Beli Kereta Baru Atau Kereta Second Hand
Anak dah ramai. Tapi bajet tak berapa ada. Kereta pun dah tak muat untuk bawa sekeluarga berjalan-jalan. Dah sampai waktu sesuai untuk beli kereta baru. Ada beberapa perkara anda kena ambil perhatian. Yang paling penting adalah harga kereta.
Sesetengah kereta harganya akan mengikut model kereta tersebut, tahun bila dikeluarkan serta keadaan kereta tersebut samada baru ataupun kereta terpakai. Kebiasaannya proses untuk beli kereta terpakai tidak mengambil masa yang lama berbanding beli kereta baru. Ada sesetengah tempat hanya mengambil masa seminggu atau 2 minggu sahaja. Bergantung pada model kereta dan juga harga kereta.
Pastikan juga segala fungsi dalam kereta tu elok dan boleh digunakan lagi jika anda beli kereta terpakai.
Jadi sebelum pikir nak beli kereta baru atau kereta second hand ada beberapa tips yang boleh anda ambil perhatian. Jom baca cara beli kereta samada kereta baru atau kereta terpakai mengikut pandangan admin.
Kejap. Kereta terkunci? Baca: Cara Buka Pintu Kereta Tanpa Kunci
Tips Sebelum Membeli Kereta
Mesti anda nak tahu mana berbaloi samada beli kereta baru atau beli kereta terpakai. Disini ada beberapa tips sebelum beli kereta untuk anda ambil perhatian.
- 1. Bajet
Sebelum membeli kereta baru, pastikan berapa anda sanggup keluarkan duit untuk membeli kereta. Sebab lain jenis kereta lain harga dia. Jadi jika dah ada bajet senang untuk membuat pilihan. Takdelah anda akan beli kereta yang luar dari harga yang anda mampu. Nanti nak bayar bulan-bulan pening kepala.
Cek gaji berapa lebihan anda sanggup keluarkan jika nak beli kereta secara loan. Kebiasaannya harga kereta terpakai lagi murah dari harga kereta baru. Jadi sila pastikan anda mebeli kereta mengikut gaji anda. Jangan beli kereta ikut nafsu.
- 2. Kaji
Sebelum beli, kaji dulu semua kereta yang ada yang dalam julat bajet anda. Bandingkan dia punya kelebihan, harga dan tahap penggunaan minyak. Tengok juga ciri-ciri keselamatan yang ada, kebolehpercayaan samada anda boleh bawa kereta tersebut atau tak serta harga apabila anda nak jual balik. Samada mempunyai value ataupun tidak.
- 3. Kereta Terpakai
Kalau bajet kurang mencukupi untuk membeli kereta baru, boleh tengok kereta terpakai. Kereta terpakai ni harga dia kurang sikit dari harga kereta baru. Tapi sebelum beli kereta terpakai tu pastikan anda beli dari penjual yang boleh dipercayai.
- 4. Diskaun
Cari penjual kereta yang ada menawarkan diskaun samada semasa membayar muka, beli kereta secara cash atau pun beli secara hutang. Sesetengah penjual ada menawarkan hadiah jika membeli kereta dari diorang. JAdi seeloknya anda kaji dulu beberapa kedai sebelum beli.
- 5. Jangka Panjang
Sebelum buat pem,belian kereta baru, pastikan anda kaji terlebih dahulu samada sudah sampainya anda tukar kereta ataupun tidak. Kalau kereta lama masih ok, kenapa perlu tambah hutang baru dengan beli kereta baru.
- 6. Pinjaman Bank
Cuba buat pinjaman dengan bank dan tengok berapa nilai yang anda boleh dapat sekiranya membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Dari situ anda boleh tahu berapa bajet yang ada sekiranya wang tunai tidak mencukupi untuk membeli kereta lain.
- 7. Test Drive
Ini paling penting. Pastikan anda pandu uji terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Samada kereta tersebut akan sesuai dengan cara pemanduan anda.
- 8. Penyelenggaraan
Tengok samada maintenance kereta tersebut akan melibatkan kos yang mahal ataupun tidak. Alat ganti mudah dicari atau pun tidak. Ada sesetengah kereta alat ganti dia memerlukan ditempah dari luar negara. Jadi jika berlaku kerosakan pada kereta anda pastikan ia tidak melibatkan jangka masa ynag lama. Yang penting anda tahu Tips Penjagaan Kereta
- 9. Jaminan
Sebelum membeli kereta pastikan ada jaminan diberi samada oleh penjual kereta tersebut ataupun oleh jenama kereta itu Kekadang ada kereta menawarkan jaminan samada dari segi bayaran atau alat ganti apabila anda servis kereta.
