Jenis-Jenis Zakat Dalam Islam
Maksud Zakat
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.
Jenis-Jenis Zakat Dalam Islam
Zakat Fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama mengikut negeri masing-masing.
Anda boleh download jadual berbuka puasa dan Imsak di seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM ini dalam format PDF: Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1444H / 2023M
Zakat Pendapatan ialah zakat yang dikeluarkan atas pendapatan yang diterima oleh seseorang setelah mencapai nisab (ambang batas minimum) dalam tempoh satu tahun.
Untuk kiraan zakat pendapatan boleh ke kalkulator kiraan zakat pendapatan oleh Lembaga Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat Pendapatan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.
Untuk kiraan zakat pelaburan boleh ke kalkulator kiraan zakat perniagaan oleh Lembaga Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat Perniagaan
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Untuk kiraan zakat Wang Simpanan boleh ke kalkulator kiraan zakat Wang Simpanan oleh Lembaga Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat Wang Simpanan
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
Untuk kiraan zakat pelaburan boleh ke kalkulator kiraan zakat pelaburan oleh Lembaga Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat Pelaburan
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Untuk kiraan zakat KWSP boleh ke kalkulator kiraan zakat KWSP oleh Lembaga Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat KWSP
Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).
Untuk kiraan zakat Emas & Perak boleh ke kalkulator kiraan zakat Emas & Perak oleh Zakat Selangor di: Cara Kiraan Zakat Emas & Perak
Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.
Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.
Zakat Padi/Pertanian WAJIB dikeluarkan apabila melengkapi syarat-syarat berikut
1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Cukup Nisab (875 kilogram padi)
Bagi mereka yang mempunyai sawah padi lagi-lagi di negeri seperti KEDAH wajib menunaikan zakat padi seperti yang telah ditetapkan dan mencukupi syarat.
Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.