Jumlah Dividen ASB 2022 & Cara Pengeluaran

Jumlah Dividen ASB 2022

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 pada 22 disember 2022 yang lalu.

Bagi tahun kewangan 2022, kadar dividen ASB adalah sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, berjumlah 4.60 sen seunit selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit.
dividen asb 2022
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.

Cara Pengiraan Dividen ASB

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan atau dividen ASB

Untuk memudahkan contoh pengiraan pengagihan pendapatan atau dividen 2022 (yang akan dapat Jan 2023 nanti), admin akan buat 4 kategori jumlah simpanan dalam ASB, yang menyimpan penuh daripada 1 Jan sehingga 31 Disember tahun 2022.

4 Kategori:
A) RM10k
B) RM30k
C) RM100k
D) RM200k

Untuk tahun 2022, dividen diumumkan 3.35 asas + 1.25 bonus + 0.5 bonus tambahan.
cara pengeluaran dividen asb
Bonus tiada limit. bonus tambahan ada limit 30k. Maka efektif adalah asas+ bonus = 4.6.

Jadi pengagihan pendapatan atau dividen ASB 2022, dividen akan dapat pada Jan 2023 adalah:

A) (4.6% x RM10,000) + (0.5% x RM10,000) = RM510
B) (4.6% x RM30,000) + (0.5% x RM30,000) = RM1,530
C) (4.6% x RM100,000) + (0.5% x RM30,000) = RM4,600 + RM150 = RM4,750
D) (4.6% x RM200,000) + (0.5% x RM30,000) = RM9,200 + RM150 = RM9,350

*Untuk kes C & D, bonus tambahan darab RM30k sebab limit untuk 30k unit sahaja. Bonus tambahan ada limit, bonus tiada limit.

Ini adalah contoh dimana simpanan asb dia adalah tetap dan tak pernah diusik walau 1 sen pun ye.

Cara Pengeluaran Duit ASB

Bank

Untuk yang tanya bila boleh ambik duit dividen ASB, boleh ambik pada 2 Jan 2023 sebab 1 Jan tu cuti umum.

Jangan beratur kat Maybank jer sampai panjang que kat luar tu nanti. Ada banyak lagi bank-bank yang jadi Ejen ASNB yang anda boleh keluarkan duit dividen ASB anda jika ada keperluan nak pakai cash.
( Rujuk senarai di bawah )

senarai bank asb

Online

Kini anda boleh keluarkan duit ASB anda secara online. Tidak perlu lagi beratur panjang berhujan berpanas ye. Tapi limit dia hanya RM500 sahaja sebulan.

Segalanya boleh dibuat melalui aplikasi MyASNB.
duit asb online
Nanti admin akan share di artikel seterusnya cara pengeluaran dividen ASB secara online ye.

Baca juga: Step by Step Cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB App

Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 21 Disember hingga 31 Disember 2022.
Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2023. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai dividen ASB 2022, sila layari laman web https://www.asnb.com.my/

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.