- 10. Tawar-Menawar
Skill tawar menawar kena ada sebelum melakukan pembelian. Mana tahu anda akan mendapat harga yang berpatutan dari penjual kereta tersebut.
- 11. Insurans
Ada sesetengah kereta, insuransnya mahal berikutan dari kapasiti sisi dan jenama. Jadi pastikan anda tengok semua ini sebelum beli kereta. Pastikan bajet yang ada mencukupi.
- 12. Pergi Banyak Kedai
Pastikan anda pergi tengok kereta di banyak kedai dan bandingkan dari segi harga kereta sebelum buat pembelian. Ada sesetengah kedai menwarkan harga yang berbeza, ada siap tambahan hadiah dan juga diskaun.
- 13. Sejarah Kereta
Senantiasa peka dan ambil perhatian dengan sejarah kereta sebelum anda buat pembelian lagi-lagi kereta terpakai. Tengok siapa pemilik sebelum ini dan lihat samada pernah terlibat kemalangan ataupun tidak.
Tunggu. Kereta bau durian? Baca: 3 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Kelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome
Carsome Malaysia merupakan platform online untuk jual dan beli kenderaan terpakai anda di Malaysia dengan pemeriksaan ketat dan menyeluruh. Memang Senang Nak Jual Kereta Terpakai Dengan Carsome. Harga jual kereta di Carsome Malaysia yang terbaik dan tertinggi akan diletakkan untuk membeli kenderaan anda. Anda akan diberikan tempoh masa 24 jam untuk menerima tawaran harga selepas bidaan selesai.
Harga yang disenaraikan untuk setiap kereta CARSOME adalah harga terbaik yang telah termasuk semua bayaran. Harga yang anda lihat adalah harga yang anda perlu bayar. Tiada bayaran tersembunyi yang perlu anda risaukan selain daripada harga yang dipaparkan.
Harga yang ditawarkan CARSOME telah meliputi bayaran yang berikut: cukai jalan, bayaran pemeriksaan Puspakom, bayaran penukaran hak milik, dan juga bayaran pemprosesan permohonan pinjaman.
Kelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome
Berikut merupakan antara kelebihan jika melakukan urusan jual beli kereta di Carsome
- Pandu Uji
Kereta yang ingin dibeli akan dipandu uji oleh customer terlebih dahulu sebelum pembelian dibuat
- Laporan Pemeriksaan Teliti
Customer akan diberitahu tentang sejarah kereta tersebut termasuklah pernah kemalangan atau tidak, ada apa-apa masalah dan sebagainya
- Waranti
Kerosakan seperti enjin, sistem transmisi dan sistem penyaman udara akan diberi waranti selama setahun jika anda membeli kereta di Carsome
- Jaminan Pulangan
Anda akan diberikan jaminan pulangan wang dalam 5 hari sekiranya tidak berpuas hati dalam jangkamasa tersebut
Cara Menjual Kereta di Carsome
Berikut merupakan cara jual kereta di Carsome
- Tempah Pemeriksaan Percuma
Hantar butiran anda dan dapatkan harga anggaran untuk kereta anda dengan segera sebelum membuat janji temu.
- Hantar Kereta Anda Untuk Pemeriksaan
Pemeriksa bertauliah kami akan menjalankan pemeriksaan dalam 30-45 min*.
- Jual Kereta Anda
Dapatkan tawaran dan jual terus kepada kami atau pilih bidaan langsung.
- Dapatkan Bayaran Dalam 24 Jam*
Serahkan semua kertas kerja kepada kami dan nikmati pembayaran yang cepat.
Jika anda berminat untuk jual beli kereta terpakai di CARSOME, bolehla layari: Carsome Malaysia
Kereta Terpakai
Antara semua tips beli kereta di atas ada banyak kelebihan sekiranya anda beli kereta terpakai dari yang baru. Kekadang harga beli kereta terpakai ni lagi murah dari beli yang baru. Begitu juga dia punya penurunan harga. Harga kereta baru biasanya akan turun dengan cepat. Kereta terpakai ni pun ada banyak yang sama macam baru. Cuma kena rajin kaji dan banyakkan bertanya sahaja.
Kesimpulan
Untuk membeli sesebuah kereta banyak yang anda kena ambil kira. Jadi pastikan anda kaji selidik sebelum melakukan pembelian supaya anda tidak akan menyesal di kemudian hari.