuk lebih efektif. Ini kerana kopi ni ada kelebihan dia iaitu mampu menyerap bau-bau yang tidak enak samada dalam kereta atau mana-mana ruang tertutup.

Roti

Hilangkan Bau Durian menggunakan roti

Banyak kegunaan roti putih gardenia ni. Ada sebagai hantaran doorgift menggunakan roti gardenia. Cantik.

Jadi, anda pergi kedai dan beli roti gardenia yang keping tu. Letakkan beberapa keping dalam kereta. Kalau rasa membazir koyakkan sekeping roti tu kepada beberapa bahagian. Letakkan semalaman dan anda akan lihat hasilnya keesokan hari.

Ingin mencari kereta? https://www.carsome.my/ boleh bantu anda mencari kereta yang sesuai berdasarkan keperluan anda.

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.