Invois Jualan, Resit dan Quotation

Invois Jualan, Resit dan Quotation

Masih ramai lagi yang keliru mengenai apa itu invois, resit dan quotation. Kami akan cuba terangkan beberapa perkara mengenai perbezaan ini.

Masih ada yang menganggap bahawa quotation tersebut dikira sebagai invois dan ada yang menganggap invois tersebut sebagai resit. Dan jadi bermasalah bila kita nak minta invois untuk buat pembayaran, penjual akan minta kita buat pembayaran terlebih dahulu sebelum invois dikeluarkan.

Invois

invois jualan

Invois akan dikeluarkan apabila penjual mengeluarkan sebut harga dan syarat yang termaktub dipersetujui antara penjual dan pembeli. Senang cerita invois akan dikeluarkan apabila pembeli bersetuju untuk melakukan aktiviti jual beli dengan penjual.

Invois akan dikeluarkan kepada penjual sebelum atau selepas kerja dilaksanakan bergantung kepada perjanjian yang telah ditetapkan. Selalunya penjual akan menetapkan pembayaran deposit 50% sebelum kerja dilaksanakan dan 50% selepas kerja dilaksanakan.

Invois jualan tidak boleh dijadikan sebagai bukti pembayaran kerana tiada bukti penerimaan wang kepada penjual. Sebab itu jika kita tengok ada di antara invois syarikat yang tertulis ” invois ini tidak boleh dianggap sebagai bukti pembayaran, hanya resit rasmi sahaja yang diterima”.

Resit

resit jualan

Resit hanya dikeluarkan apabila pihak pembeli membuat pembayaran pada invois yang telah dikeluarkan oleh penjual sama ada secara deposit atau pun pembayaran penuh. Resit merupakan bukti bahawa pembayaran telah dibuat oleh pembeli. Kebiasaannya, salinan slip deposit tunai ataupun cek akan dikepilkan di belakang resit sebagai rujukan.

Quotation

Quotation atau sebut harga dikeluarkan apabila pihak pembeli meminta info berkenaan harga atau spesifikasi produk atau servis yang pihak penjual tawarkan. Dalam proses ini, tiada transaksi jual beli yang berlaku mahupun penerimaan wang terjadi.

Tujuan Invois dan Resit

Bantuan Voucher Shopee KHAS Untuk Pembaca Kami KLIK SINI SEKARANG

Tujuan Invois

Apabila penjual perlu membuat permintaan untuk pembayaran dari pembeli, dia membuat invois jualan. Tujuan invois jualan adalah untuk merekod jualan yang terjadi, membolehkan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang lancar, dan juga membantu pengurusan syarikat untuk memastikan kawalan yang lebih baik terhadap inventori.

Ia merupakan dokumen yang sangat berguna dalam sistem pengurusan syarikat kerana ia juga merekodkan pendapatan masa depan yang akan didapati. Selain itu, invois juga membantu dalam mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan dengan menawarkan mereka pelbagai manfaat seperti diskaun awal pembayaran, atau tempoh lanjutan untuk membayar.

Tujuan Resit

Resit pula digunakan oleh pelanggan sebagai dokumen yang menunjukkan bahawa mereka telah membuat bayaran untuk barangan dan perkhidmatan tertentu yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual. Resit juga penting sekiranya terdapat barangan yang rosak untuk memudahkan urusan pemulangan atau di mana perkhidmatan tidak disediakan secara habis.

Perbezaan Antara Invois dan Resit

1. Invois adalah dokumen yang menunjukkan permintaan pembayaran pada pembeli.

2. Perbezaan yang ketara antara invoice dan resit adalah bahawa invois dikeluarkan sebelum pembayaran sementara resit dikeluarkan setelah pembayaran dibuat.

3. Invois jualan digunakan untuk mengesan perjalanan penjualan barang atau perkhidmatan. Sebaliknya, resit bertindak sebagai dokumen untuk pembeli dan penjual bahawa jumlah barang telah dibayar ataupun telah dihantar.

4. Invois menunjukkan jumlah amaun yang perlu dibayar oleh pembeli sedangkan resit menunjukkan jumlah pembayaran yang dibayar bersama dengan kaedah pembayaran.

5. Apabila anda membeli barang atau perkhidmatan dari penjual, dia akan memberikan anda resit yang menjelaskan semua barang, harga dan bukti (dibayar) pembayaran pada akhir resit tersebut.

6. Apabila anda membekalkan barang atau perkhidamatan kepada bakal pembeli, anda akan memberinya invois jualan yang menunjukkan pembayaran perlu dilakukan mengikut tarikh yang disebutkan pada invois.

Buat Invois Online

Kalau anda nak buat invois secara online just klik Cara Buat Invois Online. Dekat sini terdapat contoh template invois kosong dan anda hanya perlu isi detail-detail yang diperlukan

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.