Mesti ramai yang nak tau 1 kaki berapa meter kan. Kalau setakat 1 meter berapa centimeter cm tu rasanya ramai dah tau. Atau 1 meter berapa milimeter mm. Untuk pertukaran kaki ke meter ni pertama kena tahu nilai kaki tu berapa.
Kalkulator Kiraan Kaki ke CM dan Sebagainya
Ini adalah kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda sekiranya ada beberapa soalan yang tiada dalam artikel blogr. Masukkan sahaja nilai tersebut dan tekan jawapan yang anda mahukan samada dalam meter, cm, dan bermacam lagi. Cubalah.
Tukaran Kaki Kepada Meter
Kiraan kaki ni biasa korang akan jumpa dalam mengukur kedalaman atau ketinggian. Kedalaman air ni 5 kaki. Tinggi bangunan tu 10 kaki. Jadi kalau jumpa macam ni, selepas selesai artikel ni korang akan paham dan mudah untuk mengira berapa meter untuk 1 kaki atau berapa cm 1 kaki.
1 Kaki Berapa Meter
1 kaki adalah bersamaan dengan 30.48 sentimeter cm. Di mana 100 cm bersamaan 1 meter. Jadi 1 kaki bersamaan dengan 0.3048 meter. Jadi dalam perenggan ini korang boleh dapat 2 penerangan di mana penukaran kaki ke meter dan juga penukaran cm ke kaki atau cm ke meter.
1 meter bersamaan 3.28 kaki manakala 1 kaki bersamaan 0.3048 meter. 1 cm bersamaan 0.01 meter dan 0.01 meter bersamaan 0.0328 kaki.
1 kaki | 0.3048 meter m |
1 meter | 3.28 kaki |
1 kaki | 30.48 sentimeter cm |
1 meter | 100 sentimeter cm |
1 sentimeter cm | 0.0328 kaki |
1 Inci Berapa Kaki
1 kaki bersamaan 12 inci dimana 1 meter bersamaan 39.3701 inci. Jadi 1 inci bersamaan 0.0254 meter. Jadi 0.08333 kaki bersamaan dengan 1 inci.
1 kaki | ≈ 12 inci |
1 meter | ≈ 39.3701 inci |
1 inci | ≈ 0.0254 meter m |
1 inci | ≈ 0.08333 kaki |
1 inci | 2.54 centimeter cm |
Jadi untuk perenggan ini anda akan dapat mengira pertukaran kaki ke inci atau cm ke inci. Dimana
- cm kepada m = 100 sentimeter bersamaan 1 meter
- kaki kepada cm = 1 kaki bersamaan 30.48 sentimeter
- inci kepada kaki = 1 kaki 12 inci
- kaki kepada meter = 1 kaki 0.3048 meter
1 Kaki Berapa CM
Kalau setakat soalan 1 meter berapa cm mesti senang je korang jawab. Tapi kalau 1 kaki berapa cm pening sikitlah. Ni min ada bagi jawapan untuk soalan 1 kaki berapa cm.
Melalui table yang diberikan 1 kaki adalah bersamaan 30.48 cm.
Kesimpulan
Jadi kalau ada soalan seperti 1 meter berapa cm, 10 kaki berapa meter, 5 kaki berapa cm, 1 meter berapa inci, anda boleh menukar dengan senang melalui artikel di atas.
Baca juga Contoh Soalan Matematik Tahun 2 Tolak
Contoh Soalan Dan Jawapan Kaki Ke Meter
1kaki berapa cm?
1 kaki bersamaan 30.48 cm. 5 kaki bersamaan 152.4 cm
1 meter berapa kaki?
1 meter bersamaan 3.28 kaki
1 kaki berapa meter?
1 kaki 0.3048 meter. 10 kaki bersamaan 3.048 meter.
1 kaki berapa inci?
1 kaki bersamaan 12 inci
1 meter berapa inci?
1 meter bersamaan ≈ 39.3701 inci
10 meter berapa kaki?
10 meter bersamaan 32.8 kaki manakala 20 kaki bersamaan ≈ 6.098 meter